Search Header Logo
PENDIDIKAN ISLAM  FEKAH HAJI DAN UMRAH

PENDIDIKAN ISLAM FEKAH HAJI DAN UMRAH

Assessment

Presentation

Social Studies

KG

Medium

Created by

Ustazah Bibi

Used 42+ times

FREE Resource

1 Slide • 20 Questions

1

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

FEKAH : HAJI DAN UMRAH

Slide image

2

Multiple Choice

Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Pernyataan di atas ialah pengertian

1

A. Haji

2

B. Tawaf

3

C. Umrah

4

D. Miqat

3

Multiple Choice

Telah menunaikan haji untuk dirinya terlebih dahulu Ditunaikan haji untuk seorang sahaja

Pernyataan di atas merujuk kepada

1

A. Syarat mengerjakan Umrah

2

B. Syarat orang yang hendak mengerjakan haji untuk orang lain

3

C. Syarat membayar dam

4

D. Syarat tawaf widak

4

Multiple Choice

Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai syarat mengerjakan haji

1

A. Islam-baligh-berkuasa-merdeka

2

B. Islam- baligh-berakal-berkuasa-merdeka

3

C. Islam-berakal-berkuasa

4

D. Islam-berakal-baligh-merdeka

5

Multiple Choice

  1. Amalan yang mesti dilakukan oleh jemaah haji
  2. Tidak sah haji jika ditinggalkan
  3. Tidak boleh dibayar dam dengan sebab tertinggal.

Pernyataan di atas merujuk kepada

1

A. Rukun tawaf

2

B. Rukun haji / umrah

3

C. Perkara wajib haji

4

D. Perkara wajib umrah

6

Multiple Choice

Berada di Arafah Gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga sehingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

Pernyataan di atas merujuk kepada ibadat

1

A. Bercukur

2

B. Wukuf

3

C. Melontar Jamrah

4

D. NIat Niat Ihram

7

Multiple Choice

Berikut ialah syarat-syarat tawaf kecuali

1

A. Suci daripada hadas dan najis

2

B. Tujuh kali mengelilingi kaabah

3

C. Tawaf di dalam kaabah

4

D. Menutup aurat

8

Multiple Choice

Antara yang berikut yang manakah syarat tertentu tawaf rukun bagi haji

1

A. Dilakukan selepas wukuf

2

B. Dilakukan selepas melontar Jamrah

3

C. Dilakukan semasa dalam ihram

4

D. Dilakukan pada bila-bila

9

Multiple Choice

Hukumnya wajib ke atas orang yang hendak meninggalkan Mekah.

Pernyataan di atas berkaitan dengan

1

A. Tawaf qudum

2

B. Tawaf Sunat

3

C. Tawaf Ifadah

4

D. Tawaf Widak

10

Multiple Choice

Pilih pernyataan yang benar mengenai ibadat Saie

1

A. Haji sah tetapi dikenakan dam jika meninggalkannya

2

B. Wajib mempunyai wuduk apabila mengerjakannya

3

C. Bermula dari Safa dan berakhir di Marwah

4

D. Wajib masuk ke tempat Saie melalui pintu Safa

11

Multiple Choice

Berikut merupakan syarat-syarat sah saie kecuali

1

A. hendaklah dimulai dari Safa dan disudahi di Marwah

2

B. Dilakukan selepas tawaf rukun atau tawaf qudum

3

C. Dari Safa ke Marwah dan dari Marwah ke Safa dikira sekali

4

D. Berniat untuk tujuan Saie semasa mengerjakan

12

Multiple Choice

Antara yang berikut yang manakah perkara wajib haji?

1

A. Bercukur

2

B. Niat Ihram

3

C. Niat Ihram di Miqat

4

D. Wukuf di padang Arafah

13

Multiple Choice

Antara yang berikut yang manakah bukan perkara wajib haji?

1

A. Niat Ihram di Miqat

2

B. Melontar ketiga-tiga Jamrah

3

C. Wukuf di padang Arafah

4

D. Bermalam di Muzdalifah

14

Multiple Choice

Pilih pernyataan yang benar mengenai Miqat Zamani haji

1

A. Mulai dari bulan Zulhijjah hingga akhir

2

B. Mulai dari bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah

3

C. Mulai bulan Zulkaedah hingga Zulhijjah

4

D. Mulai hari raya haji 10 Zulhijjah

15

Multiple Choice

Para jemaah haji dari Malaysia yang datang dari arah Madinah perlu berniat ihram

1

A. Di Jamrah

2

B. Zulhulaifah (Bir Ali)

3

C. Qarnulmanazil

4

D. Yalamlam

16

Multiple Choice

Muhammad yang tinggal di Mekah, perlu berniat ihram hajinya

1

A. Di tanah halal

2

B. Di Zulhulaifah

3

C. Di kediamannya

4

D. Di tepi kaabah

17

Multiple Choice

Antara yang berikut yang manakah tepat dengan bermalam di Muzdalifah?

1

A. Bermalam pada malam 9 Zulhijjah

2

B. Bermalam pada malam 11 Zulhijjah selepas tengah malam

3

C. Berada di Muzdalifah selepas separuh malam ke sepuluh Zulhijjah ( sebelum terbit fajar )

4

D. Berada di Muzdalifah pada malam 12 Zulhijjah

18

Multiple Choice

Manakah larangan ketika ihram khusus bagi lelaki

1

A. Memakai minyak rambut di kepala

2

B. Menutup kepala dan memakai pakaian berjahit

3

C. Berburu binatang

4

D. Memotong kuku

19

Multiple Choice

Manakah yang berikut merupakan larangan ketika ihram khusus bagi wanita?

1

A. Memakai pakaian berjahit

2

B. Memakai bau-bauan

3

C. Menutup muka dan dua tapak tangan

4

D. Mencabut tumbuh-tumbuhan di tanah haram

20

Multiple Choice

Berikut adalah hikmah diadakan larangan ihram kecuali

1

A. Melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin

2

B. Menggalakkan jemaah haji supaya beribadat bersungguh-sungguh

3

C. Memberi kesedaran kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain

4

D. Menguji kesabaran manusia dalam menyempurnakan perintah Allah SWT

21

Multiple Choice

Melakukan dua daripada tiga perkara iaitu tawaf Ifadah dan melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah dan bercukur.

Pernyataan di atas merujuk kepada

1

A. Tahallul awal

2

B. Tahallul Thani ( kedua )

3

C. Nafar awal

4

D. Nafar Thani ( kedua )

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

FEKAH : HAJI DAN UMRAH

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 21

SLIDE

Discover more resources for Social Studies