

komsas ( sajak pesan ibu beribu-ribu)
Presentation
•
World Languages
•
3rd Grade
•
Hard
NOOR Moe
Used 2+ times
FREE Resource
11 Slides • 8 Questions
1
komsas ( sajak pesan ibu beribu-ribu)
Disediakan oleh : Cikgu Noor Hidayah

2
RANGAKAP 1
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
3
Multiple Choice
Antara berikut nilai manakah yang tidak terdapat dalam Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu?
Kasih sayang
Kebijaksanaan
Baik hati
Kerjasama
4
Multiple Choice
Mengapa kita perlu bijak memilih rakan seperti dalam sajak Pesan Ibu Beribu-ribu
Menjadi orang yang jahat
Mudah dipengaruhi
Tidak mudah ditipu
Menggalakkan kita merokok
5
Multiple Select
Apakah keistimewaan ibu dalam sajak Pesan Ibu Beribu-ribu?
Sibuk bekerja
Memberi banyak nasihat kepada anak-anak
Tidak prihatin kepada anak-anak
Mempunyai seorang ibu sahaja
6
Multiple Choice
Tema Sajak "Pesan Ibu Beribu-ribu"
Kerajinan seseorang dalam perniagaan
Pesanan & nasihat ibu kepada anak-anak
Rasional seseorang dalam membuat keputusan
Ketabahan seseorang dalam menghadapi masalah
7
Multiple Choice
Manakah yang berikut bukan pesanan ibu kepada anaknya?
Ibu berpesan supaya selalu membaca buku
ibu berpesan supaya memilih kawan yang baik.
ibu berpesan supaya memilih kekasih yang baik
Ibu berpesan supaya menjaga diri
8
Multiple Choice
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
Nyatakan gaya bahasa frasa di atas.
Anafora
Epifora
Responsi
Repetisi
9
Multiple Choice
Aliterasi ialah unsur bunyi yang melibatkan
pengulangan vokal
pengulangan konsanan
pengulangan kata di awal baris
pengulangan kata di akhir baris
10
Multiple Choice
Berikan unsur bunyi yang terdapat dalam baris berikut:
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
Asonansi
Aliterasi
Repetisi
Responsi
11
MAKSUD
Penyajak menyatakan bahawa setiap anak mempunyai seorang ibu namun seorang ibu banyak memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak
12
RANGKAP 2
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
"Buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
"Jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."
13
MAKSUD RANGAKAP 2
Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu juga berpesan supaya pilih kawan yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri, elakkan daripada memilih kawan yang mempunyai sifat pentingkan diri dan beperangai tidak baik.
Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya berhati-hati semasa keluar rumah kerana bimbang akan bahaya yang berlaku.
Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu yang semakin bertambah.
Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga penampilan diri dan kesihatan.
14
MAKSUD RANGKAP 3
Pada suatu hari kawan anaknya bersedih kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya itu seorang penipu dan telah ditangkap serta dilokap
15
RANGKAP 3
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
16
RANGKAP 4
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu." Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu
17
MAKSUD RANGKAP 4
Anaknya berasa menyesal kerana melupakan pesanan ibu yang sering mengingatkan agar memilih kawan dengan betul. Selepas kejadian itu, anaknya mula menerima kebenaran pesanan ibunya. Dia juga merindui pesanan-pesanan ibunya.
18
RANGKAP 5
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
19
MAKSUD RANGKAP 5
Penyajak menerangkan bahawa dia sangat yakin dengan pesanan ibunya yang arif dalam menilai perkara baik dan buruk. Penyajak berjanji tidak akan jemu dan patuh akan nasihat ibunya. Tanggungjawab ibu sempurna apabila telah memberi nasihat kepada anak-anaknya
komsas ( sajak pesan ibu beribu-ribu)
Disediakan oleh : Cikgu Noor Hidayah

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 19
SLIDE
Similar Resources on Wayground
12 questions
BAHASA MELAYU TAHUN 3
Presentation
•
3rd Grade
14 questions
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 (SOLAT YANG SEMPURNA)
Presentation
•
3rd Grade
13 questions
Pendidikan Agama Islam Kelas 3 Semester 2
Presentation
•
3rd Grade
13 questions
pendidikan moral tahun 3
Presentation
•
3rd Grade
14 questions
Hari Thaipusam (Kosa Kata & Jawab Soalan)
Presentation
•
3rd Grade
12 questions
YR3 AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL
Presentation
•
3rd Grade
17 questions
KESALAHAN BAHASA
Presentation
•
3rd Grade
17 questions
My Family
Presentation
•
3rd - 4th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Factors 4th grade
Quiz
•
4th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade