Search Header Logo
KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI

Assessment

Presentation

•

Other

•

2nd - 4th Grade

•

Practice Problem

•

Easy

Created by

Lina Malib

Used 20+ times

FREE Resource

14 Slides • 13 Questions

1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua.

Hari ini, kita akan mengulang kaji pelajaran yang lalu.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi pemahaman kamu.

Slide image

2

Apakah Kata Ganti Nama Diri?

  • digunakan untuk menggantikan nama orang

  • terbahagi kepada tiga jenis

3

Slide image

4

Kata Ganti Nama Diri Pertama

  • digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap dengan kita ​

  • merujuk kepada diri kita sendiri

Slide image

5

Contoh :

  • "Pensel itu milik saya," kata Zain kepada Khir.

  • "​Ibu bapa kami mahu kami belajar di sekolah berasrama," kata Aini dan Aina kepada Marina.

  • "Beta mahu rakyat jelata menunjukkan taat setia kepada negara," titah Sultan Ibrahim.

  • "Kita perlu mengisi minyak kereta sekarang sebelum ianya kehabisan," kata ibu kepada ayah.

6

Adakah kamu faham?

Mari cuba jawab soalan ini.

7

Multiple Choice

" Jumpa _______ di bilik guru pada waktu rehat nanti," kata Cikgu Azhari kepada Alif.

1

aku

2

saya

8

Multiple Choice

"________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Dua Cemerlang kepada Cikgu Maimunah.

1

Kami

2

Kita

9

Kata Ganti Nama Diri Kedua

  • digunakan ketika kita berbual dengan seseorang

  • boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak

Slide image

10

Contoh :

  • Kamu semua murid yang baik.

  • "Awak hendak membeli pensel atau buku tulis?" tanya Hakim kepada Aizat.

  •  Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.

11

Mudah bukan?

Cuba jawab soalan berikut.

12

Multiple Select

"Adakah _______ yang mengambil buku saya?" tanya Mira kepada Danish.

1

kamu

2

tuanku

13

Multiple Select

"Siapakah nama adik ________ ?" tanya Kamarul kepada Halim.

1

awak

2

beliau

14

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

  • merujuk kepada orang ketiga seperti

    mereka, beliau, baginda, dia, nya dan ia

  • boleh dipecahkan kepada dua bentuk iaitu tunggal dan jamak

Slide image

15

Contoh :

  • Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.

  • Ayah Salmi bekerja di Hospital Ampang. Beliau seorang doktor.

  • "Abang tidak dapat bermain layang-layang bersama. Dia sakit perut, " kata Aiman kepada Hadi.

  • Dia meletakkan pakaian kotor kepunyaannya ke dalam mesin basuh.

16

Sudah bersedia untuk menjawab soalan untuk Kata Ganti Nama Diri Ketiga?

Baca dengan teliti sebelum menjawab.

17

Multiple Choice

_______ akan merasmikan sekolah ini pada bulan hadapan.

1

Beliau

2

Dia

18

Multiple Select

Sabrina, Maria dan Vanisha berkawan baik. _________ ke sekolah bersama.

1

Mereka

2

Kalian

19

LATIHAN TAMBAHAN

Baca dengan teliti setiap soalan sebelum menjawab.

Slide image

20

Multiple Select

"Siapakah nama ibu ______?" tanya Ai Ling kepada Navisha.

1

kamu

2

kami

3

patik

4

beta

21

Multiple Choice

Puan Ainun ialah guru besar di sekolah itu. _______ seorang yang tegas.

1

Beliau

2

Dia

3

Kamu

4

Kalian

22

Fill in the Blanks

Fateh ke perpustakaan.

Type answer...

hendak meminjam buku cerita.

23

Multiple Select

Anak-anak Encik Zul bijak belaka. ______ juga berbudi bahasa.

1

Mereka

2

Kalian

3

Dia

4

Saya

24

Multiple Choice

"Ayah _______ memiliki tiga bilah keris peninggalan datuk," kata Zarif kepada Nuqman.

1

saya

2

kau

3

beta

4

patik

25

Multiple Select

Puan Rina dan anaknya ke Pasar Raya Intan. _______ hendak membeli pakaian baharu.

1

Mereka

2

Kalian

3

Dia

4

Kamu

26

Multiple Select

Buku itu adalah kepunyaan_____.

1

nya

2

ia

27

Tahniah kerana telah membaca nota dan menjawab soalan yang disediakan.

Jangan lupa untuk terus mengulang kaji pelajaran di rumah.

pattern-tertiary

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua.

Hari ini, kita akan mengulang kaji pelajaran yang lalu.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi pemahaman kamu.

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 27

SLIDE