
Sains Tingkatan 2 Bab 9: Haba
Presentation
•
Science
•
7th - 9th Grade
•
Practice Problem
•
Hard
Azzwani Amir
Used 45+ times
FREE Resource
23 Slides • 0 Questions
1
Sains Tingkatan 2 Bab 9: Haba
-Pengaliran Haba dalam Fenomena Alam
-Konduktor haba dan Penebat haba
Oleh:
Cikgu Siti Nur Azzwani Amir
SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur
2
Di akhir pdpc, diharapkan murid dapat:
9.2.2 Menerangkan dan berkomunikasi mengenai pengaliran haba dalam fenomena alam.
9.2.3 Berkomunikasi mengenai konduktor haba dan penebat haba serta kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian.
3
Video 1
https://www.youtube.com/watch?v=T3ARxBNCzTo
Soalan 1: Apakah yang anda faham mengenai video tersebut?
Soalan 2: Apakah contoh fenomena alam yang ditunjukkan?
4
Pemanasan bumi oleh matahari
- Haba daripada matahari bergerak melalui vakum untuk sampai ke Bumi
- Menyebabkan perubahan iklim dan fenomena alam seperti bayu laut, bayu darat, ribut dan sebagainya.
5
Bayu laut
Pada hari siang, darat dipanaskan lebih cepat berbanding laut.
Udara di atas darat dipanaskan dan menjadi kurang tumpat lalu naik ke atas.
Udara sejuk yang lebih tumpat di laut bergerak ke arah darat menggantikan ruang udara panas yang naik ke atas.
Ini menyebabkan angin bergerak dari laut ke darat.
Pembentukan bayu laut merupakan contoh proses perolakan.
6
Bayu laut
7
Bayu darat
Pada waktu malam, darat menyejuk lebih cepat berbanding laut.
Udara panas di atas laut menjadi kurang tumpat dan bergerak ke atas.
Udara sejuk dan lebih tumpat dari darat bergerak ke laut menggantikan ruang udara panas yang naik ke atas.
Ini menyebabkan angin bertiup dari darat ke laut.
Pembentukan bayu darat merupakan contoh proses perolakan.
8
Bayu darat
9
Info Sejarah
Pada tahun 1936, Amerika Utara telah dilanda gelombang haba yang teruk. Gelombang haba ini telah meragut hampir 5000 nyawa dan menjadikannya antara gelombang haba paling teruk di dunia.
10
Video 2
https://www.youtube.com/watch?v=OKGuxkOXOx4
Soalan 1: Apakah yang anda faham mengenai video tersebut?
Soalan 2: Apakah contoh konduktor haba?
Soalan 3: Apakah contoh penebat haba?
11
Konduktor haba
Bahan yang boleh mengalirkan haba
Apakah contohnya?
12
Merkuri
Merkuri di dalam termometer ialah sejenis konduktor haba yang baik. Merkuri dapat mengesan perubahan suhu dengan cepat.
13
Dasar kuali
Dasar kuali diperbuat daripada logam supaya dapat mengalirkan haba ke makanan dengan cepat.
14
Tapak seterika
Tapak seterika yang diperbuat daripada logam dapat mengkonduksikan haba supaya kain dapat digosok dengan cepat.
15
Penebat haba
Bahan yang boleh menghalang pengaliran haba
Apakah contohnya?
16
Dinding kotak ais
DIperbuat daripada gentian kaca atau polistirena ialah penebat haba yang dapat mengekalkan kesejukan bahan di dalamnya.
17
Sarung tangan ketuhar
Mengelakkan tangan daripada melecur ketika mengeluarkan dulang makanan yang panas dari ketuhar.
18
Senduk/sudip kayu
Peralatan dapur yang diperbuat daripada kayu dapat menghalang haba daripada mengalir ke tangan ketika memasak.
19
Latihan Formatif 9.2 (ms 213)
Soalan 1
Mengapakah gelung pemanas di dalam cerek elektrik berada di dasar cerek?
Jawapan: Pemanasan air akan bermula pada bahagian di sekitar gelung pemanas. Air panas bergerak ke atas dan air sejuk bergerak ke bawah. Proses perolakan ini menyebabkan air dipanaskan lebih cepat.
20
Latihan Formatif 9.2 (ms 213)
Soalan 2
Ayam yang dibakar di dalam ketuhar biasanya dibalut dengan kerajang aluminium terlebih dahulu. Mengapa?
Jawapan: Kerajang aluminium ialah konduktor haba yang baik yang boleh mempercepat proses pemasakan ayam.
21
Latihan Formatif 9.2 (ms 213)
Soalan 3
Mengapakah bekas polistirena digunakan untuk menyimpan kiub ais?
Jawapan: Bekas polistirena ialah penebat yang menghalang haba dari persekitaran sampai ke dalam kiub ais. Ini melambatkan proses pencairan kiub ais.
22
Latihan Formatif 9.2 (ms 213)
Soalan 4
Amirah menggunakan selimut yang tebal ketika tidur semasa cuaca sejuk. Apakah fungsi selimut itu? Terangkan jawapan anda.
Jawapan: Selimut berfungsi sebagai penebat haba. Haba badan akan terperangkap dalam selimut dan mengawal suhu badannya supaya tidak terlalu sejuk.
23
TAHNIAH!!!
ANDA HEBAT!
Jumpa lagi kelas seterusnya.
Sains Tingkatan 2 Bab 9: Haba
-Pengaliran Haba dalam Fenomena Alam
-Konduktor haba dan Penebat haba
Oleh:
Cikgu Siti Nur Azzwani Amir
SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 23
SLIDE
Similar Resources on Wayground
20 questions
Sumpah Pemuda
Presentation
•
8th Grade
16 questions
SAINS: Cas Elektrostatik
Presentation
•
6th - 10th Grade
19 questions
Tschick - Kapitel 1
Presentation
•
KG
20 questions
Unsur, Senyawa, Campuran
Presentation
•
8th Grade
16 questions
ARTICLE
Presentation
•
8th Grade
16 questions
Haba Sains T 2
Presentation
•
8th Grade
22 questions
LAPISAN BUMI
Presentation
•
7th - 9th Grade
16 questions
Bab 9: Haba dan suhu | Sains Tingkatan 2 (Bhg 1)
Presentation
•
8th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
5.P.1.3 Distance/Time Graphs
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Fire Drill
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
School Wide Vocab Group 1 Master
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade
Discover more resources for Science
8 questions
Amoeba Sister Asexual vs Sexual Reproduction
Interactive video
•
8th Grade
19 questions
Introduction to Properties of Waves
Presentation
•
6th - 8th Grade
16 questions
Interactions within Ecosystems
Presentation
•
6th - 8th Grade
10 questions
Exploring the Layers of the Earth
Interactive video
•
6th - 10th Grade
16 questions
Photosynthesis and Cellular Respiration Review
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Abiotic & Biotic Factors
Quiz
•
7th Grade
10 questions
Exploring the Evolution of Cell Theory
Interactive video
•
7th Grade
25 questions
Naming Ionic and Covalent Compounds
Quiz
•
9th Grade