Search Header Logo
NOTA IBADAH TAHUN 5

NOTA IBADAH TAHUN 5

Assessment

Presentation

Religious Studies

1st - 10th Grade

Hard

Created by

Muhammad Azri

Used 1+ times

FREE Resource

9 Slides • 0 Questions

1

NOTA IBADAH TAHUN 5

TAJUK : PUASA RAMADHAN

Slide image

2

BUKA MINDA!

Islam agama yang mudah dan sesuai dipraktikkan dalam kehidupan manusia. Allah swt tidak mensyariatkan sesuatu hukum agama yang boleh mendatangkan kesusahan dan membebankan hamba-Nya.

Slide image

3

PENGERTIAN PUASA

*Dari segi bahasa : Menahan diri daripada sesuatu.

*Dari segi Istilah syarak : Menahan diri daripada makan & minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan dimulakan dengan niat puasa.

Slide image

4

HUKUM PUASA

  • Puasa Ramadhan adalah rukun Islam yang ke-3.

  • Berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib (Fardhu ain) ke atas semua umat Islam yang cukup syarat-syaratnya.

  • Puasa dapat mendidik diri dan jiwa agar kita sentiasa sabar dan jujur dalam beribadah.

5

SYARAT WAJIB PUASA

  • Muslim : Puasa orang bukan Islam tidak sah disisi Allah swt. 

  • Berakal : Tidak wajib puasa bagi orang gila.

  • Baligh : Tidak wajib puasa bagi kanak-kanak.

  • Suci daripada haidh & nifas : Tidak sah puasa seorang wanita yang dalam keadaan hadas besar.

  • Mampu berpuasa : Tidak wajib puasa orang yang uzur (sakit), orang yang terlalu tua, yang sekiranya berpuasa akan memudaratkan dirinya.

6

SYARAT SAH PUASA

INGAT YA!! Pastikan anda dapat membezakan antara syarat wajib puasa & syarat sah puasa.

Slide image

7

RUKUN PUASA

  1. Niat : Niat puasa Ramadhan pada waktu malam hingga sebelum terbit fajar. Tidak sah puasa tanpa niat.
  2. Menahan diri : Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Slide image

8

MESTI TAHU!!! HARI-HARI YANG DIHARAMKAN PUASA IALAH :

  • Hari Raya Aidilfitri > 1 Syawal

  • Hari Raya Aidiladha > 10 Zulhijjah

  • Hari Tasyriq > 11, 12 & 13 Zulhijjah

  • Hari Syak > 30 Syaaban

9

Sekian dahulu, selamat mengulangkaji.

*InsyaAllah akan ada sambungan nya, tunggu ya.

Slide image

NOTA IBADAH TAHUN 5

TAJUK : PUASA RAMADHAN

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 9

SLIDE

Discover more resources for Religious Studies