
NOVEL SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1
Presentation
•
World Languages
•
1st Grade
•
Medium
mohamad haffni
Used 9+ times
FREE Resource
22 Slides • 17 Questions
1
NOVEL SEJAMBAK BAKTI
TINGKATAN 1
BAHAGIAN 1
2
TEMA
Kegigihan sekumpulan remaja memajukan kedai koperasi sekolah.
Hal in dibuktikan menerusi watak Razali yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha. Dia dibantu oleh Ramlah, Harun, Swee Lan, dan Saridevi sehingga koperasi sekolah mereka diumum sebagai koperasi terbaik di peringkat kebangsaan. Walaupun mendapat cabaran seperti kedai koperasi diceroboh sebanyak dua kali, namun mereka tetap bersiap siaga dengan dibantu oleh Cikgu Zulkifli untuk memastikan koperasi mereka boleh menyertai pertandingan.
3
PERSOALAN
4
Setia kawan dalam menjalani kehidupan remaja.
contoh - Ramlah tetap menyokong dan memberi semangat ketika Razali menghadapi dugaan seperti dituduh menceroboh kedai koperasi.
5
Perasaan dendam menyebabkan hilang pertimbangan akal.
contohnya - Munir yang mendendami Razali gara-gara tidak dapat menjalinkan hubungan dengan Ramlah sehinggakan sanggup memukul dan memfitnah Razali menceroboh koperasi sekolah.
6
Menyimpan rahsia kerana takut kehilangan orang yang disayangi
contohnya - Mak Sopiah sanggup merahsiakan ayah kandung Razali kerana tidak mahu anaknya itu meninggalkannya kelak jika Razali mengetahui ayah kandungnya yang sebenar.
7
Pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan hidup remaja
contohnya - Silvam dan Leong mengikut sahaja kata-kata Munir supaya membelasah Razali menyebabkan mereka berdua dijatuhi hukuman rotan oleh pengetua.
8
WATAK DAN PERWATAKAN
9
WATAK UTAMA - RAZALI
Anak kepada Mak Sopiah dan anak tiri kepada Pak Zakaria.
Sebagai penolong setiausaha lembaga pengarah Koperasi sekolah,
Remaja lelaki berusia 17 tahun
Belajar di Tingkatan 5SC1, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
10
PERWATAKAN
Seorang yang rajin - Contoh: Sebagai pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulangkaji pelajaran di pondok yang terletak di tengah sawah.
seorang yang bertanggungjawab - Contoh: Razali sentiasa menjalankan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasinya dengan bertanggungjawab dan berusaha untuk memajukan koperasi sekolahnya. Akhirnya sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam pertandingan koperasi peringkat daerah.
seorang yang suka membantu orang lain - Contohnya: razali telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran. dan Razali juga membantu Munir yang ketinggalan dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM.
seorang yang menghormati orang tua - Contohnya: walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.
Seorang yang pemaaf - Contohnya: Razali segera bersalam dengan Munir dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala kesalahan Munir terhadapnya.
11
WATAK SAMPINGAN
12
MUNIR
Munir berasal daripada keluarga yang berada
Munir ialah salah seorang ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.
13
PERWATAKAN
Seorang yang tidak bertanggungjawab - Munir ialah ahli lembaga pengarah yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia sanggup ponteng dalam tugas di kedai koperasi sekolah dan bermain bola di padang.
Seorang yang cemburu - Munir cemburu apabila melihat Ramlah sering bersama dengan Razali. Dia sanggup memukul Razali di tengah jalan ke rumah. Dia juga membuat fitnah bahawa Razali telah mencerobohi kedai koperasi.
Seorang yang insaf akan kesalahan diri - Munir telah insaf akan kesalahan dirinya setelah dirotan di depan perhimpunan. Dia telah meminta maaf kepada Razali dan keluarga Razali kerana telah memfitnah Razali mencuri wang koperasi.
14
PERNYATAAN YANG DINYATAKAN MERUJUK WATAK SIAPA.
15
Fill in the Blanks
Type answer...
16
Fill in the Blanks
Type answer...
17
Fill in the Blanks
Type answer...
18
Fill in the Blanks
Type answer...
19
Fill in the Blanks
Type answer...
20
Fill in the Blanks
Type answer...
21
Fill in the Blanks
Type answer...
22
PLOT
Plot ialah suatu susunan, jalinan, jalan cerita, atau peristiwa yang digambarkan dan diceritakan berdasarkan sebab dan akibat.
Plot boleh dibina secara urutan (kronologi) dan tidak secara urutan (tidak kronologi). Plot terbahagi kepada dua, iaitu binaan plot dan teknik plot.
Binaan plot ialah cara cerita itu disusun, mengikut bahagian, iaitu permulaan, perkembangan, klimaks, dan peleraian.
Teknik plot pula dikenal sebagai teknik penceritaan, iaitu bagaimana cara atau kepelbagaian cara yang digunakan untuk mempersembahkan sesuatu cerita supaya menarik
23
TEKNIK PLOT
Dialog - Pertuturan atau perbualan antara watak dalam sesebuah karya sastera.
Monolog - Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang atau watak bercakap secara bersendirian seperti dalam bentuk rayuan, ratapan, doa, dan kata-kata harapan.
Monolog Dalaman - Ucapan atau kata-kata yang lahir dalam hati seseorang watak. Keadaan ini menampakkan watak itu bertutur seorang diri dalam hatinya untuk menunjukkan adanya pergolakan jiwa, tekanan perasaan, dan kekalutan fikiran.
Imbas kembali - Suatu cara untuk mengenang kembali peristiwa atau kejadian yang telah berlaku. Peristiwa ini dikenang melalui cara dialog, monolog, monolog dalaman, dan pemerian.
Imbas Muka - Suatu cara yang digunakan untuk memberikan gambaran awal atau ramalan dan kemungkinan sesuatu peristiwa akan berlaku.
Pemerian - Untuk menyatakan, menceritakan, atau memberitahu sesuatu perkara dengan jelas atau secara langsung.
Laporan - Suatu teknik memberitahu sesuatu perkara, mengadukan sesuatu maklumat, atau menerangkan perkara.
24
Kolaj - Teknik yang memasukkan petikan surat, berita, puisi, dan lain-lain dalam sesebuah karya.
Kejutan - Unsur dalam sesuatu urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba dan dapat menimbulkan ketegangan perasaan.
Saspens - Sesuatu keadaan yang dapat menimbulkan kegelisahan, teruja, cemas, dan bimbang ketika menanti sesuatu berita atau menghampiri sesuatu klimaks. Teknik ini digunakan sebagai cara untuk menimbulkan keadaan tertanya-tanya dan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca bagi menarik minat mereka untuk meneruskan pembacaan hingga akhir cerita.
25
BINAAN PLOT
26
PILIH BINAAN PLOT YANG SESUAI BERDASARKAN PERNYATAAN YANG DIBERI.
27
Multiple Choice
Pengarang memaparkan suasana pagi di Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Harun, Swee Lan, dan Saridevi sedang bertugas di koperasi. Kehadiran Cikgu Zulkifli membawa surat untuk mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama pada tahun tersebut.
PERMULAAN
PERKEMBANGAN
PERUMITAN
KLIMAKS
PELERAIAN
28
Multiple Choice
Seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan dikejutkan dengan berita koperasi sekolah mereka telah diceroboh. Wang koperasi sebanyak RM 200.00 turut dicuri. Pihak polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Razali telah dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. Hal ini demikian kerana tiada sebarang tanda-tanda bilik tersebut dipecahkan dan hanya Razali seorang sahaja yang memiliki kunci tersebut. Kejadian tersebut menyebabkan ayah tiri Razali berasa malu sehingga sanggup menghalaunya keluar dari rumah.
PERMULAAN
PERKEMBANGAN
PERUMITAN
KLIMAKS
PELERAIAN
29
Multiple Choice
Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kali pertama diadakan pada petang di bilik mesyuarat. Sebelas orang murid dan empat orang guru telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah koperasi. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi.
Razali telah terpilih sebagai penolong setiausaha.
PERMULAAN
PERKEMBANGAN
PERUMITAN
KLIMAKS
PELERAIAN
30
Multiple Choice
Penjenayah tersebut berjaya dikesan setelah pencerobohan berlaku buat kali kedua. Munir terperangkap kerana memiliki wang kertas RM10.00 yang bertanda ‘K’. Dia dihukum tiga kali sebatan di hadapan tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu. Koperasi sekolah turut diumumkan sebagai Johan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak ANGKASA. Persoalan tentang ayah Razali yang sebenar turut terungkai semasa majlis penerimaan piala kemenangan tersebut. Razali dan Munir, akhirnya menjadi sahabat baik.
PERMULAAN
PERKEMBANGAN
PERUMITAN
KLIMAKS
PELERAIAN
31
Multiple Choice
Konflik bermula apabila Munir berasa cemburu dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha. Mulai saat itu Munir, Leong dan Selvam sering tidak hadir bertugas dan sentiasa cuba untuk rapat dengan Ramlah. Sikap Munir yang sering mengganggu pelajar perempuan dan tidak hadir bertugas telah dilaporkan kepada guru kaunseling sekolah iaitu Cikgu Muniam. Munir berdendam dengan Razali. Munir telah menumbuk Razali
sehingga berdarah. Perbuatan tersebut menyebabkan Munir dihukum rotan oleh pengetua.
PERMULAAN
PERKEMBANGAN
PERUMITAN
KLIMAKS
PELERAIAN
32
TEKNIK PLOT
33
PILIH TEKNIK PLOT YANG SESUAI BERDASARKAN PERNYATAAN YANG DIBERI.
34
Multiple Choice
Pembaca dan pelajar-pelajar tertanya-tanya tentang lembaga berwarna hitam yang kelihatan memanjat pintu pagar dan menuju ke arah kedai koperasi.
IMBAS KEMBALI
SASPENS
PEMERIAN
MONOLOG DALAMAN
KEJUTAN
35
Multiple Choice
Razali mengeluh di dalam hati tentang nasibnya yang begitu malang.
IMBAS KEMBALI
SASPENS
PEMERIAN
MONOLOG DALAMAN
KEJUTAN
36
Multiple Choice
Penulis menyatakan keadaan ketika
berlangsungnya Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi buat kali pertama diadakan pada tahun tersebut.
IMBAS KEMBALI
SASPENS
PEMERIAN
MONOLOG DALAMAN
KEJUTAN
37
Multiple Choice
Pak Razali menceritakan hubungannya dengan Mak Sopiah di hadapan Cikgu Syamsudin, Encik Ali, dan Pak Zakaria ketika berada di bilik Cikgu Syamsudin.
IMBAS KEMBALI
SASPENS
PEMERIAN
MONOLOG DALAMAN
KEJUTAN
38
Multiple Choice
warga sekolah dikejutkan dengan kejadian kes pencerobohan koperasi sekolah.
IMBAS KEMBALI
SASPENS
PEMERIAN
MONOLOG DALAMAN
KEJUTAN
39
BERSAMBUNG......
NOVEL SEJAMBAK BAKTI
TINGKATAN 1
BAHAGIAN 1
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 39
SLIDE
Similar Resources on Wayground
34 questions
Soekarno
Presentation
•
1st Grade
35 questions
Pram, Bumi Manusia, dan Bahasa_KKH
Presentation
•
KG
32 questions
PUTERIKU
Presentation
•
1st Grade
35 questions
Ungkapan Dalam Bahasa Indonesia
Presentation
•
1st Grade
31 questions
Zwakke werkwoorden
Presentation
•
1st Grade
33 questions
Hari, Minggu & Bulan
Presentation
•
KG - 1st Grade
34 questions
Frasa Kerja bersama Optimus Prime
Presentation
•
2nd Grade
32 questions
Cerpen"Banjir di mata emak"
Presentation
•
2nd Grade
Popular Resources on Wayground
20 questions
"What is the question asking??" Grades 3-5
Quiz
•
1st - 5th Grade
20 questions
“What is the question asking??” Grades 6-8
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Fire Safety Quiz
Quiz
•
12th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
34 questions
STAAR Review 6th - 8th grade Reading Part 1
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
“What is the question asking??” English I-II
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
47 questions
8th Grade Reading STAAR Ultimate Review!
Quiz
•
8th Grade
Discover more resources for World Languages
20 questions
"What is the question asking??" Grades 3-5
Quiz
•
1st - 5th Grade
10 questions
Odd and even numbers
Quiz
•
1st - 2nd Grade
20 questions
Telling Time to the Hour and Half hour
Quiz
•
1st Grade
16 questions
Counting Coins counting money
Quiz
•
1st - 2nd Grade
20 questions
Halves and Fourths
Quiz
•
1st Grade
19 questions
Fire Safety
Quiz
•
KG - 2nd Grade
10 questions
SCR + ECR Restate and Answer Practice
Quiz
•
1st - 5th Grade
20 questions
Addition and Subtraction facts
Quiz
•
1st - 3rd Grade