Search Header Logo
Essay writing '

Essay writing '

Assessment

Presentation

English

6th Grade

Hard

Created by

Vinc Chin

Used 8+ times

FREE Resource

8 Slides • 0 Questions

1

PENULISAN UPSR

Coronavirus

(COVID-19)

Mr Vinc Chin

Slide image

2

 Apakah langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan CORONAVIRUS (COVID-19)?

  • Pendahuluan: Apa itu CORONAVIRUS (COVID-19)?

  • Isi 1: jaga jarak 1 meter

  • Isi 2: tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah

  • Isi 3: memakai topeng muka

  • Isi 4: kekal berada di dalam rumah

  • Penutup: semua pihak perlu bekerjasama

3

Pendahuluan: Apa itu CORONAVIRUS (COVID-19)?

Penyakit paling kritikal yang diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak CORONAVIRUS (COVID-19). Wabak COVID-19 ini telah meragut ratusan nyawa masyarakat di Malaysia dan jutaan nyawa masyarakat di dunia. Oleh itu, beberapa langkah pencegahan penularan COVID-19 telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua untuk dipatuhi oleh semua pihak.

4

Isi 1: jaga jarak 1 meter

Langkah pencegahan yang pertama adalah jaga jarak sosial 1 meter. Kita perlu memastikan ada jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara kita dengan orang lain. Jarak 1 meter ini dapat mengelakkan penyebaran virus COVID-19 kerana jarak capaian virus adalah kurang daripada 1 meter.

5

Isi 2: tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah

Langkah kedua ialah meningkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah. Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan. Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk membasmi virus COVID-19.


6

Isi 3: memakai topeng muka

Langkah ketiga adalah memakai topeng muka. Kita perlu memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan virus COVID-19 semasa keluar rumah. Pemakaian topeng muka dapat menghindari penyebaran virus COVID-19 semasa bersemuka dengan orang lain. Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.

7

Isi 4: kekal berada di dalam rumah

Langkah keempat adalah kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.

8

Penutup: semua pihak perlu bekerjasama

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk menghentikan penularan COVID-19. Langkah membendung penularan jangkitan Covid-19 tidak akan berkesan sekiranya masih terdapat individu-individu yang tidak memberi kerjasama dan enggan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bah kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.



PENULISAN UPSR

Coronavirus

(COVID-19)

Mr Vinc Chin

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 8

SLIDE