Search Header Logo
Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Assessment

Presentation

Other

9th - 12th Grade

Hard

Created by

Hj Suboh Saleh

Used 3+ times

FREE Resource

3 Slides • 7 Questions

1

Bahasa Melayu

Fahaman

Slide image

2

objektif pelajaran:

*Mempelajari teks  ‘minyak wangi’ melalui pembacaan, perbincangan dan fahaman

langkah menuju kejayaan:

*Baca & bincangkan teks.

* Catat & bincangkan isi penting.

* Jawab soalan dengan ayat penuh

* Latihan dalam kertas kerja

* Aktiviti tambahan.


3


Penggunaan minyak harum dalam berbagai jenis sudah lama diketahui oleh manusia sejak ribuan tahun yang lalu. Minyak harum atau dalam bahasa Inggerisnya perfume, berasal dari perkataan Latin, fumus yang bermakna asap. Pada peringkat awal manusia membuat minyak harum dengan membakar daun, gam dan kayu yang boleh mengeluarkan bau harum.

Orang mesir adalah bangsa yang pertama sekali dipercayai menggunakan minyak harum. Mereka telah mencipta minyak harum sejak 5000 tahun yang lalu. Tetapi orang yang pertama menggunkan kuntum kuntum bunga ros sebagai minyak harum ialah orang orang Arab. Mereka juga menggunakan bunga ros untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit.

Selain bunga ros, bunga melur, orange blossoms dan jonquils juga boleh dijadikan minyak harum. Begitu juga dengan beberapa jenis kayu seperti kayu araz dan kayu cendana. Jenis daun yang biasanya dijadikan minyak harum pula ialah daun lavender, daun pudina dan daun geranium.

Hari ini kita boleh mendapatkan pelbagai jenis minyak harum di pasar raya dan pusat pusat membeli belah. Dalam membuat pemilihan itu, kita perlu bijak untuk memastikan minyak harum yang kita beli itu betul betul asli, bukan minyak harum tiruan. Minyak harum tiruan diperbuat daripada bahan petrokimia seperti coal, tar dan turpentine. Manakala minyak harum asli pula adalah campuran bahasa asli seperti tumbuhan dan beberapa jenis bunga. Harga minyak harum tiruan lebih murah dan baunya tidak dapat bertahan lama jika dibandingkan dengan minyak harum asli.

4

Fill in the Blank

bagaimanakah manusia membuat minyak harum pada peringkat awalnya?

5

Fill in the Blank

Sejak bilakah orang Mesir mencipta dan menggunakan minyak harum?

6

Fill in the Blank

apakah khasiat bunga ros dalam perubatan?

7

Fill in the Blank

sebutkan jenis bunga yang boleh dijadikan minyak harum?

8

Fill in the Blank

Mengapa kita mesti bijak membuat pilihan semasa membeli minyak harum?

9

Fill in the Blank

Apakah perbezaan di antara minyak harum asli dengan minyak harum tiruan?

10

Fill in the Blank

mengapakah minyak harum tiruan murah daripada minyak harum asli?

Bahasa Melayu

Fahaman

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 10

SLIDE