Search Header Logo
KUZ MAULIDURRASUL TAHUN 5

KUZ MAULIDURRASUL TAHUN 5

Assessment

Presentation

Religious Studies

KG - Professional Development

Medium

Created by

BADRUL Moe

Used 3+ times

FREE Resource

8 Slides • 12 Questions

1

KUZ MAULIDURRASUL TAHUN 5

Slide image

2


Gua Hira tempat pertama kali Muhammad memperoleh wahyu.

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal al-Nour untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.


3

Multiple Choice

NABI MENERIMA WAHYU DI

1

GUA HIRA'

2

GUA THUR

3

MAKAH

4

MADINAH

4

Pada suatu malam hari Isnin 21 Ramadan (bersamaan 10 Ogos 610),[14] ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."


5

Multiple Choice

Bilakah pertama kali Malaikat Jibril bertemu Nabi Muhammad

1

isnin 21 syawal

2

isnin 21 ramadhan

3

isnin 22 ramadhan

4

isnin 23 ramadhan

6

Fill in the Blank

MALAIKAT_________MENDATANGI NABI SEMASA NABI BERTAFAKUR DI GUA HIRA'

7

Multiple Choice

Apakah surah pertama diterima Nabi Muhammad?

1

al - alaq

2

al fatihah

3

al baqarah

4

al ikhlas

8

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun setengah. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Muhammad dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Muhammad sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.


9

Multiple Choice

WAHYU PERTAMA TURUN, KETIKA NABI BERUMUR_______.

1

40 TAHUN

2

23 TAHUN

3

25 TAHUN

4

30 TAHUN

10

Fill in the Blank

Nabi Muhammad menerima wahyu al Quran secara berperingkat selama _____ tahun ?

11

Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib.

12

Multiple Choice

Kaabah adalah lambang penyatuan umah yang terletak di..

1

madinah

2

arab

3

mekah

4

mesir

13

Mereka menemui Muhammad dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Muhammad dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Muhammad di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama.

14

Multiple Choice

SEMASA DI MEKAH, ADA SEKUMPULAN MASYARAKAT DARI__________________ TERTARIK DENGAN DAKWAH NABI MUHAMMAD.

1

MEKAH

2

YATHRIB

3

ARAB

4

SETEMPAT

15

Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan nabi Muhammad untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. baginda akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib.

16

Multiple Choice

SIAPAKAH YANG MENGHALANG PENGHIJRAHAN NABI BERAMAI-RAMAI?

1

MASYARAKAT YATHRIB

2

MASYARAKAT JAHILIAH ARAB

3

KELUARGA BAGINDA

4

MASYARAKAT JAHILIAH MEKAH

17

Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Muhammad, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Muhammad akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

18

Multiple Choice

Mengapa Nabi Muhammad bertekad berhijrah ke Yathrib?

1

berniaga

2

perdagangan

3

terdapat kumpulan hendak membunuh nabi di madinah

4

terdapat kumpulan hendak membunuh nabi di Mekah

19

Multiple Choice

Nabi Muhammad menerima wahyu untuk berhijrah ke Yathrib yang kini dikenali dengan nama…

1

madinah

2

mekah

3

syam

4

jordan

20

Fill in the Blank

SETELAH NABI SAMPAI DI SANA,YATHRIB DIKENALI SEBAGAI ________.

KUZ MAULIDURRASUL TAHUN 5

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 20

SLIDE