

MODUL TATABAHASA UPSR
Presentation
•
World Languages
•
4th - 6th Grade
•
Medium
Yuki Oon
Used 12+ times
FREE Resource
10 Slides • 172 Questions
1
MODUL TATABAHASA UPSR

2
KATA NAMA AM
Kata Nama Am ialah kata yang menamakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda, tempat dan sebagainya secara am atau umum
Kata Nama Am boleh terbina daripada kata dasar atau pun kata terbitan. Kata nama dasar ialah kata nama yang tidak mengalami proses pengimbuhan. Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil akibat proses pengimbuhan pada sesuatu kata dasar.
3
Multiple Choice
1. _________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.
A Kebun
B Pokok
C Buah
D Tumbuhan
4
Multiple Choice
2. Mak Sena mengikat sebilah __________ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.
A tajak
B gunting
C parang
D pisau
5
Multiple Choice
3. Kerja sebagai seorang anggota __________ adalah untuk menangkap dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.
A tentera
B polis
C rela
D kastam
6
Multiple Choice
4. _________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan selama lima tahun.
A Orang
B Pasukan
C Atlet
D Pemain
7
Multiple Choice
5. Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan __________ yang baharu tidak lama lagi.
A perumah
B rumah
C perumahan
D berumah
8
Multiple Choice
6. Seorang __________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan jual beli dengan rakan-rakannya.
A pekerja
B peniaga
C pegawai
D usahawan
9
Multiple Choice
7. Bapa saya pernah menjadi __________ sekolah di kampung ini.
A ketuaan
B ketua
C mengetua
D pengetua
10
Multiple Choice
8. Banyak _________ gemar melawat tempat-tempat menarik di negara ini.
A pelancung
B pendatang
C pelancong
D pelawat
11
Multiple Choice
9. Para pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis anugerah kecemerlangan akan diadakan lusa.
A taman
B dewan
C kantin
D kedai
12
Multiple Choice
10. Pada zaman dahulu, banyak _________ datang ke Melaka untuk urusan perniagaan.
A pengurus
B penjaja
C penjual
D pedagang
13
Multiple Choice
11. __________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan kerana kerosakan enjin.
A Bas
B Kereta
C Basikal
D Motosikal
14
Multiple Choice
12. Elsalina Imani mencuba __________ yang baru dibeli oleh ibu.
A subang
B gelang
C kerongsang
D kerongsang
15
Multiple Choice
13. Pemuda buta itu pandai mengayam _________ daripada buluh.
A tikar
B bakul
C kotak
D bekas
16
Multiple Choice
14. Abang baru membeli sebuah __________ berjenama Acer.
A jam
B komputer
C radio
D gitar
17
Multiple Choice
15. Arman dan Zain Hakimi belajar di _________ yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.
A dewan
B sekolah
C tadika
D balai
18
Multiple Choice
16. Adik saya menyertai pertandingan menulis __________ bagi kategori murid tujuh hingga sembilan tahun.
A cerpen
B cerita
C skrip
D novel
19
Multiple Choice
17. __________ itu diminati kerana kelunakan suaranya apabila beliau mendendangkan lagu.
A Penari
B Penyajak
C Penyair
D Penyanyi
20
Multiple Choice
18. Anggota rukun tetangga bertugas untuk menjaga __________ saya pada setiap malam.
A pekan
B negeri
C kampung
D negara
21
Multiple Choice
19. Di dalam tin kosong itu terdapat banyak __________ kerana air bertakung.
A jejentik
B riang-riang
C lelabah
D umang-umang
22
Multiple Choice
20. Saya telah mengirim sepucuk __________ kepadanya untuk bertanya khabar.
A kad
B kertas
C nota
D surat
23
KATA NAMA KHAS
Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.
24
Multiple Choice
1. Pemenang program realiti TV 10 telah menerima sebuah kereta ________ .
A Sony
B Nokia
C Inspira
D Dell
25
Multiple Choice
2. Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .
A Mejar Amran
B Hakim Saljit Singh
C Inspektor Haris
D Peguam Bala
26
Multiple Choice
3. Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal kepada anak kesayangannya.
A Pilot
B Rolex
C Darlie
D Satria
27
Multiple Choice
4. Pada hari minggu ayah membawa kami ke ________ untuk membeli belah.
A Pasar Raya Tesco
B Stesen KLIA
C Hotel Perdana
D Bangunan Petronas
28
Multiple Choice
5. Khazanah purba negara banyak tersimpan di ________ .
A Masjid Negara
B Zoo Negara
C Taman Negara
D Muzium Negara
29
Multiple Choice
6. Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena sambutan ________ peringkat sekolah setiap tahun.
A Hari Ibu
B Hari Bapa
C Hari Guru
D Hari Pekerja
30
Multiple Choice
7. Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ________ .
A Bapa Keamanan
B Bapa Kemerdekaan
C Bapa Pemodenan
D Bapa Perpaduan
31
Multiple Choice
8. Negeri ________ juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia.
A Johor
B Pahang
C Kelantan
D Kedah
32
Multiple Choice
9. Orang ramai telah berkunjung ke ________ untuk melihat gerhana matahari.
A Bangunan KLCC
B Menara Kuala Lumpur
C Planetarium Negara
D Pusat Dagangan Dunia
33
Multiple Choice
10. Ramai pembesar negara hadir ke ________ untuk meraikan istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agung.
A Istana Negeri
B Istana Negara
C Dewan Merdeka
D Bangunan Parlimen
34
Multiple Choice
11. Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhi oleh ________ kepada pengedar dadah itu.
A Peguam Kamal
B Ketua Polis
C Perdana Menteri
D Hakim Gopal Singam
35
Multiple Choice
12. Pameran Pertunjukkan Akrobatik Maritim Antarabangsa ( LIMA ) telah diadakan di ________.
A Pulau Pinang
B Pulau Langkawi
C Pulau Pangkor
D Pulau Redang
36
Multiple Choice
13. Pesakit yang malang itu merayu orang ramai untuk mendapatkan derma bagi menjalani rawatan di ________ .
A Institut Aminuddin Baki
B Institut Jantung Negara
C Institut Pengajian Tinggi
D Institut Perguruan
37
Multiple Choice
14. Seekor lembu peliharaan Pak Samad telah mati dibaham oleh ________ ketika meragut rumput di hujung kampung.
A Sang Kancil
B Pak Belang
C Sang Rangkak
D Pak Bedal
38
Multiple Choice
15. Abang membawa kami ke ________ untuk menyaksikan tayangan filem hindustan.
A Pusat Sivik
B Pawagam Odeon
C Dewan Pleno
D Taman Tasik
39
Multiple Choice
16. ________ merupakan seorang pahlawan Melayu Melaka yang tersohor pada zaman dahulu.
A Tok Dalang
B Tok Selampit
C Hang Li Po
D Hang Tuah
40
Multiple Choice
17. Banyak rumah yang telah musnah akibat dilanda bencana ________ beberapa tahun yang lepas.
A Chikungunya
B Malaria
C Tsunami
D Gerhana
41
Multiple Choice
18. Negeri Sarawak menjadi tuan rumah ________ peringkat kebangsaan.
A Pesta Ria
B Pesta Air
C Pesta Tani
D Pesta Heboh
42
Multiple Choice
19. Pasukan Brazil telah memenangi Kejohanan Bola Sepak ________ yang berlangsung di Jerman.
A Piala Emas
B Piala Agung
C Piala Dunia
D Piala Thomas
43
Multiple Choice
20. Kempen ________ sedang giat dijalankan untuk membentuk masyarakat penyayang.
A Bahasa Jiwa Bangsa
B Budi Bahasa Budaya Kita
C Cintai Bahasa
D Sayangi Budi Bahasa Kita
44
KATA GANTI NAMA DIRI
Kata Nama Ganti Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Kata ganti nama diri dibahagikan kepada 3 bahagian :
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama – contohnya aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita.
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua – contohnya kamu, awak, engkau, anda, saudari, saudara.
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – contohnya dia, beliau, baginda, mereka.
45
Multiple Choice
1. “Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Hang Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.
A beta…hamba
B baginda…hamba
C yang mulia…beta
D tuanku…patik
46
Multiple Choice
2. _______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang_________,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.
A awak… mereka
B Anda … aku
C Kita … mereka
D Awak … saya
47
Multiple Choice
3. “Masalah itu patut______selesaikan supaya____________tidak merajuk lagi,” kata Ali kepada kawan-kawannya.
A awak … mereka
B engkau … beliau
C aku … kita
D kita … dia
48
Multiple Choice
4. “Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak.
A baginda … tuanku … hamba
B beta … baginda … hamba
C tuanku … beta … patik
D tuanku … tuanku … patik
49
Multiple Choice
5. _______ bertiga telah diarahkan oleh________membersihkan taman mini ini.
A Kami … awak
B Beta … dia
C Mereka … beliau
D Mu … kami
50
Multiple Choice
6. “Perbuatan ________memang tidak ________gemari,” kata Irfan kepada budak-budak itu.
A anda … dia
B kamu … ku
C kita … beliau
D awak … saya
51
Multiple Choice
7. Pen ini________hadiahkan kepada__________,” kata Ani kepada Ayuni.
A nya … awak
B kita … anda
C aku … kami
D ku … mu
52
Multiple Choice
8. Iqmal bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya.
A Mereka
B Dia
C Kami
D Engkau
53
Multiple Choice
9. “Pukul berapa________akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Hafiz.
A kami
B awak
C mereka
D kamu
54
Multiple Choice
10. Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ________suruh.
A kita
B awak
C mereka
D kami
55
Multiple Choice
11. Datuk Hamidi telah meninggal dunia. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan perkuburan Kampung Ai.
A beliau
B baginda
C dia
D nya
56
Multiple Choice
12. “________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah Ah Hong.
A Saya
B Kami
C Dia
D Mereka
57
Multiple Choice
13. ________ akan berangkat ke balai persidangan tidak lama lagi.
A Baginda
B Aku
C Beta
D Hamba
58
Multiple Choice
14. Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasana yang ceria.
A Mereka
B Kalian
C Kita
D Kamu
59
Multiple Choice
15. “________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.
A Hamba, dia
B Kita, nya
C Kami, mereka
D Saya, dia
60
Multiple Choice
16. Selva ialah anak angkat Encik Murugiah. Ibu bapa _______ meninggal dunia setahun yang lalu.
A kami
B mereka
C kita
D -nya
61
Multiple Choice
17. Ayah Amin sakit. Kami sudah melawat _______ di hospital semalam.
A -nya
B dia
C mereka
D beliau
62
Multiple Choice
18. Aini dan keluarga _______ telah berpindah ke Kangar sejak dua tahun yang lalu.
A ia
B kami
C -nya
D dia
63
Multiple Choice
19. Kepulangan ________ sekeluarga dari Mekah telah disambut oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.
A kita
B kami
C saudara
D ianya
64
Multiple Choice
20. Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di hospital.
A dia
B baginda
C kalian
D beliau
65
KATA GANTI NAMA TANYA
1. Kata ganti nama Tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat.
2. Kata ganti nama Tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat.
Contoh : apa, mana , siapa
66
Multiple Choice
1. “ Boleh saya tahu, yang datang semalam itu _______ ? ” tanya Airel kepada Alissa.
A bila
B apa
C siapa
D mana
67
Multiple Choice
2. “ Tolong buka beg , saya nak tengok _______ yang ada di dalamnya,” Kata Cikgu Aidil kepada Amira.
A bila
B apa
C siapa
D berapa
68
Multiple Choice
3. “________ Pak Amir dan isterinya akan berangkat ke Mekah ? ” tanya Haji Mansor kepada isterinya.
A Bilakah
B Siapakah
C Di manakah
D Bagaimanakah
69
Multiple Choice
4. ________ kamu tidak datang ke kelas tambahan semalam ?
A Bagaimanakah
B Mengapakah
C Berapakah
D Bilakah
70
Multiple Choice
5. ________ harga sekilogram buah duku ini ?
A Di manakah
B Berapakah
C Bilakah
D Adakah
71
Multiple Choice
6. Selamat pagi, ________pesanan encik?
A bilakah
B adakah
C apakah
D di manakah
72
Multiple Choice
7. _______ kamu akan bertolak ke Paris?
A Bilakah
B Berapakah
C Siapakah
D Di manakah
73
Multiple Choice
8. _______ caranya kamu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ?
A Bilakah
B Siapakah
C Berapakah
D Bagaimanakah
74
Multiple Choice
9. Bilangan pelajar yang dipilih menyertai pertandingan lukisan itu ______?
A bila
B apa
C siapa
D berapa
75
Multiple Choice
10. Tuan punya kereta berwarna putih itu ______ ?
A siapa
B mana
C apa
D berapa
76
Multiple Choice
11. Harga buku yang kamu beli itu _____ ?
A mana
B berapa
C kenapa
D bagaimana
77
Multiple Choice
12. Beg yang kamu beli itu untuk ______?
A berapa
B mana
C siapa
D apa
78
Multiple Choice
13. “______ lagi yang tidak kena, Amin?” tanya ibu.
A Apa
B Bila
C siapa
D Mengapa
79
Multiple Choice
14. Pada hari ______kah kamu akan pulang ke Kuala Lumpur?
A bila
B mana
C apa
D berapa
80
Multiple Choice
15. Yang ______kah baju yang sesuai dipakai untuk majlis di istana nanti?
A bagaimana
B mana
D apa
81
Multiple Choice
16. Cara untuk menenun kain songket _____?
A bagaimana
B mengapa
C berapa
D siapa
82
Multiple Choice
17. Lelaki yang datang ke rumah kamu semalam _____?
A apa
B mana
C siapa
D mengapa
83
Multiple Choice
18. Perasmi sukan tahunan sekolah kamu _____?
A berapa
B siapa
C apa
D bila
84
Multiple Choice
19. Yang duduk di hadapan guru besar itu _____?
A apa
B berapa
C bila
D siapa
85
Multiple Choice
20. Adik-beradik awak _____ orang?
A apa
C berapa
C siapa
D bagaimana
86
Kata Ganti Nama Tempat dan Tunjuk
Kata Ganti Nama Tempat digunakan untuk mengganti nama tempat. Terdapat tiga jenis kata ganti nama tempat iaitu:
Sana – tempat yang jauh dan tidak kelihatan.
Sini – tempat yang dekat
Situ – tempat yang agak jauh tetapi tidak sejauh sana dan tempat ini masih kelihatan.
Kata Ganti Nama Tunjuk digunakan untuk menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat. Terdapat dua jenis kata ganti nama tunjuk iaitu:
Ini – menunjukkan sesuatu yang dekat.
Itu – menunjukkan sesuatu yang jauh.
87
Multiple Choice
1. “ Mesin basuh yang baru tiba itu ___________?” tanya Fatihah kepada jurujual itu.
A mana
B apa
C ini
D siapa
88
Multiple Choice
2. Peristiwa ______________ masih segar dalam ingatan Pak Mihad.
A ini
B itu
C sini
D situ
89
Multiple Choice
3. Ulang tahun kemerdekaan negara kita pada tahun _____________ jatuh pada hari Jumaat.
A itu
B ini
C sana
D sini
90
Multiple Choice
4. Suriati tidak ke _______________ sepanjang cuti persekolahan yang lalu.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa
91
Multiple Choice
5. “Wakil rakyat itu akan datang ke _______________ sebentar lagi,” kata ketua kampung kepada pemuda di sebelahnya.
A sana
B ini
C sini
D itu
92
Multiple Choice
6. Para tetamu diminta duduk di ________________ tempat yang masih kosong.
A mana-mana
B mana
C apa-apa
D sesiapa
93
Multiple Choice
7. Letakkan meja dan kerusi rosak ini di _____________ bilik yang mempunyai ruang,” kata guru disiplin kepada murid-murid.
A mana-mana
B bila-bila
C siapa-siapa
D apa-apa
94
Multiple Choice
8. “Di ___________kah letaknya masjid Putrajaya?‟ tanya Encik Amri kepada lelaki itu.
A mana
B apa
C berapa
95
Multiple Choice
9. “Awak berasal dari ______________?” tanya Umaira kepada jiran barunya.
A apa
B siapa
C mana
96
Multiple Choice
10. Jika tiada ______________ pertanyaan tentang kertas soalan, mulalah menjawab soalan itu.
A mana-mana
B apa-apa
C bila-bila
D siapa-siapa
97
Multiple Choice
11. Puisi _____________ saya tujukan untuk ibu tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya,” kata Mira Edora.
A sini
B sana
C itu
D ini
98
Multiple Choice
12. Kedai hiasan dalaman di seberang jalan ____________ dihias sangat cantik.
A itu
B ini
C sana
D begitu
99
Multiple Choice
13. Di _____________lah berlakunya kemalangan ngeri yang menyebabkan semua penumpangnya meninggal dunia.
A ini
B begitu
C sini
D begini
100
Multiple Choice
14. Perbuatan pemuda itu mencuri barang-barang surau akan menimbulkan kemarahan penduduk di _____________.
A ini
B situ
C begitu
D demikian
101
Multiple Choice
15. Jika ada _____________ perkara yang tidak diingini, sila maklumkan segera kepada pihak polis.
A apa-apa
B mana-mana
C bila-bila
D siapa-siapa
102
Multiple Choice
16. Ketuhar ________________ lah yang dimenangi oleh Mak Siti secara percuma semasa acara cabutan nombor bertuah yang diadakan di Pasar Raya Utama.
A situ
B sini
C ini
D itu
103
Multiple Choice
17. Pilih ________________ kasut yang padan warnanya dengan baju kebaya itu.
A siapa-siapa
B mana-mana
C bila-bila
D apa-apa
104
Multiple Choice
18. ________________ lah nasib yang dialami oleh Lebai Malang itu.
A begini
B begitu
C situ
D sini
105
Multiple Choice
19. ________________ sajalah buah tangan yang dapat saya berikan kepada kamu.
A ini
B itu
C sana
D sini
106
Multiple Choice
20. Kita perlu berusaha gigih, rezeki ada di ______________.
A bila-bila
B apa – apa
C siapa – siapa
D mana – mana
107
KATA GANTI NAMA TAK TENTU
Kata ganti nama tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.
Contoh : apa-apa, mana-mana, masing-masing, seseorang, sesuatu dan siapa-siapa atau sesiapa
108
Multiple Choice
1. _________ yang berminat mengambil bahagian dalam perlawanan itu, dikehendaki membuat pendaftaran.
A Apa-apa
B Bila-bila
C Siapa-siapa
D Mana-mana
109
Multiple Choice
2. “Serahkan _________ yang ada di dalam beg itu kepada aku!” kata perompak itu kepada Mak Minah.
A mana-mana
B apa-apa
C siapa-siapa
D bila-bila
110
Multiple Choice
3. Saimi tidak menjamah _________ makanan pun hari ini.
A apa-apa
B mana-mana
C siapa-siapa
D bila-bila
111
Multiple Choice
4. Entah _________ lagi kami sekeluarga akan dapat pulang ke kampung.
A mana-mana
B bila-bila
C apa-apa
D siapa-siapa
112
Multiple Choice
5. Emak melarang adik ke __________ semasa beliau membayar harga makanan di kaunter.
A mana-mana
B bila-bila
C siapa-siapa
D apa-apa
113
Multiple Choice
6. __________ yang kehilangan jam tangan, sila berjumpa dengan saya.
A Mana-mana
B Bila-bila
C Siapa-siapa
D Apa-apa
114
Multiple Choice
7. Antara baju-baju ini pilihlah __________ yang adik berkenan.
A apa-apa
B bila-bila
C siapa-siapa
D mana-mana
115
Multiple Choice
8. Adakah __________ berita tentang keadaan ekonomi negara kita?
A bila-bila
B apa-apa
C mana-mana
D siapa-siapa
116
Multiple Choice
9. Pesanlah __________ makanan yang awak hendak.
A mana-mana
B apa-apa
C siapa-siapa
D bila-bila
117
Multiple Choice
10. Hasnah tidak suka __________ pun bertanyakan masalahnya.
A bila-bila
B mana-mana
C siapa-siapa
D apa-apa
118
Multiple Choice
11. Kami akan tiba __________ masa sahaja.
A bila-bila
B mana-mana
C siapa-siapa
D apa-apa
119
Multiple Choice
12. _________ barang yang berharga eloklah diselamatkan dahulu.
A Apa-apa
B Bila-bila
C Mana-mana
D Siapa-siapa
120
Multiple Choice
13. Tiada _________ dibenarkan masuk ke dalam bilik itu kecuali kakitangan yang berkenaan.
A apa-apa
B sesiapa
C mana-mana
121
Multiple Choice
14. “Pilihlah _________ kuih yang adik suka,” kata Puan Azie kepada anak bongsunya.
A mana-mana
B apa-apa
C siapa-siapa
D bila-bila
122
Multiple Choice
15. __________ pun pandangan kita tentang vandalisme, fenomena ini wajar dibanteras.
A Mana-mana
B Apa-apa
C Sesiapa
D Bila-bila
123
Multiple Choice
16. __________ yang tidak mengikut arahan akan dikenakan tindakan.
A Siapa-siapa
B Apa-apa
C Bila-bila
D Mana-mana
124
Multiple Choice
17. __________ yang tidak faham, tolong angkat tangan.
A Siapa-siapa
B Mana-mana
C Bila-bila
D Apa-apa
125
Multiple Choice
18. Kamu tidak dibenarkan menulis __________ sehingga dibenarkan berbuat demikian.
A apa-apa
B mana-mana
C bila-bila
D siapa-siapa
126
Multiple Choice
19. Duduklah di __________ yang kamu suka kerana tempat duduk ini tidak bernombor.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa
127
Multiple Choice
20. Tidak ada __________ lagi yang boleh kamu buat kerana semua kerja telah disiapkan.
A mana-mana
B siapa-siapa
C bila-bila
D apa-apa
128
Multiple Choice
15. Jika ada _____________ perkara yang tidak diingini, sila maklumkan segera kepada pihak polis.
A apa-apa
B mana-mana
C bila-bila
D siapa-siapa
129
Multiple Choice
8. “Di ___________kah letaknya masjid Putrajaya?‟ tanya Encik Amri kepada lelaki itu.
A mana
B apa
C berapa
130
KATA KERJA
Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
i. Kata Kerja Transitif – menebas, menyidai, menulis
ii. Kata Kerja Tak Transitif – bangun, lihat, lulus
iii. Kata Kerja Pasif – ditebas, disidai, ditulis
131
Multiple Choice
1. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.
A menghulurkan
B melontarkan
C meletakkan
D melabuhkan
132
Multiple Choice
2. Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.
A mencapai
B menduduki
C menggarap
D merangkul
133
Multiple Choice
3. Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Tahan telah _________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.
A terjumpa
B dijumpai
C berjumpa
D menjumpai
134
Multiple Choice
4. Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A menumbangkan
B menundukkan
C menewaskan
D menumpaskan
135
Multiple Choice
5.Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.
A penghapusan
B pembersihan
C penerokaan
D pembasmian
136
Multiple Choice
6.Pak Cik Amran ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.
A mengikis
B menarah
C meraut
D mengupas
137
Multiple Choice
7. Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.
A Amin suka membaca buku.
B Dia pancing ikan di sungai.
C Aidil tendang bola itu.
D Farid dan Kamil baca cerita di perpustakaan.
138
Multiple Choice
8. Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.
A Adik saya suka menangis.
B Air sungai itu mengalir deras.
C Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Australia.
D Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.
139
Multiple Choice
9. Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul.
A Pak Mat sedang membelah kayu.
B Ruzila sedang memasak kuih.
C Noraini sedang makan buah rambutan.
D Datuk sedang tidur dengan nyenyak.
140
Multiple Choice
10. Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul.
A Jangan melompat.
B Dia lompat jauh.
C Dia senyum kepada saya.
D Ani bersalam dengan saya.
141
Multiple Choice
11. Anjing liar itu ________ seketul tulang。
A mengepit
B mengonggong
C menjamah
D memakan
142
Multiple Choice
12. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.
A ditipu
B disapa
C ditegur
D dikunjungi
143
Multiple Choice
13. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
A mencabut
B mencukur
C memotong
D menggunting
144
Multiple Choice
14. Shafiqa dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
A melancong
B mendatangi
C menziarahi
D menemui
145
Multiple Choice
15. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.
A meraut
B menjolok
C memasuk
D mencucuk
146
Multiple Choice
16. Puan Sofia seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.
A menyanyikan
B mempamerkan
C mengalunkan
D mendendangkan
147
Multiple Choice
17. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Taman Megah.
A diangkat
B disambut
C dipegang
D dijulang
148
Multiple Choice
18. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
A menyudu
B meminum
C menyodok
D mencedok
149
Multiple Choice
19. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.
A tergelincir
B tersangkut
C terbabas
D tersangkut
150
Multiple Choice
20. Mak Cik Zakiah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.
A menenun
B menganyam
C menyirat
D menyulam
151
KATA ADJEKTIF
Kata adjektif digunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu benda, tempat dan orang. Kata adjektif dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut makna :
1. sifat dan keadaan
2. warna
3. rasa
4. bentuk
5. bau
6. ukuran
7. pandang
152
Multiple Choice
1. Lampin adik berbau _________ kerana dia telah kencing.
A hapak
B hanyir
C kering
D haring
153
Multiple Choice
2. Kita boleh menaiki kapal terbang untuk ke sesuatu destinasi kerana ia lebih _________ dan ________.
A baik…lambat
B lemah…deras
C selesa…kuat
D selesa…cepat
154
Multiple Choice
3. Kemarahan jurulatih itu ________ apabila melihat anak buahnya bermain sambil lewa setelah pihak lawan menjaringkan gol.
A membara
B reda
C menaik
D membakar
155
Multiple Choice
4. Shifa terpesona melihat sepasang burung merak yang _______ di Zoo Negara.
A lawa
B cantik
C anggun
D jelita
156
Multiple Choice
5. Kebanyakan penonton berasa ________ kerana perlawanan hoki itu ditangguhkan akibat hujan sangat ________.
A kecewa…renyai
B duka…kuat
C hampa…hebat
D kecewa…lebat
157
Multiple Choice
6. Darah _______ memancut daripada tubuh Mahsuri selepas ditikam dengan keris akibat fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
A merah
B putih
C kuning
D merun
158
Multiple Choice
7. Tidak ada orang yang sanggup membunuh kanak-kanak dan wanita seperti askar Israel kecuali orang yang tidak mempunyai _________ langsung.
A kasih sayang
B peri laku
C harga diri
D peri kemanusiaan
159
Multiple Choice
8. “Buah dokong itu rasanya _________ tetapi pokoknya sangat _________,” kata Faiz.
A kelat…rendang
B manis...lurus
C manis...tinggi
D masam...rimbun
160
Multiple Choice
9. Para hadirin ________ kerana murid prasekolah itu ________ bercerita.
A hairan...handal
B terharu...bijak
C bangga...layak
D kagum...petah
161
Multiple Choice
10. Aini berasa ________ untuk berpisah dengan keluarga angkatnya setelah seminggu mengikuti Program Khidmat Mahasiswa di kampung itu.
I pilu
II sayu
III sedih
IV kecewa
A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D I, II dan IV
162
Multiple Choice
11. Orang yang _______________ itu berasa berat hati hendak menderma kepada anak __________ itu.
A bakhil ... istimewa
B pilu ... lembab
C sedih ... cacat
D dungu ... nakal
163
Multiple Choice
12. Kuih itu memang _________ tetapi terlalu _________ .
A enak ... pahit
B lazat ... manis
C sedap ... hanyir
D cantik ... payau
164
Multiple Choice
13. Dia berjaya kerana dia __________ menghadapi cabaran yang mendatang.
A cekap
B tahan
C tabah
D tuntas
165
Multiple Choice
14. Mereka bersahabat ___________ sejak kecil lagi.
A intim
B mesra
C baik
D rapat
166
Multiple Choice
15. Bayi itu memang ________________ .
A cantik
B tampan
C comel
D molek
167
Multiple Choice
16. Jangan makan keropok yang___________itu.
A lemau
B garing
C hanyir
D empuk
168
Multiple Choice
17 Budak yang ____________ bagai bendul itu selalu dibuli oleh pelajar-pelajar____________.
A hodoh ... sombong
B baik ... jahat
C dungu ... degil
D lurus ... nakal
169
Multiple Choice
18. Belilah barangan ____________ . Jangan beli barangan ___________ yang rendah mutu barangannya.
A baik ... buruk
B baru ... lama
C tulen ... palsu
D klasik ... antik
170
Multiple Choice
19. Rumah orang miskin itu __________ .
A condong
B bengkok
C bongkok
D serong
171
Multiple Choice
20. Penggunaan istilah bahasa yang telah __________ sesuai digunakan dalam perhubungan seharian.
A mampan
B padu
C ceria
D mantap
172
KATA SENDI NAMA
- Kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
- Contoh : akan, kepada, terhadap, bagi, untuk, dari, daripada, di, dengan, hingga, sampai, ke, kepada, oleh, pada, sejak, umpama, bak dan tentang
173
Multiple Choice
1. Banyak manfaat yang kita peroleh _____ceramah itu.
A daripada
B akan
C antara
D dari
174
Multiple Choice
2. Faiznur mengirim sepucuk surat _____kawannya.
A ke
B dari
C kepada
D daripada
175
Multiple Choice
3. Pak Murad bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _____ petang.
A di
B ke
C pada
D kepada
176
Multiple Choice
4. Pegawai Daerah menyampaikan hadiah _____para pelajar.
A untuk
B pada
C kepada
D ke
177
Multiple Choice
5. Harga kain batik tulis lebih mahal _____harga kain batik cap.
A oleh
B dengan
C dari
D daripada
178
Multiple Choice
6. Anisa membeli sehelai selendang _____ibunya sebagai hadiah hari jadi.
A daripada
B untuk
C demi
D bagi
179
Multiple Choice
7. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _____ empat tahun.
A di
B dengan
C kepada
D hingga
180
Multiple Choice
8. Cikgu Maria menasihati kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _____ binatang.
A terhadap
B hingga
C demi
D oleh
181
Multiple Choice
9. Oleh sebab rasa cinta _____ kebudayaan Melayu, Puan Julia sanggup menjelajah seluruh negara untuk membuat kajian.
A dalam
B untuk
C akan
D terhadap
182
Multiple Choice
10. Pak Ismail menjaga potret-potret yang dilukis _____ anaknya itu dengan baik.
A sejak
B oleh
C tentang
D dalam
MODUL TATABAHASA UPSR

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 182
SLIDE
Similar Resources on Wayground
178 questions
Unit 4 Semester 1 Review 4 of 4
Presentation
•
KG - University
179 questions
untitled
Presentation
•
KG - University
173 questions
TN 8.PS2.3-MASTER
Presentation
•
6th - 8th Grade
176 questions
Motion Lesson- 2024/25
Presentation
•
8th Grade
167 questions
พลังงานความร้อน
Presentation
•
7th Grade
182 questions
Pelajaran tanpa judul
Presentation
•
7th Grade
169 questions
IPAS Semester 1 P4 PTS and PAS
Presentation
•
4th Grade
187 questions
Earth, Moon, and Celestial Cycles
Presentation
•
8th Grade
Popular Resources on Wayground
20 questions
"What is the question asking??" Grades 3-5
Quiz
•
1st - 5th Grade
20 questions
“What is the question asking??” Grades 6-8
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Fire Safety Quiz
Quiz
•
12th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
34 questions
STAAR Review 6th - 8th grade Reading Part 1
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
“What is the question asking??” English I-II
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
47 questions
8th Grade Reading STAAR Ultimate Review!
Quiz
•
8th Grade
Discover more resources for World Languages
20 questions
preterito vs imperfecto
Quiz
•
5th - 12th Grade
12 questions
revisar y editar nov
Quiz
•
4th Grade
30 questions
5th Grade ILEARN ELA Practice Questions
Quiz
•
5th Grade
17 questions
Los pasatiempos
Quiz
•
6th - 7th Grade
10 questions
SP 4th Grade Reading STAAR Practice (2)
Quiz
•
4th Grade
10 questions
Understanding Central Ideas in Texts
Quiz
•
6th Grade
18 questions
Revise and Edit
Quiz
•
6th Grade
20 questions
La nourriture
Quiz
•
6th - 8th Grade