

Organisasi Mesyuarat
Presentation
•
Education
•
2nd Grade
•
Hard
sufia suefyea91@gmail.com
FREE Resource
18 Slides • 0 Questions
1
ORGANISASI MESYUARAT
Mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang dirancang dengan teliti. Hal ini melibatkan
penentuan butiran mesyuarat dan peranan jawatankuasa pengurusan mesyuarat yang
terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli mesyuarat.

2
PERANAN JAWATANKUASA PENGURUSAN MESYUARAT
3
Pengerusi
Perlu memiliki sifat peribadi yang :
tenang dan peramah
boleh berfikir secara objektif
berpengetahuan cukup tentang tatacara mesyuarat
mesra dan berkeupayaan mengawal diri.
4
Beberapa peraturan asas dalam mempengerusikan mesyuarat:
Kuasa pengerusi mengatasi semua yang hadir dalam sesuatu mesyuarat.
Keputusannya tentang tatacara mesyuarat adalah muktamad
5
Jika ahli mesyuarat hilang kepercayaan kepada seseorang pengerusi cara untuk menyingkirnya adalah seperti yang berikut :
Seorang ahli mesyuarat mesti mengemukakan satu ketetapan, “Bahawa mesyuarat ini hilang kepercayaan kepada pengerusi.”
Ketetapan tersebut perlu disokong dan dikemukakan kepada mesyuarat oleh setiausaha.
Jika ketetapan ini mendapat sokongan majoriti, pengerusi mesti mengosongkan kerusinya
Mesyuarat perlu mengambil keputusan sama ada ditangguhkan atau melantik pengerusi baru untuk meneruskannya.
Undi tidak percaya hanya berkuat kuasa untuk satu mesyuarat sahaja tetapi lazimnya hal ini akan menyebabkan pengerusi terbabit meletakkan jawatannya.
6
Sambungan peraturan asas mempengerusi mesyuarat
Pengerusi mempunyai undi pemutus untuk digunakan apabila keputusan undi antara yang menyokong dan membangkang sesuatu ketetapan adalah seri atau sama.
Jika pengerusi bertanding untuk mempertahankan kedudukannya sebagai pengerusi, dia tidak boleh mempengerusikan mesyuarat tersebut semasa pengundian sedang dijalankan. Naib pengerusi atau seorang pengerusi sementara akan mengambil alih tempatnya. Sekiranya dia dilantik semula, dia bolehlah mempengerusikan semula mesyuarat seterusnya jika disetujui oleh ahli-ahli mesyuarat.
7
Peraturan Asas Mempengerusi sesuatu mesyuarat
Pengerusi perlu berdiri apabila bercakap dalam mesyuarat kecuali dalam mesyuarat jawatankuasa.
Pengerusi perlu menegaskan setiap soalan, komen atau pandangan yang dikemukakan oleh hadirin atau jawatankuasa mestilah ditujukan kepada pengerusi dan bukan kepada orang tertentu dalam mesyuarat. Kecuali dalam mesyuarat jawatankuasa, seseorang yang berucap hendaklah berdiri dalam setiap jenis mesyuarat. Apabila seseorang ahli mesyuarat sedang berucap kepadanya, pengerusi perlu duduk kerana peraturan menentukan bahawa tiada sesiapa pun dibenarkan bercakap ketika pengerusi sedang berdiri.
8
Ahli-ahli mesyuarat/jawatankuasa hendaklah menggunakan pembuka kata yang betul untuk memulakan ucapan. Misalnya:
“Tuan/Puan Pengerusi, izinkan saya mengemukakan pertanyaan
kepada…”
“Tuan/Puan Pengerusi, bolehkah pembicara menyatakan kepada kami...”
“Melalui Tuan/Puan Pengerusi, izinkan saya mengemukakan pertanyaan kepada…”
‘Tuan/Puan Pengerusi, izinkan saya bertanya...’ dan lain-lain.
9
Sanbungan Peraturan Asas
Pastikan mesyuarat dimulakan tepat pada waktunya dan ditangguhkan secara rasmi supaya setiap ahli yang hadir tahu bahawa mesyuarat tersebut telah tamat.
Pengerusi perlu berhubung rapat dan bekerjasama dengan setiausaha.
10
Perkara-perkara yang patut dilakukan dan dielakkan oleh pengerusi:
Bercakap atau berucap dengan ringkas. Belajarlah bercakap terus kepada pokok perbincangan dengan jelas dan ringkas.
Belajarlah untuk menghadapi sesuatu keadaan dengan tenang walaupun boleh menyakitkan hati. Hindarkan ketidaksabaran atau menggunakan bahasa yang kasar khasnya kepada mereka yang pemalu atau berdarah gemuruh kerana mereka terlalu mudah teragak-agak untuk bercakap lagi.
11
Perkara-perkara yang patut dilakukan dan dielakkan oleh pengerusi:
Tonjolkan diri dengan air muka yang manis dan berhati-hati supaya tidak tertidur semasa mendengar ucapan yang membosankan
Berpakaian kemas dan bersopan.
Jangan tunjukkan kegelisahan diri kerana sikap ini akan mengganggu ketekunan para hadirin
12
Perkara-perkara yang patut dilakukan dan dielakkan oleh pengerusi:
Jangan bersandar di meja – hal ini akan menyebabkan seorang pengerusi kelihatan lemah dan menimbulkan rasa kurang yakin dalam kalangan hadirin. Keadaan ini juga akan memberikan kesan kepada suara seseorang pengerusi.
Ketika menggunakan mikrofon, bercakaplah dengan jelas dan sedikit perlahan seperti perbualan biasa. Laraskan mikrofon ke paras mulut. Kedudukan pengucap hendaklah 18’ hingga 2’daripada mikrofon
13
Penentuan Butiran Mesyuarat
Sebelum mesyuarat, perkara-perkara yang berikut perlu diambil kira.
Tarikh
Masa
Tempat
Kehadiran
Agenda
14
TARIKH
Tarikh yang sesuai ditetapkan dan dimaklumkan kepada semua ahli yang terlibat terlebih dahulu supaya mereka sempat membuat persediaan.
15
MASA
Masa juga hendaklah sesuai supaya hal-hal yang akan dibincangkan dapat dijalankan dengan sempurna.
16
TEMPAT
Tempat yang selesa memang diperlukan untuk aktiviti mesyuarat. Jika bilangan anggota mesyuarat tidak ramai, eloklah dijalankan mesyuarat dalam susunan duduk yang membolehkan interaksi, secara terbuka. Misalnya, mesyuarat meja bundar dengan pengerusi dan setiausaha duduk bersebelahan anggota mesyuarat yang lain
17
KEHADIRAN
Bilangan orang yang akan menghadiri mesyuarat telah ditetapkan terlebih dahulu
Jika sesuatu mesyuarat diadakan untuk membuat keputusan, bilangan yang hadir perlulah tidak kurang daripada tiga perempat jumlah semua ahli.
Jika jumlah itu kurang daripada tiga perempat, mesyuarat tidak boleh membuat keputusan tetapi boleh mengadakan perbincangan.
18
AGENDA
Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mesti mengandungi:
Ucapan alu-aluan pengerusi.
Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
Perkara-perkara berbangkit
Hal-hal lain.
ORGANISASI MESYUARAT
Mesyuarat yang baik ialah mesyuarat yang dirancang dengan teliti. Hal ini melibatkan
penentuan butiran mesyuarat dan peranan jawatankuasa pengurusan mesyuarat yang
terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli mesyuarat.

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 18
SLIDE
Similar Resources on Wayground
14 questions
SILA-SILA PANCASILA
Presentation
•
2nd Grade
14 questions
KELAS 2 TEMA 1 SUBTEMA 2 PEMBELAJARAN 4
Presentation
•
2nd Grade
11 questions
MALAIKAT YANG SETIA
Presentation
•
2nd Grade
15 questions
Petualangan Jajan Anton
Presentation
•
KG
10 questions
SENI TARI
Presentation
•
KG
13 questions
ISI TERSIRAT
Presentation
•
2nd Grade
14 questions
Bahasa Melayu Tahun 2 Jasmin
Presentation
•
2nd Grade
14 questions
SAINS 6 YEARS
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
11 questions
Hallway & Bathroom Expectations
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
12 questions
2026 TAP Technology in the Classroom
Presentation
•
Professional Development
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 2 Review
Quiz
•
5th Grade
15 questions
HCS SCI 04 Summer School Review 2
Quiz
•
4th Grade
59 questions
Geometry Unit 3 Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
FAST ELA READING SMAPLE TEST MATERIALS
Passage
•
3rd Grade