
TASAWUF BAB 1
Flashcard
•
Religious Studies
•
12th Grade
•
Practice Problem
•
Hard
HM Shafiee
FREE Resource
Student preview

21 questions
Show all answers
1.
FLASHCARD QUESTION
Front
ASAL USUL PERKATAAN TASAWUF:
Diambil dari perkataan Suf (صوف ) yang bererti?
Back
Pakaian Suf adalah pakaian yang ditenun dari bulu kambing atau biri-biri, keadaannya kasar keras, tahan lama dan merupakan pakaian yang murah dan kuat. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersama sahabatnya 70 orang memakai pakaian suf ini semasa di dalam peperangan Badar.
2.
FLASHCARD QUESTION
Front
Pengertian Tasawuf dari segi istilah menurut pandangan Basyir al-Haris:
Back
Tasawwuf ialah ilmu yang menerangkan hal-hal tentang cara membersihkan jiwa dan memperbaiki akhlak yang mulia dan kesejahteraan lahir dan batin untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
3.
FLASHCARD QUESTION
Front
Pengertian Tasawuf dari segi bahasa.
Back
Seorang lelaki atau perempuan yang telah berpindah halnya daripada kehidupan biasa kepada kehidupan sufi.
4.
FLASHCARD QUESTION
Front
Pengertian Tasawuf dari segi istilah menurut pandangan Syeikh H. Jalaluddin:
Back
Tasawwuf bererti bekekalan memperhambakan diri, lahir dan batin kepada Allah, serta berkekalan hati beserta Allah.
5.
FLASHCARD QUESTION
Front
ASAL USUL PERKATAAN TASAWUF:
Diambil dari perkataan Sufanah (صوفانه ) yang bererti?
Back
iaitu sejenis buah-buahan yang berbulu, banyak tumbuh di tanah Arab. Bulu pakaian kaum sufi menyerupai bulu-bulu buah Sufanah.
6.
FLASHCARD QUESTION
Front
ASAL USUL PERKATAAN TASAWUF:
Diambil dari perkataan Saf (صف ) yang bererti?
Back
iaitu barisan saf di waktu sembahyang berjemaah. Orang yang kuat iman dan suci hatinya akan memilih saf yang depan sekali (saf pertama).
7.
FLASHCARD QUESTION
Front
Sebutkan TIGA Hikmat/Faedah Ilmu Tasawuf.
Back
(i) Mengajar manusia supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah sehingga tidak ada rasa takut serta tidak mengharapkan sesiapa sekalipun selain Allah.
(ii) Dapat mengenal Allah dan merasakan adanya Allah Ta’ala.
(iii) Untuk memperbaiki dan membersihkan diri manusia dari daki-daki kotoran hati supaya meningkat tinggi di sisi Allah Ta’ala.
(iv) Supaya dapat mengenal Allah dan segala kejadian Allah di alam dunia dan alam ghaib.
(v) Supaya manusia itu mempunyai sifat yang terpuji sehingga masyarakat menjadi aman dan bahagia.
(vi) Mengajar manusia supaya ikhlas semata-mata kerana Allah dalam melakukan segala amal dan pekerjaan semoga mendapat keredhaan Allah Ta’ala.
(vii) Tasawwuf menggabungkan ilmu dan amal, serta menghimpunkan antara syariat dan hakikat serta memenuhi tuntutan-tuntutan rohani.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?