

Ujian Penilaian - Ringkasan
Presentation
•
Other
•
1st - 12th Grade
•
Hard
ERNI Moe
Used 6+ times
FREE Resource
9 Slides • 0 Questions
1
Ujian Penilaian -Ringkasan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang tanggungjawab-tanggungjawab yang digalas oleh seorang anggota bomba. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

2
ARAHAN :
1) Pelajar dikehendaki membaca petikan dengan teliti.
2) Kemudian tulis sebuah ringkasan tentang tanggungjawab-tanggungjawab yang digalas oleh seorang anggota bomba.
3) Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
4) Jawapan hendaklah ditulis di dalam buku ulasan dan dihantar melalui aplikasi "whatsapps" sebelum jam 10.00 malam.
5) Sekiranya pelajar gagal menyiapkan tugasan, tiada markah akan diberikan.
6) Selamat menjawab. Jadilah pelajar yang jujur dan bertanggungjawab.
3
Kerjaya sebagai pegawai bomba sememangnya satu pekerjaan yang mencabar serta menguji kekuatan mental dan fizikal. Sebagai sebuah jabatan beruniform yang merupakan agensi penyelamat utama di Malaysia, pihak pengurusan telah menetapkan bahawa, hanya mereka yang benar-benar layak dan menepati kriteria yang boleh diambil untuk berkhidmat dengan jabatan.
4
Kerjaya sebagai seorang anggota bomba kelihatannya mudah. Hakikatnya, seseorang anggota bomba sangat memerlukan minat yang mendalam terhadap tugas-tugas yang digalas. Umumnya, kita hanya difahamkan bahawa tanggungjawab seorang anggota bomba dan penyelamat ialah memadam kebakaran. Walau bagaimanapun, itu adalah antara tanggungjawab asas mereka.
5
Di sebalik itu, seorang anggota bomba dan penyelamat sebenarnya turut bertanggungjawab untuk berusaha mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan nyawa dan harta benda. Pada tahap ini, mereka akan bertarung nyawa demi menyelamatkan nyawa mangsa dengan meletakkan keutamaan kepada mangsa sebelum memikirkan keselamatan diri sendiri.
6
Selain itu, mereka juga akan mencari jalan terbaik untuk membawa mangsa keluar, selain memastikan keadaan kebakaran dikawal dengan sebaik mungkin. Dalam situasi sedemikian, mereka haruslah mempunyai semangat, azam dan keinginan yang tinggi untuk melaksanakan tugas-tugas penyelamatan. Kerja-kerja bomba serta pengorbanan mereka dalam menyelamatkan mangsa tidak mengira waktu dan tempat haruslah dipuji.
7
Tanggungjawab mereka yang lain termasuklah membuat penyelidikan tentang punca berlakunya sesuatu kebakaran. Oleh sebab itulah, tugas anggota bomba dan penyelamat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan dan bukan boleh dilakukan oleh sembarangan orang.
8
Skop tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak hanya terhad kepada nyawa dan harta benda manusia. Sebaliknya, jabatan ini bertanggungjawab dalam melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa haiwan peliharaan sehinggalah haiwan liar. Hal ini termasuklah menyelamatkan lembu, kucing atau kerbau yang terjatuh ke dalam parit. Tidak kurang juga kes-kes seperti rumah dimasuki ular ataupun buaya yang terlepas dari sangkar. Kes-kes sebegini turut menjadi tanggungjawab anggota bomba.
9
Berdasarkan penelitian tersebut, kita tidak menafikan bahawa tugas seorang anggota bomba dan penyelamat amat berat. Oleh yang demikian, kita harus berbangga dan menghargai segala pengorbanan dan kesediaan mereka untuk berkhidmat bagi memastikan keselamatan anggota masyarakat.
Ujian Penilaian -Ringkasan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang tanggungjawab-tanggungjawab yang digalas oleh seorang anggota bomba. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 9
SLIDE
Similar Resources on Wayground
9 questions
kebunku
Presentation
•
KG
4 questions
PAUD Santa Miriam Balikpapan
Presentation
•
KG
4 questions
PJOK KELAS 1
Presentation
•
1st - 12th Grade
6 questions
hak perlindungan anak
Presentation
•
1st - 12th Grade
6 questions
CONTOH PENERAPAN DASA DHARMA DALAN KEHIUDUPAN SEHARI - HARI
Presentation
•
1st - 12th Grade
6 questions
PERSETIAAN PENGAKAP
Presentation
•
1st - 12th Grade
7 questions
binatang
Presentation
•
KG
6 questions
LKPD DIGITAL - "DETEKTIF PRODUK NONPANGAN"
Presentation
•
KG - University
Popular Resources on Wayground
11 questions
Hallway & Bathroom Expectations
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
12 questions
2026 TAP Technology in the Classroom
Presentation
•
Professional Development
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 2 Review
Quiz
•
5th Grade
15 questions
HCS SCI 04 Summer School Review 2
Quiz
•
4th Grade
59 questions
Geometry Unit 3 Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
FAST ELA READING SMAPLE TEST MATERIALS
Passage
•
3rd Grade
Discover more resources for Other
11 questions
Hallway & Bathroom Expectations
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 2 Review
Quiz
•
5th Grade
15 questions
HCS SCI 04 Summer School Review 2
Quiz
•
4th Grade
59 questions
Geometry Unit 3 Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
FAST ELA READING SMAPLE TEST MATERIALS
Passage
•
3rd Grade
15 questions
Soccer World Cup Quiz Questions
Quiz
•
7th Grade