
Sejarah Tingkatan 1
Presentation
•
History
•
7th Grade - University
•
Hard
MOHD AZLAN
Used 88+ times
FREE Resource
14 Slides • 0 Questions
1
Sejarah Tingkatan 1
Peningkatan Tamadun India
2
7.1 Tamadun India
LOKASI DAN PERKEMBANGANNYA
Perkembangan ini berlaku apabila pusat tamadun beralih ke Lembah Ganges.
Perubahan ini merupakan tahap kedua dalam Tamadun India dan menjadi asas penting kepada perkembangan dalam tamadun tersebut.
Perkembangan yang berlaku di sekitar Lembah Ganges membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai janapada.
3
Kerajaan-kerajaan ini kemudian membentuk kewujudan kerajaan yang lebih besar yang dikenali sebagai mahajanapada.
Magadha yang terletak di timur laut India muncul sebagai kuasa penting yang berjaya menguasai kerajaan lain di India, antara tahun 540- 490 SM.
Kemunculan Magadha memainkan peranan penting dalam tahap perubahan sistem politik di India melalui perluasan kuasa dan menjadi asas kepada kewujudan kerajaan-kerajaan lain, seperti Dinasti Nanda, Maurya dan Gupta.
Ketiga-tiga dinasti ini berjaya menonjolkan kehebatan memperluaskan kuasa sehingga membentuk kerajaan dan empayar yang luas.
4
Perluasan Kuasa Dalam Tamadun India
FAKTOR-FAKTOR
1) Kewangan
Setiap perluasan kuasa perlu mendapat pembiayaan secukupnya daripada perbendaharaan kerajaan. Tanpa kewangan yang kukuh, usaha ini menghadapi kesukaran
5
FAKTOR-FAKTOR
2) Kekuatan Ketenteraan
Sesebuah kerajaan perlu mempunyai pasukan tentera yang kuat. Pasukan tentera juga digunakan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.
3) Dasar Pemerintahan
Pemerintahan yang diketuai oleh raja menentukan dasar perluasan kuasa sesuatu kerajaan.
6
FAKTOR-FAKTOR
4) Diplomasi Keagamaan
Pemerintah yang bijak tidak hanya bergantung pada aspek ketenteraan semata-mata. Aspek keagamaan dan kemanusiaan turut berperanan dalam memperluaskan kuasa dan pengaruh kerajaan.
5) Sumber Manusia
Sumber manusia yang cukup, menjamin sesebuah kerajaan ditadbir dengan baik dan berkesan.
7
BENTUK PERLUASAN KUASA
1. FIZIKAL
Perluasan fizikal bermakna perluasan kuasa yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan menguasai wilayah-wilayah lain.
Dalam Tamadun India, perluasan fizikal dapat disaksikan dalam perkembangan Dinasti Nanda, Dinasti Maurya dan Dinasti Gupta.
8
DINASTI NANDA
perluasan kuasa dilakukan dengan kekuatan ketenteraan.
Pasukan tentera zaman ini mempunyai 20,000 kavalri, 200,000 infantri dan 3,000 tentera bergajah.
9
DINASTI MAURYA
Kekuatan ketenteraan juga menjadi asas perluasan kuasa zaman Dinasti Maurya, terutamanya ketika zaman Chandragupta Maurya dan Asoka.
Usaha perluasan kuasa pada zaman Chandragupta Maurya sangat bergantung pada kekuatan ketenteraannya dengan memiliki 9,000 tentera bergajah, 30,000 kavalri dan 600,000 infantri.
10
DINASTI MAURYA
Setelah memegang kuasa, Asoka berusaha menguasai kawasan-kawasan yang belum lagi ditakluki di bawah kekuasaan Maurya. Antara kawasan yang masih belum dikuasai termasuklah Kalinga.
Kalinga berjaya dikuasai, namun jumlah nyawa yang terkorban begitu besar.
Keadaan ini telah memberi kesedaran kepada Asoka.
Pemerintahannya berubah menjadi lebih toleran dan bertanggungjawab
11
DINASTI GUPTA
Perluasan kuasa pada zaman Gupta diterajui oleh Chandragupta I yang memerintah antara tahun 320 M- 335 M.
Pataliputra turut dijadikan pusat pemerintahan dinasti ini.
Chandragupta I telah menjadikan ketenteraan sebagai kaedah untuk memperluas kuasa hingga mampu menguasai kawasan yang luas menganjur dari punjab hingga Bengal.
12
2. KEAGAMAAN
Selepas Perang Kalinga, Asoka menghentikan sebarang usaha perluasan secara fizikal, sebaliknya menumpukan kepada pengembangan agama Buddha.
Bagi mengukuhkan pembinaan negara, peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam pemerintahannya telah diukir pada tiang batu yang diletakkan di kawasan strategik. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka
Di bawah naungan Asoka, misi pengembangan agama Buddha telah giat dilakukan. Tiang Asoka
13
DINASTI GUPTA
Ketika zaman Gupta pula penekanan diberikan kepada agama Hindu hingga agama ini mengalami perkembangan yang sangat pesat.
Pemerintahan Gupta menekankan hal-hal berkaitan kebudayaan, kesusasteraan, seni bina, perdagangan dan pemerintahan yang berasaskan kepada agama Hindu.
14
DINASTI GUPTA
Raja Samudragupta (335 M – 376 M) meminati puisi-puisi berbentuk keagamaan hingga menyebabkan beliau dikenali sebagai Kaviraja (raja penyair)
Penekanan kepada agama Hindu dalam dinasti ini membolehkan zaman Gupta dikenali sebagai zaman keemasan dalam agama Hindu
Sejarah Tingkatan 1
Peningkatan Tamadun India
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 14
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
Kemunduran Islam
Presentation
•
9th - 12th Grade
11 questions
Pembelajaran 2 Mengidentifikasi dan Menelaah Teks Naratif
Presentation
•
9th - 12th Grade
16 questions
E1 Surgery - present simple
Presentation
•
KG - University
15 questions
Passé composé
Presentation
•
7th - 11th Grade
17 questions
KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK
Presentation
•
7th - 12th Grade
4 questions
Kisi-kisi dan soal sejarah
Presentation
•
9th - 12th Grade
13 questions
Pengaruh Kebudayaan
Presentation
•
KG - University
10 questions
Turunan fungsi trigonometri
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for History
20 questions
Disney Trivia
Quiz
•
University
15 questions
Unit 3 - Part 1 Road to Revolution
Quiz
•
8th Grade
25 questions
WWII Assessment
Quiz
•
8th Grade
25 questions
The American Revolution
Quiz
•
7th - 10th Grade
15 questions
The Bill of Rights
Quiz
•
8th - 12th Grade
18 questions
American Revolution Review
Quiz
•
8th Grade
14 questions
Weekly Wrap Up #3: CE.1a/e -Fundamental Principles
Quiz
•
8th Grade
30 questions
Foundations of Gov. Test Review
Quiz
•
7th Grade