

Pola Ayat
Presentation
•
World Languages
•
7th - 8th Grade
•
Hard
Cikgu Norzana
Used 11+ times
FREE Resource
12 Slides • 21 Questions
1
Pola Ayat

2
4 jenis pola ayat
Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)
Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)
Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)
Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FSN)
3
FN + FN
Binaan ayat yang terdiri daripada Frasa Nama sebagai subjek dan predikat
Contoh;
Puan Ramona guru di sekolah itu.
Dalam ayat di atas, Puan Ramona merupakan subjek bagi ayat tersebut dan merupakan Frasa Nama
Manakala predikat dalam ayat tersebut ialah guru di sekolah itu juga merupakan Frasa Nama
Maka, pola bagi ayat di atas ialah FN+FN
4
Frasa Nama
Frasa Nama terdiri daripada kata nama. Kata Nama terdiri daripada Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama.
Kata Nama Am merujuk kepada benda, orang, haiwan dan banyak lagi. Contoh; Pemuda itu / Bola yang bergolek itu / Sang Kancil
Kata Nama Khas merujuk kepada nama manusia, nama tempat dan lain-lain. Kebiasaannya dieja dengan huruf besar. Contoh; Kuala Lumpur / Bangunan Sultan Abdul Samad
Kata Ganti Nama pula merujuk kepada kata nama yang menjadi pengganti kepada benda, manusia, perkara atau arah. Contoh; Dia / Saya / Beliau / itu / ini
5
FN + FK
Binaan ayat yang terdiri daripada Frasa Nama sebagai subjek dan Frasa Kerja sebagai predikat
Contoh;
Dia melakonkan watak Hang Tuah dalam drama itu.
Dalam ayat di atas, Dia merupakan subjek bagi ayat tersebut dan merupakan Frasa Nama
Manakala predikat dalam ayat tersebut ialah melakonkan watak Hang Tuah dalam drama itu merupakan Frasa Kerja
Maka, pola bagi ayat di atas ialah FN+FK
6
Frasa Kerja
Frasa Kerja terdiri daripada gabungan kata kerja dan objek. Adakalanya terdapat kata bantu dalam Frasa Kerja
Contoh; sedang memasak nasi
sedang ialah kata bantu
memasak ialah kata kerja
nasi ialah objek yang dimasak
Kata bantu yang lain seperti; sudah, akan, pernah, belum, sedang, masih telah, dan banyak lagi.
7
FN + FA
Binaan ayat yang terdiri daripada Frasa Nama sebagai subjek dan Frasa Adjektif sebagai predikat
Contoh;
Kucing itu kurus kering
Dalam ayat di atas, Kucing itu merupakan subjek bagi ayat tersebut dan merupakan Frasa Nama
Manakala predikat dalam ayat tersebut ialah kurus kering merupakan Frasa Adjektif
Maka, pola bagi ayat di atas ialah FN+FA
8
Frasa Adjektif
Frasa yang mengandungi kata adjektif. Adakalanya frasa adjektif terbina daripada gabungan kata penguat dan kata adjektif.
Contoh; sangat pandai
sangat ialah kata penguat
Kata penguat yang lain seperti; amat, paling, nian, sekali, sungguh, agak, terlalu, amat dan banyak lagi
9
FN + FSN
Binaan ayat yang terdiri daripada Frasa Nama sebagai subjek dan Frasa Sendi Nama sebagai predikat
Contoh;
Bas itu dari Seremban
Dalam ayat di atas, Bas itu merupakan subjek bagi ayat tersebut dan merupakan Frasa Nama
Manakala predikat dalam ayat tersebut ialah dari Seremban merupakan Frasa Sendi Nama
Maka, pola bagi ayat di atas ialah FN+FSN
10
Frasa Sendi Nama
Frasa yang mengandungi kata sendi nama. Unsur penerang bagi frasa sendi nama ialah kata nama atau frasa nama yang kebiasaannya membawa maksud tempat, waktu, matlamat dan lain.-lain
Contoh; di bandar / pada saya / kepada negara / di dewan makan
11
Sudah belajar? Anda faham?
Sekarang masa untuk menguji kefahaman anda. Jawab soalan-soalan berikut dengan menentukan pola ayat bagi setiap ayat yang diberi.
Semoga Berjaya!
12
Multiple Choice
Bangunan Kelab Sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
13
Multiple Choice
Penyanyi muda itu adik saya
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
14
Multiple Choice
Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
15
Multiple Choice
Yang bergotong-royong membersihkan kawasan itu orang Kampung Sentosa
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
16
Multiple Choice
Majlis perkahwinan yang diadakan itu amatlah meriah
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
17
Multiple Choice
Akibat angin kencang, pondok kecil itu telah roboh
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
18
Multiple Choice
Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
19
Multiple Choice
Setiap pagI, Puspa mengemas bilik tidurnya
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
20
Multiple Choice
Tuala berwarna merah itu kepunyaan dia
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
21
Multiple Choice
Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
22
Multiple Choice
Wad bersalin di tingkat bawah Blok B
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
23
Multiple Choice
Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
24
Multiple Choice
Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
25
Multiple Choice
Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
26
Multiple Choice
Burung yang terbang tadi sangat cantik
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
27
Multiple Choice
Walaupun baru bekerja di syarikat itu, dia tidak kekok
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
28
Multiple Choice
Penulis muda itu selalu mengarang puisi pada waktu malam
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
29
Multiple Choice
Selepas membaca novel, saya ke padang untuk bersenam
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
30
Multiple Choice
Pegawai polis yang baru tiba sebentar tadi sangat tegas
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
31
Multiple Choice
Ayah dan ibu akan ke bendang setiap pagi
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
32
Multiple Choice
Budak-budak itu bermain di bawah rumah setiap petang
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
33
Tahniah kerana berjaya menghabiskan pembelajaran hari ini!
Terima Kasih
Pola Ayat

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 33
SLIDE
Similar Resources on Wayground
27 questions
Validasi Informasi, Fakta, dan Opini
Presentation
•
8th Grade
26 questions
Chapter 10, Lesson 4
Presentation
•
8th Grade
24 questions
Geo.2B.6.4Kesan Negativ alat telekomunikasi&secara etika
Presentation
•
7th - 8th Grade
24 questions
Perumusan Dasar Negara
Presentation
•
7th Grade
28 questions
Prueba de oído (dictado musical 2)
Presentation
•
7th Grade
26 questions
Klasifikasi Makhluk Hidup
Presentation
•
7th - 8th Grade
30 questions
Dante e la divina commedia
Presentation
•
7th Grade
25 questions
Ulangan Harian Melestarikan Budaya Bangsa
Presentation
•
8th Grade
Popular Resources on Wayground
11 questions
Hallway & Bathroom Expectations
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
12 questions
2026 TAP Technology in the Classroom
Presentation
•
Professional Development
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 2 Review
Quiz
•
5th Grade
15 questions
HCS SCI 04 Summer School Review 2
Quiz
•
4th Grade
59 questions
Geometry Unit 3 Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
FAST ELA READING SMAPLE TEST MATERIALS
Passage
•
3rd Grade