

KOMSAS
Presentation
•
World Languages
•
7th - 9th Grade
•
Hard
Noor Suzela Idris
Used 6+ times
FREE Resource
21 Slides • 7 Questions
1
KOMSAS ANTOLOGI
CERPEN HADIAH

2
SINOPSIS
Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.
3
Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya.
4
Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan.
5
Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.
6
Multiple Choice
Apakah yang ingin dibuktikan oleh Azizah?
Tekad dan semangat yang kuat untuk menang dalam pertandingan.
Usaha yang gigih dapat membina keyakinan diri.
Tekun berusaha untuk memenangi pertandingan menghasilkan tudung saji.
Wang dan semangat yang kuat dapat membantu Azizah membina keyakinan diri.
7
TEMA
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.
8
PERSOALAN
Penghargaan murid terhadap pengorbanan guru-guru.
Kegigihan dan kerajinan seorang murid.
Kemiskinan bukan penghalang mencipta kejayaan.
Peranan ibu bapa dalam melahirkan anak yang cemerlang.
9
Multiple Choice
Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen di atas, kecuali
Persoalan kemiskinan bukan penghalang mencipta kejayaan.
Persoalan penghargaan murid terhadap pengorbanan guru.
Persoalan perasaan dendam terhadap rakan seperjuangan.
Persoalan peranan guru dalam memperkembangkan bakar dan potensi murid.
10
WATAK DAN PERWATAKAN
11
WATAK UTAMA: AZIZAH
Seorang murid yang miskin.
Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
Seorang yang terlalu merendah diri.
Seorang murid yang rajin
12
WATAK SAMPINGAN: CIKGU ZALEHA
Cikgu kepada Azizah
Seorang guru yang berdedikasi
Guru yang pandai memotivasikan anak muridnya.
Guru yang bersemangat untuk mengembangkan bakat murid-muridnya.
Pemenang Guru Inovatif Peringkat Daerah.
Guru yang prihatin akan nasib murid-muridnya.
13
WATAK SAMPINGAN: EMAK AZIZAH
Seorang yang cacat sebelah kaki
Mengambil upah menganyam tikar mengkuang
Pandai memotivasikan anak
Mempunyai idea yang kreatif
Seorang ibu yang penyabar
14
Multiple Choice
Perwatakan Azizah seperti yang digambarkan dalam petikan di atas ialah
I Seorang yang sangat sensitif
II Seorang yang bijak berbahas
III Seorang yang kuat semangat
IV Seorang yang gigih berusaha untuk mencapai cita-citanya
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
15
Multiple Choice
Berdasarkan petikan cerpen, Azizah digambarkan sebagai seorang
gigih
prihatin
berdikari
bertanggungjawab
16
LATAR
17
LATAR MASA:
Waktu pagi Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.
Waktu petang Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.
Hari Guru. Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikan hadiah padanya.
18
LATAR TEMPAT:
Kelas. Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.
Rumah Azizah. Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk
membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.
Bilik Guru. Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang diinginkan oleh Cikgunya itu.
19
LATAR MASYARAKAT:
Masyarakat pelajar yang mahoir dalam kraf tangan
Masyarakat yang hidup miskin
Masyarakat guru yang sentiasa memberi galakan dan motivasi kepada murid
20
Multiple Choice
Apakah latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut?
Masyarakat murid yang terdiri daripada golongan kaya
Masyarakat murid yang suka mengingkari arahan guru
Masyarakat murid yang menghargai jasa guru
Masyarakat murid yang bangga diri
21
GAYA BAHASA:
22
Kata ganda : Semuanya mengata-ngata Azizah
Sinkope: "Zah nak buat berapa?"
Peribahasa: "Cikgu berbangga kalau Azizah menang tapi kalau Azizah tarik diri......bermakna Azizah kalah....."
Simile: "....Hanya oang yang bersikap seperti Profesor Azizah yang akan memberikan keputusan kepada cikgu. Tolong, ya?"
23
NILAI:
24
Tanggungjawab
Prihatin
Berjimat cermat
Kegigihan
Kerajinan
Kasih sayang
25
Multiple Choice
Yang berikut ialah nilai yang dimiliki oleh Azizah dalam petikan, kecuali
bertanggungjawab
kerajinan
kejujuran
keadilan
26
PENGAJARAN:
27
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja
Kita perlulah berusaha keras untuk mencapai cita-cita
Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dan hormat kepada guru
28
Multiple Choice
Apakah kesudahan cerpen Hadiah?
Azizah menarik diri daripada menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah
Azizah memenangi Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah
Azizah mendapat tempat kedua dalam Kraf Tangan Peringkat Daerah
Azizah menang pada peringkat kebangsaan bago kategori Karya Inovatif
KOMSAS ANTOLOGI
CERPEN HADIAH

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 28
SLIDE
Similar Resources on Wayground
20 questions
Kelas 7 Rupa Dasar
Presentation
•
KG
19 questions
GINJAL
Presentation
•
8th Grade
25 questions
IKLAN
Presentation
•
8th Grade
22 questions
MACAM TULANG KELAS 8
Presentation
•
7th - 9th Grade
20 questions
Menulis Teks Pidato: Menabur Pesan-Pesan Kebaikan
Presentation
•
8th Grade
21 questions
Cerpen Talia dan Raksasa Qadqad
Presentation
•
7th - 9th Grade
21 questions
Berita Seputar Indonesia
Presentation
•
8th Grade
20 questions
RBT Ting 3 - Mekatronik
Presentation
•
7th - 9th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for World Languages
20 questions
REGULAR Present tense verbs
Quiz
•
8th - 9th Grade
20 questions
Ser vs Estar
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Spanish speaking countries and capitals
Quiz
•
9th Grade
20 questions
Present tense stem-changing verbs
Quiz
•
9th Grade
14 questions
Los Dias de la Semana
Quiz
•
6th - 8th Grade
45 questions
Ser vs Estar
Quiz
•
9th Grade
10 questions
Spanish Greetings and Goodbyes!
Presentation
•
6th Grade - University
28 questions
Ser vs estar
Quiz
•
9th - 12th Grade