

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4
Presentation
•
Arts
•
10th Grade
•
Practice Problem
•
Easy
Cikgu Nofiya
Used 34+ times
FREE Resource
3 Slides • 11 Questions
1
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4
CIKGU NOFIYA
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU

2
Soalan Struktur
3
Open Ended
Jawab semua soalan
1) Dalam konteks memupuk perpaduan ke arah keharmonian negara, agensi kerajaan berperanan dan berusaha untuk membentuk masyarakat yang taat setia, berdisiplin, dan bersatu padu.
a) Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan masih belum dapat dicapai sepenuhnya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak?
(6 markah)
4
Open Ended
b) Ramalkan dua kesan yang akan berlaku sekiranya elemen perpaduan dalam sesebuah negara diabaikan.
(4 markah)
5
Open Ended
2) Selain kita digalakkan supaya bersederhana dalam tingkah laku dan pertuturan, kita juga perlulah bersederhana dan berjimat cermat dalam mengurus perbelanjaan mengikut kemampuan. Individu yang bijak tidak akan mengikut hawa nafsu dan keterlaluan dalam berbelanja.
a) Wajarkah kita berbelanja sebanyak yang mungkin ketika jualan murah berlangsung? Jelaskan.
(6 markah)
6
Open Ended
b) Terangkan empat kepentingan pengurusan perbelanjaan secara beretika dalam kehidupan harian.
(4 markah)
7
Open Ended
3) Gambar yang berikut adalah keratan akhbar berkaitan dengan keldai dadah.
a) Sejauh manakah prinsip keadilan dan prinsip keprihatinan dapat mengadili individu di atas?
(4 markah)
8
Open Ended
b) Jelaskan tindakan yang wajar dilakukan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa seperti yang ditunjukkan dalam keratan akhbar tersebut.
(6 markah)
9
Open Ended
4) Baca maklumat di bawah yang berkaitan dengan usaha kerajaan untuk
memartabatkan integriti di Malaysia.
Pelan Antirasuah Nasional 2019 - 2023
Usaha tersebut menunjukkan kepentingan amalan sikap amanah dalam kehidupan
harian. Huraikan implikasi yang akan berlaku jika usaha kerajaan tersebut
diabaikan oleh individu.
(6 markah)
10
Open Ended
5) “ Baki wang syiling yang bernilai kecil sering diabaikan ketika berbelanja sedangkan
setiap sen yang dibelanjakan akan memberikan kesan kepada perbelanjaan kita.”
a) Bagaimanakah cara anda menguruskan wang syiling tersebut.
(6 markah)
11
Soalan Esei
12
Open Ended
Membasmi Pembalakan Haram Tanggungjawab Bersama
Berdasarkan gambar di sebelah, huraikan tiga tanggungjawab yang harus diamalkan oleh pembalak haram. Jawapan anda hendaklah disokong dengan penerangan dan huraian atau contoh yang sesuai.
(10 markah)
13
Open Ended
Berdasarkan gambar tersebut, bincangkan norma masyarakat yang perlu anda amalkan dalam kehidupan seharian. Huraian anda mestilah berdasarkan nilai-nilai universal.
(10 markah)
14
Open Ended
Berdasarkan keratan akhbar tersebut, bagaimanakah anda dapat mengamalkan integriti dalam kehidupan seharian berdasarkan nilai-nilai universal?
(10 markah)
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4
CIKGU NOFIYA
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 14
SLIDE
Similar Resources on Wayground
11 questions
Seni Rupa
Presentation
•
10th Grade
9 questions
Seni Rupa Daerah dan Gambar Cerita
Presentation
•
11th Grade
10 questions
KONSEP MOL
Presentation
•
10th Grade
11 questions
Penawaran
Presentation
•
10th Grade
11 questions
Simple Passive Voice
Presentation
•
10th Grade
10 questions
MATERI 6 : Modal in English
Presentation
•
10th Grade
11 questions
HAJI, ZAKAT , DAN WAKAF
Presentation
•
10th Grade
10 questions
Matematika Volume Kubus dan Balok
Presentation
•
10th - 11th Grade
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade