
5.6 Interferens Gelombang
Presentation
•
Physics
•
10th Grade
•
Practice Problem
•
Hard
Muhamad Muhamad
Used 7+ times
FREE Resource
10 Slides • 3 Questions
1
5.6 Interferens Gelombang
2
Interferens Gelombang
Interferens ialah kesan superposisi (pertindihan) antara dua gelombang dari dua sumber koheren.
Gambar menunjukkan dua sumber gelombang menghasilkan dua gelombang membulat yang bertindih antara satu sama lain.
Sumber koheren ialah sumber yang menghasilkan gelombang yang:
Sama frekuensi
Sama amplitud
Sama fasa
3
Prinsip Superposisi
Prinsip superposisi mengatakan bahawa apabila dua gelombang bertindih (superposisi), sesaran paduan gelombang gabungan itu adalah jumlah sesaran setiap gelombang individu itu pada titik tersebut.
Interferens membina dikatakan berlaku apabila puncak suatu gelombang bertemu puncak gelombang yang lain. Amplitud gelombang paduan adalah suatu aplitud maksimum.
Interferens membina juga berlaku apabila lembangan suatu gelombang bertemu dengan lembangan gelombang yang lain.
Interferens memusnah berlaku apabila puncak suatu gelombang bertemu suatu lembangan gelombang yang lain. Amplitud gelombang paduan adalah sifar.
4
5
Garis antinod ialah garis yang melalui semua titik yang mana interferens membina berlaku. Maka garis antinod melalui titik-titik puncak maksimum dan lembangan maksimum.
Garis nod ialah garis yang melalui semua titik yang mana interferens memusnah berlaku. Maka garis nod melalui semua titik yang sesaran sifar.
Dengan mengukur jarak pemisahan antara garis antinod dan garis nod pada jarak x dari sumber gelombang, panjang gelombang boleh ditentukan dengan menggunakan rumus berikut.
6
λ=Dax
a = jarak di antara dua sumber koheren
x = jarak antara dua garis antinod atau nod bersebelahan
7
Aplikasi Interferens Gelombang dalam Kehidupan Harian
8
Menala Piano (Piano Tuner)
Seorang yang ingin menala kunci piano akan mengetuk tala bunyi yang berfrekuensi tetap (katakan 264Hz)
Pada masa yang sama dia perlu menekan kunci piano Middle C (yang berfrekuensi 264Hz)
Jika kedua-duanya mempunyai frekuensi yang sama, interferens membina dan interferens memusnah akan berlaku dan bunyi yang didengari adalah satu siri bunyi kuat dan lemah.
9
Sistem ekzos kereta
Sistem ekzos kereta menghasilkan bunyi yang kuat.
Suatu muffler (alat penyerap) dipasang pada ekzos supaya menghasilkan bunyi yang berlawan fasa dengan bunyi ekzos. Hal ini menyebabkan interferens memusnah berlaku dan bunyi kuat dibatalkan.
10
Kanta cermin mata dan kanta binokular
Kanta cermin mata, kanta binokular dan visor angkasawan disalut dengan satu lapisan nipis bahan kimia supaya cahaya terpantul daripada permukaan kanta menghasilkan interferens memusnah.
Maka, cahaya dengan warna tertentu tidak terpantul daripada kanta.
11
Fill in the Blanks
Dalam satu eksperimen untuk mengkaji corak interferens gelombang air, jarak antara dua pencelup sfera ialah 2.5 cm dan jarak antara dua garis antinod berturutan pada titik pengukuran ialah 5.0 cm. Berapakah panjang gelombang bagi air jika jarak dari dua pencelup ke titik pengukuran itu ialah 10.0 cm?
Type answer...
12
Fill in the Blanks
Isyarat sonar telah dihantar secara menegak ke dasar laut dari sebuah kapal dan dipantulkan dari dasar laut dan dikesan oleh mikrofon 0.8 s selepas dipancarkan. Jika halaju bunyi dalam air ialah 1 500 m s–1, berapakah kedalaman dasar laut itu?
Type answer...
13
Fill in the Blanks
Dalam eksperimen interferens cahaya yang menggunakan cahaya hijau dengan panjang gelombang 5 × 10–7 m, jarak antara dua pinggir cerah yang terbentuk pada skrin ialah 0.4 mm. Apabila eksperimen diulangi dengan menggunakan cahaya monokromatik S, jarak antara dua pinggir cerah yang terbentuk ialah 0.48 mm. Berapakah panjang gelombang cahaya S?
Type answer...
5.6 Interferens Gelombang
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 13
SLIDE
Similar Resources on Wayground
9 questions
Jenis-jenis Lensa
Presentation
•
10th Grade
8 questions
HUKUM NEWTON
Presentation
•
10th Grade
7 questions
GAYA NEWTON
Presentation
•
10th Grade
7 questions
5.5 Pembelauan Gelombang
Presentation
•
10th Grade
10 questions
Kuis Klasifikasi 5 Kingdom
Presentation
•
10th Grade
10 questions
HUKUM NEWTON DAN PENERAPANNYA
Presentation
•
10th Grade
9 questions
Konversi Satuan
Presentation
•
10th Grade
10 questions
Sumber energi
Presentation
•
10th Grade
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade