
Sahabat yang dijanjikan syurga
Presentation
•
Religious Studies
•
1st - 10th Grade
•
Hard
Norhidayah Fozi
Used 3+ times
FREE Resource
10 Slides • 0 Questions
1
Sahabat yang dijanjikan syurga
Zubair al-Awwam
2
Beliau digelar al-Hawariy
(Teman Setia Nabi)
Bliau merupakan anak saudara Siti Khadijah bt Khuwalid.
Beliau lahir kira-kira 15 tahun sebelum kenabian. Tetapi bapanya telah meninggal di medan perang sebelum dia lahir lagi. Maka tinggal dia dibesarkan ibunya Sofiyyah.
Zubair amat disayangi oleh ibunya, Sofiyyah. Beliau dididik dengan tegas oleh ibunya. Oleh itu, beliau tampil sebagai seorang pemuda yang tegas, berani dan gagah perkasa.
Sikapnya itu menjadikan beliau disenangi dan dihormati di kalangan rakan dan masyarakat Quraisy.
3
Zubair telah memeluk agama Islam ketika masih remaja. Ketika itu, orang2 Islam masih menyembunyikan keislaman mereka kerana mendapat tentangan daripada Orang2 Quraisy. Tetapi, Zubair menyatakan keislamannya tanpa rasa takut dan gentar.
4
Kisah Zubair Al-Awwam
Kisah Zubair al-Awwam banyak diceritakan di dalam banyak peperangan. Antaranya perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq.
Zubair menyertai semua perang di zaman Rasulullah SAW.
5
Antara keberaniannya ialah:
Ketika Allah membenarkan hijrah ke Habsyah, Zubair adalah orang termuda yang berhijrah merentas laut untuk ke sana. Di sana mereka beroleh keamanan di bawah naungan Najasyi raja yang adil.
Setelah lama di Habsyah, beliau berangkat pulang ke Mekah. Sampai di pintu masuk Mekah, beliau terdengar Nabi Muhammad SAW telah ditangkap. Mendengarkan hal itu, beliau terus menghunuskan pedang dan meluru masuk ke tempat Nabi SAW. Sesiapa yang cuba menghalangnya terus dilibas dengan pedangnya.
6
Sampai di tempat Rasulullah, rupa-rupanya khabar itu palsu. Namun Rasulullah tetap menghargai semangatnya. Baginda mendoakan kebaikan kepada Zubair, dan juga kepada pedangnya.
Maka itulah peristiwa pertumpahan darah pertama dilakukan oleh Islam.
Ketika hijrah ke Madinah, beliau salah seorang dari tiga yang berhijrah terang-terangan tanpa takut. Dua yang lain adalah Saidina Umar dan Saidina Hamzah. Mereka bertawaf di Kaabah dan Umar mencabar sesiapa yang berani untuk halang mereka. Tetapi tiada yang menyahut.
7
Dalam perang badar,
Hanya dua orang sahaja yang memiliki kuda. Salah seorang adalah Zubair. Beliau mengenakan serban kuning di kepala. Apabila turun bantuan Allah berupa tentera malaikat, Rasulullah SAW bersabda:
“Malaikat turun dalam rupa Zubair bin Awwam.”
8
Dalam perang Uhud
ketika umat Islam dalam keadaan kucar kacir, datang seorang tentera musuh ke tengah pasukan umat Islam dan membunuh seorang demi seorang tentera Islam. Beliau begitu kuat dan tangkas.
Zubair terus berlari ke arah lelaki tersebut, laksana singa memburu mangsanya. Beliau memanjat ke satu tempat yang agak tinggi, lalu melompat ke atas lelaki tersebut yang berada di atas kudanya.
Beliau menghumban lelaki itu hingga keduanya jatuh ke tanah. Mereka bergelut di atas tanah, hingga akhirnya Zubair berjaya berada di atas lelaki tersebut lalu terus membunuhnya.
Tatkala itu Rasulullah SAW bersabda:
“Demi bapaku dan ibuku, sungguh aku takjub dengan Zubair!”
9
Zubair menyertai semua perang di zaman Rasulullah SAW. Bahkan selepas baginda wafat, beliau terus menjadi tentera Islam bagi semua khalifah sehingga akhir hayatnya, kecuali pada zaman Imam Ali bin Abi Talib. Beliau berada di pihak Talhah dan Aisyah, dan terbunuh walaupun sudah mengambil keputusan berdamai dengan Saidina Ali.
Orang yang membunuh Zubair bernama Ibn Jurmuz. Beliau di pihak Saidina Ali tetapi bukan atas arahan Saidina Ali. Saidina Ali sangat sedih apabila mendapat tahu Zubair telah dibunuh sehingga menangis teresak-esak. Beliau juga sangat marah kepada pembunuhnya dan menyampaikan satu Hadis daripada Rasulullah SAW kepada Ibn Jurmuz:
“Khabarkan berita gembira kepada pembunuh Ibn Sofiyyah, bahawa api neraka sebagai balasan perbuatannya!”
10
Sekian,
Sahabat yang dijanjikan syurga
Zubair al-Awwam
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 10
SLIDE
Similar Resources on Wayground
6 questions
Materi Layanan BK
Presentation
•
1st - 10th Grade
7 questions
llembaga
Presentation
•
KG
7 questions
Kelas 2
Presentation
•
1st - 10th Grade
7 questions
presentasi quizizz
Presentation
•
KG
6 questions
quis Matematika
Presentation
•
KG
10 questions
PENINGGALAN SEJARAH HINDU BUDHA DAN ISLAM
Presentation
•
5th - 6th Grade
5 questions
LKPD Agama Hindu SD Kelas 1
Presentation
•
KG
11 questions
NOTA IBADAH TAHUN 2
Presentation
•
1st - 10th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Factors 4th grade
Quiz
•
4th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade