Search Header Logo
Pendidikan Islam Tahun 1 (Adab)

Pendidikan Islam Tahun 1 (Adab)

Assessment

Presentation

Religious Studies

1st Grade

Hard

Created by

Muhammad Syamil

Used 6+ times

FREE Resource

12 Slides • 0 Questions

1

Pendidikan Islam Tahun 1 (Adab)

Rasulullah Ikutanku (Perbanyakkan Selawat kepada Nabi)

135-137 buku teks tahun 1

Slide image

2

Kenapa kita kena sambut Maulidur Rasul?

Maulidur Rasul adalah hari di mana Nabi Muhammad Sollallahua'laihiwassalam di lahirkan iaitu pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah

3

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا: ٥٦

"Wahai Orang yang beriman , berselawatlah kepada Nabi Muhammad dan ucapkanlah salam penghormatan kepada baginda dengan sebenar-benarnya" Surah Al-Ahzab (56)

4

Ustaz, apakah maksud selawat?

Selawat adalah Doa atau Pujian untuk memohon keberkatan kepada Nabi Muhammad.

5

Contoh selawat yang kita sentiasa dengar?

https://youtu.be/0LelWG_reXw


rujuk link di Youtube


6

Slide image

Contoh lafaz selawat, murid-murid boleh rujuk buku teks mukas surat 136

7

Apakah kepentingan mengamalkan selawat ini ya ustaz?

(ms 136)

  • Memupuk rasa CINTA kepada Rasulullah

  • Mendapat ganjaran pahala

  • Mendapat Syafaat (pertolongan) Nabi di hari akhirat kelak

8

Bagaimana pula dengan adab-adab berselawat Ustaz?

(ms 137)

  • Menyebut lafaznya dengan betul

  • Memahami dan menghayatinya

  • Dilakukan dengan Ikhlas

  • Berselawat dengan penuh kasih sayang

9

Murid: Ustaz, ada tak adab-adab terhadap Rasulullah?

Ustaz: Ada, ustaz terangkan di bawah ya

  • Berselawat kepada Nabi

  • Mengasihi para sahabat Nabi

  • Beriltizam (beramal) dengan sunnah dan cara hidup Nabi

  • Berazam untuk menziarahi maqam(Kubur) Nabi Muhammad di Madinah

10

Murid: Ustaz, kami takut kalau tidak mengamalkan selawat, adakah ada akibat buruk untuk orang yang mengabaikannya?

Ustaz: Ada, tengok ini.

  • Menghilangkang rasa cinta kepada Nabi Muhammad

  • Tidak mengasihi Nabi dalam kehidupan

  • Termasuk dalam golongan yang hina

11

Kelebihan SELAWAT yang lebih utama ialah

"Sesiapa yang berselawat kepada Nabi 1 kali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali. Dan ketahuilah bahawa orang yang tidak berselawat adalah orang yang BAKHIL.

12

Slide image

SJKC CHUNG HUA TATAU

Pendidikan Islam Tahun 1 (Adab)

Rasulullah Ikutanku (Perbanyakkan Selawat kepada Nabi)

135-137 buku teks tahun 1

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 12

SLIDE