
Kata Bilangan (4 Sapphire) / 6
Presentation
•
Other
•
4th Grade
•
Medium
MOHD Moe
Used 4+ times
FREE Resource
17 Slides • 12 Questions
1
Kata Bilangan
2
Apa itu kata bilangan?
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan jumlah sesuatu.
Kata bilangan digunakan di hadapan frasa nama.
3
Jenis-jenis kata bilangan
Kata bilangan tentu
Kata bilangan tak tentu
Kata bilangan pisahan
Kata bilangan pecahan
Kata bilangan himpunan
4
Kata bilangan tentu
Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang sudah tentu sifatnya seperti satu, sepuluh, sejuta dan sebagainya.
Contohnya : Rumah Amra ada sepuluh buah bilik tidur.
5
Kata bilangan tak tentu
Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang tidak tentu seperti semua, segala, seluruh, beberapa, banyak dan sebagainya.
Contohnya : Ibu membeli sedikit barang basah untuk dimasak
6
Kata bilangan pisahan
Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang membawa maksud pisahan seperti masing-masing, setiap, tiap-tiap dan sebagainya.
Contohnya : Setiap orang hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang.
7
Kata bilangan pecahan
Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang membawa maksud pecahan seperti setengah, separuh, sepertiga dan sebagainya.
Contohnya : Kakak memberi separuh daripada bekalnya kepada adik.
8
Kata bilangan himpunan
Digunakan untuk menunjukkan bilangan yang membawa maksud himpunan seperti berpuluh-puluh, berkotak-kotak, kedua-dua dan sebagainya.
Contohnya : Berkotak-kotak produk kesihatan tidak berdaftar telah dirampas dalam operasi itu.
9
Penggunaan Kata Bilangan
Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan kata bilangan digandingkan dengan penjodoh bilangan.
10
Penggunaan Kata Bilangan
Kata bilangan tentu (KBT) dan kata bilangan himpunan (KBH) MESTI diikuti penjodoh bilangan (PB).
Contoh :
Amiroul memiliki dua(KBT) buah(PB) kereta pacuan empat roda.
Beribu-ribu(KBH) orang(PB) telah kehilangan punca pendapatan semasa pandemik Covid-19 melanda negara kita.
11
Penggunaan Kata Bilangan
Kata bilangan tak tentu(KBTT) TIDAK PERLU diikuti penjodoh bilangan(PB) kecuali .......... beberapa(KBTT).
Contoh :
Semua(KBTT) murid SK Taman Mutiara Rini belajar secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan .
Beberapa(KBTT) orang(PB) murid SK Taman Mutiara Rini tidak dapat belajar secara dalam talian kerana masalah jaringan Internet.
12
Penggunaan Kata Bilangan
Kata nama(KN) selepas Kata bilangan tak tentu(KBTT) yang membawa maksud jamak(banyak) tidak perlu digandakan.
Contoh :
Semua(KBTT) peserta(KN) pertandingan itu tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah.
13
Penggunaan Kata Bilangan
Kata bilangan pisahan(KBPisah) ......... ‘setiap’ TIDAK PERLU diikuti penjodoh bilangan.
Contoh :
Harga setiap(KBP) buah(PB) rumah adalah tidak sama. (ini contoh salah ya)
Harga setiap(KBP) kereta adalah tidak sama (baru lah betul)
14
Penggunaan Kata Bilangan
Kata bilangan pecahan(KBPecah) ..... ‘setengah’ (yang bermaksud separuh) BERBEZA daripada ..... ‘setengah setengah/sesetengah’ (yang bermaksud sebilangan daripada sesuatu)
Contoh :
Setengah(KBPecah) orang berpendapat pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau masalah pelajaran murid. (ini contoh salah ya)
Sesetengah(KBPecah) orang berpendapat pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau masalah pelajaran murid. (baru lah betul)
15
Penggunaan Kata Bilangan
Kata bilangan tak tentu(KBTT) ..... ramai ialah SINONIM (KBTT) banyak.
Ramai hanya digunakan untuk manusia.
Banyak boleh digunakan untuk manusia dan benda.
16
Penggunaan Kata Bilangan
Kata bilangan yang menunjukkan maksud jamak(banyak) seperti para dan sekalian TIDAK BOLEH digunakan SERENTAK.
Pengumuman ini ditujukan kepada para hadirin sekalian. ..... (X)
Pengumuman ini ditujukan kepada hadirin sekalian. ..... (/)
Pengumuman ini ditujukan kepada para hadirin. ..... (/)
Kudapan disediakan untuk semua tetamu sekalian. ..... (X)
Kudapan disediakan untuk semua tetamu (/)
17
Sedikit contoh
Boleh dapatkan maklumat tentang kata bilangan di sumber-sumber lain (yang dipercayai)
Sedia?
18
Multiple Choice
Mui Leng akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang fotografi selama _____ tahun di kolej.
empat
keempat-empat
keempat
satu per empat
19
Multiple Choice
Buah nangka ini akan dibahagi dua. Jadi, seorang akan dapat _____.
seperdua
sepertiga
seperempat
seperlima
20
Multiple Choice
_____ cara dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di pusat-pusat bandar.
Ribuan
Setiap
Setengah-tengah
Berbagai-bagai
21
Multiple Choice
Pihak kerajaan akan memastikan _____ masalah yang disuarakan itu diselesaikan secepat mungkin.
para
segala
satu
separuh
22
Multiple Choice
Siti dan keluarganya akan bersiar-siar di taman itu pada _____ petang.
beberapa
sesetengah
tiap-tiap
pelbagai
23
Multiple Choice
Zarul mendapat tempat yang _____ dalam pertandingan lumba lari itu.
ketiga
satu per tiga
bertiga
ketiga-tiga
24
Multiple Choice
Projek yang telah dirancang itu akan melibatkan _____ orang ibu bapa murid
para
semua
beberapa
sesetengah
25
Multiple Choice
Katherina mendapat tempat _____ dalam pertandingan lari 100 meter dalam sukan tahunan.
satu
separuh
johan
pertama
26
Multiple Choice
Kakak amat menggemari telur ayam _____ masak .
semua
seluruh
separuh
sesetengah
27
Multiple Choice
Encik Raziq sampai di pejabat lewat _____ jam kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
kelima
separuh
setengah
segelintir
28
Multiple Choice
_____ murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
Berbagai-bagai
Setiap
Seluruh
Setengah
29
Multiple Choice
_____ hadirin dipersilakan menikmati jamuan ringan.
Para-para
Para
Segala
Setengah
Kata Bilangan
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 29
SLIDE
Similar Resources on Wayground
21 questions
Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa
Presentation
•
4th Grade
24 questions
PLBJ BAB 4 "MUSIK TANJIDOR"
Presentation
•
4th Grade
19 questions
Pembagian bilangan dua angka
Presentation
•
4th Grade
21 questions
Materi dan Tugas Bahasa Indonesia Tema 7 Subtema 2 Kelas 5
Presentation
•
5th Grade
21 questions
Kelas 5 Tema 4 Subtema 1 PB 1
Presentation
•
5th Grade
21 questions
TEMA 4 SUBTEMA 4 PB 6 KELAS 3 SD
Presentation
•
3rd Grade
23 questions
Tatabahasa
Presentation
•
4th Grade
23 questions
Simulasi Psikotes
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
5 questions
A Home on the Shore
Quiz
•
3rd Grade
28 questions
US History Regents Review
Quiz
•
11th Grade
6 questions
A Horse Tale
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Juneteenth History and Significance
Interactive video
•
5th - 8th Grade
20 questions
Dividing Fractions
Quiz
•
5th Grade
55 questions
A Long Walk to Water Final Review
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Equation Word Problems
Quiz
•
7th Grade
Discover more resources for Other
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
4th Grade
25 questions
Branches of the United States Government
Quiz
•
4th Grade
40 questions
Flags of the World
Quiz
•
KG - Professional Dev...
30 questions
Multiplication Facts 1-12
Quiz
•
2nd - 5th Grade
10 questions
PHONICS REVIEW (open, closed, Vowel team, magic e)
Quiz
•
3rd - 5th Grade
77 questions
Mixed Multiplication and Division Facts
Quiz
•
4th Grade
18 questions
Trivia Questions
Presentation
•
1st - 6th Grade
21 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
4th Grade