

PANTUN BUDI (KOMSAS TINGKATAN 2)
Flashcard
•
Education
•
2nd Grade
•
Practice Problem
•
Hard
Wayground Content
FREE Resource
Student preview

17 questions
Show all answers
1.
FLASHCARD QUESTION
Front
Apakah maksud rangkap ini? Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung.
Back
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
2.
FLASHCARD QUESTION
Front
Apakah maksud rangkap ini? 2. Berikut merupakan rangkap 2 bagi Pantun Budi.
Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa.
Back
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
3.
FLASHCARD QUESTION
Front
Apakah maksud rangkap ini? 3. Berikut merupakan rangkap 3 bagi Pantun Budi. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.
Back
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
4.
FLASHCARD QUESTION
Front
Apakah maksud rangkap ini? Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai menari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi.
Back
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
5.
FLASHCARD QUESTION
Front
Apakah maksud rangkap ini? Bunga cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang; Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang.
Back
Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.
6.
FLASHCARD QUESTION
Front
Apakah maksud rangkap ini? 6. Berikut merupakan rangkap 6 bagi Pantun Budi.
Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; lndah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.
Back
Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
7.
FLASHCARD QUESTION
Front
Apakah maksud rangkap ini?
Padang Temu Padang baiduri,
Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.
Back
Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?