
Music and Performing Arts
Presentation
•
Performing Arts
•
9th - 12th Grade
•
Hard
Syariha Ghazali
Used 3+ times
FREE Resource
33 Slides • 0 Questions
1
Kelab Muzik dan Kebudayaan
SMK Bandar Sri Damansara 1
(Perjumpaan ke-5)
2
OBJEKTIF PERJUMPAAN KE-5
Jenis-jenis tarian di Malaysia
Pengenalan asas Rekorder dan Piano
Komponen asas koir
Renj suara manusia
3
JENIS - JENIS TARIAN DI MALAYSIA
4
TARIAN MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.
5
TARIAN ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
6
TARIAN KUDA KEPANG
Permainan kuda kepang adalah tarian pahlawan berkuda yang merupakan kesenian yang berasal dari Jawa, Indonesia. Pada asalnya, tujuan kesenian ini adalah untuk mengusir penjajah Pulau Jawa yang menindas rakyat di Jawa. Tarian ini kemudiannya popular di negeri Johor.
7
Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membacakan jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya.
8
Pada 18 Februari 2009, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah mengharamkan permainan kuda kepang kerana ia diangap bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Semua umat Islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan tersebut. Kuda kepang mempunyai unsur syirik iaitu melakukan jampi dengan pertolongan daripada jin dan syaitan.
9
TARIAN BHARATANATYAM
Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh devadasi iaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan devadasi membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja.
10
Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian ini.
Pergerakan penari adalah secara semitrikal(aksi dilakukan pada sebelah kanan, dilakukan sama pada sebelah kiri). Penari juga mampu menggerakkan setiap bahagian anggotanya secara berasingan; hanya kepala atau mata digerakkan.
11
TARIAN KHATAKALI
Tarian ini merupakan drama musikal yang bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk menggambarkan kemenangan kebenaran atas kesalahan. Para penari Kathakali menggunakan riasan wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah. Ini melambangkan bahwa karakter-karakter yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain.
12
TARIAN NAGA
Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun. Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah.
13
Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain tarian naga. Selepas beribu-ribu tahun pembangunan, bermain naga telah menjadi tarian rakyat yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai cuaca dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan kegembiraan.
14
TARIAN SINGA
Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru yang datang untuk menambah keseronokan. Adat ini telah berusia seribu tahun. Pada awal Dinasti Ming, (kepercayaan sama seperti tarian naga) penduduk percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib baik. Selepas itu, semasa Tahun Baru yang datang, rakyat mesti bermain singa untuk meraikan Tahun Baru.
15
TARIAN KIPAS
Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka. Angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai ‘feng shui’ (kepercayaan tentang sesuatu petanda baik dan buruk) terhadap kehidupan mereka.
16
Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu.
17
TARIAN SUMAZAU
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut.
18
Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis jamuan.
19
TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi kaum Iban di Sarawak. Penari akan memakai pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju burung. Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit beruang. Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanan juga satu topi yang panjang dihiaskan dengan buru-buru burung juda.
20
Penari akan menari tarian ini dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah serta melompat bersama iringan lagu. Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan memegang pedang di tangan kanan dan perisai kayu yang berukir di tangan kiri. Mereka akan nenari seperti berdepan dengan musuh dan menghayunkan badan ke kiri dan kanan.
21
REKORDER
Pengetahuan asas note rekorder
22
23
24
25
PIANO
Pengetahuan asas note piano
26
27
28
KOIR
Komponen asas pembentukan suara koir
29
30
31
RENJ (RANGE) SUARA MANUSIA
20 Hz - 20 kHz
32
How many octaves are there in the human range of hearing?
The human ear can hear a maximum of 10 octaves!
33
TERIMA KASIH.
Kelab Muzik dan Kebudayaan
SMK Bandar Sri Damansara 1
(Perjumpaan ke-5)
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 33
SLIDE
Similar Resources on Wayground
28 questions
Algoritma dan Pemrograman
Presentation
•
9th - 12th Grade
25 questions
POLINOMIAL (1)
Presentation
•
9th - 12th Grade
25 questions
Tahun 1 - 68 - Taman Permainan Selamat
Presentation
•
KG
27 questions
Menyimak Teks anti Hoaks dan Buliying
Presentation
•
9th - 12th Grade
28 questions
PANTUN
Presentation
•
9th - 12th Grade
26 questions
Aisatsu
Presentation
•
9th - 12th Grade
25 questions
perkalian
Presentation
•
9th - 12th Grade
26 questions
Melindungi identitas digital dan data pribadi
Presentation
•
9th - 12th Grade
Popular Resources on Wayground
20 questions
"What is the question asking??" Grades 3-5
Quiz
•
1st - 5th Grade
20 questions
“What is the question asking??” Grades 6-8
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Fire Safety Quiz
Quiz
•
12th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
34 questions
STAAR Review 6th - 8th grade Reading Part 1
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
“What is the question asking??” English I-II
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
47 questions
8th Grade Reading STAAR Ultimate Review!
Quiz
•
8th Grade
Discover more resources for Performing Arts
10 questions
Fire Safety Quiz
Quiz
•
12th Grade
20 questions
“What is the question asking??” English I-II
Quiz
•
9th - 12th Grade
10 questions
Fire Prevention
Quiz
•
9th - 12th Grade
24 questions
BIOLOGY STAAR REVIEW
Quiz
•
9th Grade
50 questions
STAAR English 2 Review
Quiz
•
10th Grade
20 questions
Graphing Inequalities on a Number Line
Quiz
•
6th - 9th Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
10th Grade
30 questions
English 1 STAAR Review
Quiz
•
9th Grade