

J3
Presentation
•
World Languages
•
1st Grade
•
Hard

Lee Cheng
Used 5+ times
FREE Resource
1 Slide • 20 Questions
1
BAHASA MELAYU
10 DIS 2020

2
Multiple Choice
Asri hendak pergi berlatih bola sepak dengan ___________ ?
siapa
apa
mana
bila
3
Multiple Choice
Pokok asam jawa mempunyai kawasan taburan di benua Afrika dan Asia. Pokok ini ditanam secara meluas.
Di manakah kawasan taburan pokok asam jawa?
Afrika dan Asia
Asia dan Amerika
Amerika dan Afrika
Amerika dan Eropah
4
Multiple Choice
Antara berikut yang manakah ciri pokok asam jawa?
Pokok asam jawa merupakan salah satu spesies yang tergolong dalam keluarga tumbuhan kekacang. Ketinggian batangnya boleh mencapai 25 meter, dedaunnya lebat membentuk silara yang bulat bujur. Pokok asam jawa ini mula menghasilkan buah apabila berusia 10 tahun.
Dedaun pokok asam jawa berbentuk silara yang bulat bujur.
Pokok asam jawa sering ditanam sebagai penghiasan rumah.
Ketinggian batang pokok asam jawa boleh mencapai 35 meter.
Pokok asam jawa mula menghasilkan buah apabila berusia 15 tahun.
5
Multiple Choice
Antara berikut yang manakah bukan kegunaan buah asam jawa?
Buah asam jawa yang masih muda digunakan sebagai sayur, sementara pucuk digunakan sebagai perasa dalam makanan. Isi buah asam jawa digunakan sama ada dalam masakan atau membuat minuman. Buah yang diperam juga dapat digunakan untuk mencuci dan membersihkan bahan logam. Batangnya yang agak keras dapat menghalang kemasukan pencuri.
membuat air asam jawa
sebagai perasa dalam makanan
untuk membuat penghalang rumah
digunakan untuk mencuci bahan logam
6
Multiple Choice
Mengapakah teras asam jawa digunakan untuk membuat tangkal oleh masyarakat Melayu?
Bahagian tengah daripada batang asam jawa yang dikenal sebagai teras asam jawa digunakan oleh sebahagian masyarakat Melayu sebagai tangkal yang kononnya dapat menghalang kemasukan pencuri atau orang yang tidak diingini ke dalam rumah.
mengelakkan bencana alam berlaku
menakutkan binatang buas yang berada dalam hutan
supaya pokok asam yang akan tumbuh nanti lebih besar
menghalang pengunjung yang tidak diingini masuk ke rumah
7
Multiple Choice
Ke manakah penulis hendak pergi?
Aku masih di sini
di persimpangan ini
berapa lama aku perlu menunggu
aku berani akhirnya
"bolehkah aku tumpang bertanya"
"rumah Pak Malau yang mana satu?"
rumah Pak Malau
kereta Pak Malau
kedai Pak Malau
pasar Pak Malau
8
Multiple Choice
Apakah yang berlaku selepas penulis memberanikan diri untuk bertanya?
Akhirnya aku beredar
dari persimpangan itu
arah destinasiku sudah pasti.
dapat berkenalan kawan baharu
tiba di tempat yang dia hendak pergi
tiada apa-apa bezanya sebelum dan selepas bertanya
berjumpa dengan kawab yang sudah lama tidak jumpa
9
Multiple Choice
Pengusaha kantin menjadi ______ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan secara mengejut.
huru-hara
riuh-rendah
kelam-kabut
lintang-pukang
10
Multiple Choice
Pencuri telah memasuki rumah Alvin _______ mereka sekeluarga pulang _______ kampung.
ketika......ke
dan......di
tetapi......dari
sementara......daripada
11
Multiple Choice
Pak Karim tidak mampu membiayai yuran _________ anaknya di menara gading.
pengajian
pengkajian
pembelajaran
pengajaran
12
Multiple Choice
Chia berasa _____ apabila mendengar syarahan yang membosankan itu.
panjang akal
hancur hati
berat mata
ukur jalan
13
Multiple Choice
Pilih ayat tanya yang sesuai untuk ayat yang diberi.
Pertunjukan itu akan dimulakan sebentar lagi.
Bilakah pertunjukan itu akan dimulakan?
Mengapakah pertunjukan itu dimulakan?
Lambatkah lagi pertunjukan itu akan dimulakan?
Sebentar lagikah pertunjukan itu akan dimulakan?
14
Multiple Choice
Para pelajar diminta supaya berdiri apabila Perdana Menteri masuk ke dalam dewan. Tiada kesalahan.
supaya
apabila
ke
Tiada kesalahan
15
Multiple Choice
Makanan ringan merupakan makanan yang sangat digemari oleh kanak-kanak pada masa kini. Tiada kesalahan
Tiada kesalahan
sangat
digemari
ringan
16
Multiple Choice
Pihak polis telah menemukan tiga bilah parang, lima pucuk senapang dan tiga puluh butir peluru dalam serbuan itu. Tiada kesalahan.
Tiada kesalahan
bilah
pucuk
butir
17
Multiple Choice
Gerai Mak Lang yang menjual bubur kacang dan nyonya laksa menjadi tumpuan orang ramai pada setiap petang. Tiada kesalahan.
nyonya laksa
bubur kacang
orang ramai
Tiada kesalahan
18
Multiple Choice
Satu perkhemahan lasak untuk ahli kadet remaja sekolah daerah Klang telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Klang dengan kerjasama Jawatankuasa Kadet Remaja Sekolah Daerah Klang. Tiada kesalahan.
Tiada kesalahan
untuk
oleh
dengan
19
Multiple Choice
Pilih penggunaan perkataan "papan" yang paling tepat.
I. Mak minah membeli dua papan petai.
II. Papan catur Pak Ahmad masih kelihatan baharu.
III. Adik meletakkan sekeping papan di atas tanah yang becak itu.
IV. Kilang papan itu sering mencemarkan udara di sekitar Kampung Medan.
I, II
I, III, IV
II, III, IV
I, II, III, IV
20
Multiple Choice
Pilih ayat yang menggunakan perkataan "perang" dengan betul.
I. Gadis yang berambut perang itu sungguh berbudi bahasa.
II. Perang saudara di negara itu berlaku kerana kelemahan pihak pemerintah.
III. Saya dan Ah Beng merupakan anggota Rumah Perang manakala Malik di Rumah Merah.
IV. Institusi keluarga mamainkan perang penting dalam menyemai budi bahasa dalam sanubari anak-anak.
I, II, III
I, II, IV
I, III, IV
II, III, IV
21
Multiple Choice
Baju Melayu yang kakak beli itu saya akan pakai pada hari raya nanti.
dibeli oleh kakak itu akan dipakai oleh saya
kakak belikan akan dipakai oleh saya
dibeli oleh kakak itu akan saya pakai
kakak beli itu saya akan pakai
BAHASA MELAYU
10 DIS 2020

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 21
SLIDE
Similar Resources on Wayground
19 questions
Kata Kerja : Tatabahasa
Presentation
•
1st Grade
20 questions
Kata Adjektif PT3
Presentation
•
1st Grade
17 questions
Bahasa Indonesia
Presentation
•
1st Grade
20 questions
Tatabahasa - Kata Pemeri
Presentation
•
1st Grade
13 questions
KATA PERINTAH
Presentation
•
1st Grade
19 questions
Tema 4 Subtema 2 Pembelajaran 1
Presentation
•
1st Grade
16 questions
Matematika 1
Presentation
•
1st Grade
12 questions
TEKS EKSPOSISI
Presentation
•
1st Grade
Popular Resources on Wayground
20 questions
STAAR Review Quiz #3
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Marshmallow Farm Quiz
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade