

sejarah
Presentation
•
History
•
University
•
Easy
NILLY Moe
Used 1+ times
FREE Resource
3 Slides • 1 Question
1
Sejarah
sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman khulafah al-Rasyidin pada abad ke-7 masihi.

2
Open Ended
Kerajaan khulafah’ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun ______ apabila _______________dipilih sebagai umat Islam Khalifah yang pertama,malah Kerajaan ini juga diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Talib. Dengan ini, gelaran Khulafa’ al-Rasyidin digunakan kerana mereka akan meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ___________ kekal menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran. Namun, Masjid Nabawi menjadi tumpuan lokasi perbincangan dan penggubalan dasar pemerintahan dan _________.
3
Pemerintahan dan pentadbiran pusat
Khalifah merupakan pemerintah tertinggi dalam kerajaan Islam, namun kekuasaannya tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui ____________, iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal dan setiap ahli-ahli atau anggota syura dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai ____________________. Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, malah khalifah juga merupakan ___________tertinggi dalam pentadbiran.
Pada peringkat pusat, ibu pejabat _________telah didirikan bagi mengendalikan pentadbiran berkaitan dengan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara.Selain itu, laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.
Selain daripada itu, Pemerintahan dan pentadbiran pusat bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk Hal-ewal __________,ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan kecil (kerajaan wilayah) yang bernaung dibawahnya. Antara, zaman pemerintahan dan kerajaan pusat ialah Zaman Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin berpusat di madinah, Bani Umayyah berpusat di _________, Bani Abbasiyah berpusat di Baghdad, dan akhir sekali zaman pemerintahan Bani Uthmaniyah yang berpusat di __________. kerajaan pusat merancang dan melaksanakan segala bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk kemajuan kerajaan wilayah.
Pemerintah tertinggi kerajaan pusat ialah khalifah yang dipilih secara bergilir-gilir mengikut polisi dan kaedah tertentu atau secara musyawarah. Struktur pemerintahan dan pentadbiran khalifah-khalifah mengikut apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w serta berdasarkan al-Quran(wahyu) dan mengikut sunnah(hadis).
Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam semua aspek pemerintahan kepada kerajaan wilayah seperti membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi, _____________, membawa kemajuan dan kesejahteran dan sebagainya. Malah, kerajaan pusat pula berhak meminta bantuan kewangan dan ketenteraan daripada kerajaan wilayah.
4
Pemerintahan dan pentadbiran wilayah
Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujudnya ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam ekspedisi ketenteraan. Pada zaman pemerintahan __________________, negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah daerah, iaitu Makkah, Ta’if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan _______________berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa. Selain itu, Negara Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin.Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri atau mempunyai pusat pentadbiran masing-masing.
Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokasi yang sistematik. Setiap wilayah akan diketuai oleh ________ yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pengawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti setiausaha Tentera, Pegawai Cukai(Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis(Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Neraga(Sahib Bait al-Mal) dan seorang _______.
Antara yang menjadi kerajaan wilayah dan zaman semasa pemerintahan ialah Khulafa’ al-Rasyidin berwilayah di Makkah, Baghdad dan ________. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah berwilayah di Makkah, Madinah dan Baghbad. Manakala pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah berwilayah di Makkah, Madinah dan Damsyik. Individu yang dilantik memegang jawatan berkenaan wajib melaporkan _________sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab serta diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan kelak. Malah, di setiap wilayah akan didirikan cawangan __________ bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.
Dalam pentadbiran, kerajaan wilayah mempunyai kuasa autonomi yang terhad. Namun, Pemerintah tertinggi di kerajaan wilayah ialah gabenor yang dilantik oleh pemerintah tertinggi kerajaan pusat, iaitu Khalifah.Gabenor kerajaan wilayah dibantu oleh pembesar seperti _____ dan _______ yang dilantik oleh Khalifah. Pemerintah kerajaan wilayah sering bertukar mengikut pertukaran khalifah dalam kerajaan pusat dan struktur bagi pemerintahan kerajaan wilayah mencontohi struktur pemerintahan pusat dan tidak boleh bertindak sendiri tanpa kebenaran kerajaan pusat.
Selain daripada itu, Pemerintah kerajaan wilayah bertanggungjawab untuk membantu kerajaan pusat dalam semua perkara seperti _________, bantuan ketenteraan untuk menentang musuh, menjaga keselamatan dan sebagainya. Tetapi karajaan wilayah harus mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Dalam pada itu, Kemajuan dan pembangunan kerajaan wilayah tertakluk kepada peranan pemerintah kerajaan pusat.Tindakan akan dikenakan ke atas kerajaan wilayah yang tidak mematuhi arahan kerajaan pusat, sebagai contoh, memecat gabenor dan pegawai kerajaan.
Penutup
Sistem pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah telah dipraktikkan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang telah dikemaskinikan daipada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah kian sistematik apabila khalifah Umar bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara Islam.
Sejarah
sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman khulafah al-Rasyidin pada abad ke-7 masihi.

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 4
SLIDE
Similar Resources on Wayground
3 questions
Workshop Klausul 7 SMAP
Presentation
•
University
3 questions
Pertemuan ke-2 : mendeskripsikan pengertian tujuan dan dimensi pembelajaran PKN di MI
Presentation
•
University
3 questions
mengenal bagian tanaman
Presentation
•
KG
1 questions
Modul 3.2 Refleksi Sesi 2
Presentation
•
Professional Development
4 questions
LOKALATIH PENINGKATAN KUALITAS
Presentation
•
KG - University
6 questions
Akar Gerakan Islam Transnasional
Presentation
•
University
1 questions
teori akuntansi
Presentation
•
KG
3 questions
Profil pelajar pancasila
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
20 questions
STAAR Review Quiz #3
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Marshmallow Farm Quiz
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade