

TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN
Presentation
•
Business
•
10th - 12th Grade
•
Hard
ALI ZAKRI Moe
Used 2+ times
FREE Resource
20 Slides • 33 Questions
1
TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

2
Peranan Kerajaan dalam Menangani lsu-isu Tempatan, Negara, dan Serantau
Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk membantu perniagaan bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa melalui beberapa kementerian dan agensi.
3
Antara agensi tersebut ialah:
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI);
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK);
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE);
Bank Negara Malaysia (BNM).
4
Peranan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan
5
1. Peranan kerajaan pusat
6
Aspek perundangan
kerajaan pusat bertanggungjawab menggubal undang-undang berkaitan dengan pendaftaran dan peraturan perniagaan, perlindungan pengguna, dan pelepasan cukai.
7
Aspek kewangan
kerajaan pusat membantu peniaga mendapatkan pelbagai sumber kewangan
untuk memulakan dan memajukan perniagaan.
Tumpuan khas diberikan kepada peniaga kecil kecilan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
melalui agensi pembiaya seperti :
▪Majlis Amanah Rakyat (MARA),
▪Bank Pembangunan dan lnfrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB),
▪Amanah lkhtiar Malaysia,
▪Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
8
Aspek perkembangan aktiviti perniagaan
iaitu aktiviti perniagaan ditumpukan kepada aktiviti promosi, latihan dan pembangunan,
serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
9
2. Peranan kerajaan negeri
Mewujudkan kawasan industri;
Menjalin kerjasama dengan sektor swasta;
Menarik pelabur tempatan dan asing;
10
Membentuk syarikat berkepentingan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN);
Menyediakan skim galakan kepada sektor swasta untuk mengusahakan sesuatu jenis pertanian.
11
4. Peranan kerajaan dari aspek pertumbuhan ekonomi
Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi dan antaranya ialah:
o Program Transformasi Kerajaan (GTP)
o Program Transformasi Ekonomi (ETP).
12
• Untuk memajukan ekonomi,
o kerajaan membantu pertumbuhan ekonomi setempat, memperkukuh ekonomi melalui pelaksanaan:
▪dasar fiskal
▪dasar kewangan
▪menggalakkan perniagaan eksport dengan menyediakan pelbagai galakan - contohnya : elaun eksport.
13
5. Peranan kerajaan dari aspek guna tenaga
Guna tenaga penuh:
bermakna: - kadar pengangguran kurang daripada 4 %.
14
Jenis pengangguran
1. pengangguran bermusim,
2. pengangguran teknologi,
3. pengangguran kitaran,
4. pengangguran struktur.
15
Cara kerajaan mengatasi pengangguran:
1. pengangguran bermusim
o memberi insentif kepada pihak perniagaan
o seperti pengecualian cukai
o untuk membenarkan pekerja terus bekerja;
2. pengangguran teknologi
o membenarkan penggunaan mesin-mesin moden
o hanya untuk proses tertentu
o yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh;
16
3. pengangguran kitaran
o melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi ke melesetan ekonomi;
4. pengangguran struktur
o membuat perancangan ekonomi
o sesuai dengan trend perubahan ekonomi dan perniagaan global.//
17
Multiple Choice
Maklumat berikut adalah kaedah menangani pengangguran.
Kerajaan memberi galakan kepada majikan supaya membenarkan pekerja terus bekerja dengan insentif tertentu.
Apakah jenis pengangguran yang dapat ditangani dengan kaedah tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran bermusim
Pengangguran teknologi
18
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan keadaan yang berlaku di sebuah restoran.
Restoran Nyonya Asia tekah menggunakan robot sebagai pelayan untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan.
Apakah jenis pengangguran yang mungkin wujud?
Pengangguran kitaran
Pengangguran bermusim
Pengangguran teknologi
Pengangguran struktur
19
Multiple Choice
Pada peringkat serantau, apakah peranan kerajaan dari aspek ekonomi?
Menyediakan elaun eksport
Melaksanakan tanggungjawab sosial
Menyelesaikan hal ehwal perniagaan setempat
Mengeluarkan lesen perniagaan
20
Multiple Choice
Apakah peranan TEKUN sebagai agensi kerajaan?
Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan
Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan
mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia
Menjamin kedudukan kewangan pencarum pada usia tua.
21
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan beberapa akta yang digubal di Malaysia.
Akta Kontrak 1950 Akta Syarikat 2016 Akta Jualan Barangan 1957
Apakah kepentingan akta-akta di atas dalam perniagaan?
Mengenakan cukai terhadap perniagaan
Mengawal perjalanan aktiviti perniagaan
Memberi khidmat nasihat kepada peniaga
Menentukan jenis hukuman terhadap pesalah-pesalah dalam perniagaan
22
Multiple Choice
Isu serantau ialah isu yang melibatkan
masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara seperti kadar pertumbuhan ekonomi
perniagaan di kawasan setempat seperti hubungan perniagaan dengan komuniti
hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti Thailand
perdagangan antarabangsa seperti eksport dan import
23
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan suatu peranan kerajaan di Malaysia.
Menangani isu perniagaan dari aspek perundangan kewangan dan perkembangan aktiviti perniagaan.
Apakah kerajaan tersebut?
Kerajaan Pusat
Kerajaan Negeri
Kerajaan Tempatan
Pihak berkuasa Tempatan
24
Multiple Choice
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat
dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang di tetapkan
- Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya.
- Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi
Apakah agensi berkenaan?
MEDEC
MARDI
SIRIM
FELDA
25
Multiple Choice
Gambar menunjukkan logo sebuah agensi kerajaan.
Apakah peranan agensi tersebut.
mengutip cukai
menjaga keamanan negara
memberi pinjaman perniagaan
menguatkuasakan undang-undang
26
Multiple Choice
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pengangguran bermusim?
keadaan ekonomi meleset
tiada kemahiran yang diperlukan
berlaku perubahan dalam industri
tempoh bekerja dalam jangka masa pendek
27
Multiple Choice
Apakah yang menyebabkan pengangguran bermusim berlaku?
Pekerja tamat kontrak
pekerja diberhentikan
pekerja tiada kemahiran teknologi
pekerja mendapat pekerjaan baharu
28
Multiple Choice
pengangguran kitaran berlaku kerana
ekonomi tidak stabil
pekerja tamat kontrak
pekerja kekurangan kemahiran
majikan gagal membayar gaji pekerja
29
Multiple Choice
Berikan maksud guna tenaga penuh . . .
Semua pekerja bekerja
Tiada berlaku pengangguran
Negara mengalami pengangguran geseran
Tiada berlaku pembaziran sumber
30
Multiple Choice
Yang manakah merupakan isu-isu yang perlu diatasi oleh pihak kerajaan tempatan?
Wabak penyakit
Pekerja yang menganggur
Kejatuhan nilai mata wang
Kawasan persekitaran yang tercemar
31
Multiple Choice
Hubungan Malaysia dengan Indonesia melibatkan kerajaan menangani isu . . .
Negara
Serantau
Dua hala
Tempatan
32
Multiple Choice
Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga penuh ?
A Tidak berlaku pengangguran geseran
B Semua penduduk mempunyai pekerjaan
C Negara akan menghadapi kemelesetan ekonomi
D Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
33
Multiple Choice
Antara yang berikut, manakah yang merupakan peranan Bank Negara Malaysia ?
I Memberikan pinjaman kepada orang ramai
II Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
III Mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara
IV Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada perniagaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
34
Multiple Choice
Antara yang berikut, manakah yang merupakan peranan Bank Negara Malaysia ?
I Memberikan pinjaman kepada orang ramai
II Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
III Mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara
IV Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada perniagaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
35
6. Peranan kerajaan dari aspek ekonomi
lnflasi
o satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
o disebabkan oleh permintaan yang melebihi penawaran di pasaran;
o inflasi tolakan kos :
▪ lnflasi yang berlaku disebabkan oleh kenaikan pengeluaran kos barang dan perkhidmatan
36
Kerajaan mengawal inflasi
• galakan pelaburan - untuk meningkatkan jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan;
• memberi subsidi kepada pengeluar -supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran ;
• meningkatkan kadar faedah
• melaksanakan dasar kerajaan - seperti mengutip duti eksport terhadap barang eksport.
37
Deflasi
suatu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
disebabkan oleh kejatuhan dalam permintaan oleh pengguna
yang tidak mampu membeli barang di pasaran ;
kesannya ialah:
o kuasa beli penduduk menurun
o kerana kehilangan pekerjaan dan
o ini seterusnya akan membantutkan aktiviti perniagaan;
38
kerajaan mengatasi masalah deflasi
1. menurunkan kadar cukai;
2. memberi khidmat nasihat dan mengadakan perundangan -untuk membantu peniaga menggunakan sumber secara optimum;
3. menurunkan kadar faedah;
4. melaksanakan dasar fiskal.//
39
Multiple Select
Punca-punca berlaku pengangguran dalam sesebuah perniagaan ialah
kemelesetan ekonomi
penggantian buruh kepada mesin
penggantian mesin kepada buruh
kemahiran tenaga buruh yang tinggi
40
Multiple Select
Graf kitaran ekonomi untuk tahun 2019
Apakah kesan yang menyebabkan berlakunya “D”
Penduduk tidak mempunyai wang untuk berbelanja
Kadar pengangguran meningkat
Pendapatan negara naik
Mampu membayar gaji
41
Multiple Choice
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?
Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu
Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesatan ekonomi
Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja
Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa
42
Multiple Select
Antara berikut yang manakah akan dapat menangani masalah deflasi
Menaikkan kadar cukai pendapatan
Menurunkan kadar cukai pendapatan
Menaikkan kadar faedah
Menurunkan kadar faedah
43
Multiple Choice
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.
Kemahiran pekerja tidak diperlukan lagi kerana berlaku perubahan dalam industri secara keseluruhan
Apakah jenis pengangguran tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
44
Multiple Choice
Apakah kesan inflasi terhadap ekonomi?
Kuasa beli menurun
Kadar pengangguran bertambah
Penurunan pendapatan boleh guna
Pertambahan stok-stok barang yang tidak terjual
45
Multiple Choice
Manakah yang bukan langkah kerajaan dalam menangani inflasi?
Meningkatkan kadar faedah
Memberikan subsidi kepada pengeluar
Menggalakkan orang ramai berbelanja lebih
Mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan
46
Multiple Choice
Apakah itu deflasi?
Satu keadaan apabila kadar pengangguran berada pada tahap yang Tinggi
Satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara langsung
Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Satu keadaan apabila harga barang dan perkhidmatan naik secara mendadak
47
Multiple Choice
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pengangguran.
Nelayan
Petani
Apakah jenis pengangguran yang dihadapi oleh kedua-dua jenis pekerjaan tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
48
Multiple Choice
Apakah dimaksudkan dengan guna tenaga penuh?
Tidak berlaku pengangguran geseran
Semua penduduk mempunyai pekerjaan
Negara akanmenghadapi kemelesetan ekonomi
Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
49
Multiple Choice
Situasi 1: Pekerja bekerja untuk satu jangka masa pendek dan terpaksa mencari pekerjaan lain pula.
Situasi 2: Berlaku perubahan dalam industri secara keseluruhan dan ini menyebabkan kemahiran pekerja tidak lagi diperlukan.
Pasangan manakah yang benar?
Situasi 1: Pengangguran kitaran
Situasi 2: Pengangguran teknologi
Situasi 1: Pengangguran teknologi
Situasi 2: Pengangguran kitaran
Situasi 1: Pengangguran bermusim
Situasi 2: Pengangguran struktur
Situasi 1: Pengangguran struktur
Situasi 2: Pengangguran bermusim
50
Multiple Choice
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis inflasi.
Inflasi berlaku apabila kos pengeluaran barang meningkat.
Apakah jenis inflasi tersebut?
Inflasi tolakan kos
Inflasi bekalan wang
Inflasi pentadbiran harga
Inflasi tarikan permintaan
51
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan keadaan yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi ?
l. Kadar pengangguran meningkat
ll. Penduduk tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli produk
lll. Pengeluaran produk perlu ditambah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat
lV. Gaji dan upah pekerja meningkat
A. l dan ll
B. l dan lV
C. ll dan lll
D. lll dan lV
52
Multiple Choice
Perbezaan inflasi dengan deflasi dalam aspek . . .
kos
ekonomi
permintaan
pengangguran
53
Multiple Choice
Mengapakah kerajaan pusat melaksanakan dasar fiskal dan dasar ekonomi ? [TP5]
A Meningkatkan pendapatan penduduk
B Memperkukuh pertumbuhan ekonomi
C Memastikan eksport mengatasi import
D Mengurangkan aliran masuk mata wang asing
TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 53
SLIDE
Similar Resources on Wayground
46 questions
CATUR WARNA
Presentation
•
10th Grade - University
47 questions
USAHA EKONOMI KELOMPOK
Presentation
•
9th - 12th Grade
49 questions
samengestelde zinnen
Presentation
•
9th - 12th Grade
51 questions
Nouns and Pronouns
Presentation
•
9th - 12th Grade
50 questions
Presentasi Tanpa Judul
Presentation
•
KG - University
51 questions
IN-5 Menyusun Soal Hots
Presentation
•
10th Grade - University
47 questions
PERANAN KERAJAAN DALAM EKONOMI
Presentation
•
10th - 12th Grade
43 questions
2.1.4 Tujuan penetapan VMO
Presentation
•
10th - 12th Grade
Popular Resources on Wayground
15 questions
Grade 3 Simulation Assessment 1
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
4th Grade
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
Discover more resources for Business
25 questions
Job Interview Skills
Quiz
•
9th - 12th Grade
10 questions
Brand Logos Quiz
Quiz
•
10th Grade
17 questions
BUSINESS CAREERS
Presentation
•
9th - 12th Grade
14 questions
MARKETING CAREERS
Presentation
•
9th - 12th Grade
39 questions
Insurance Test Review
Quiz
•
11th - 12th Grade
10 questions
BizInnovator Startup - Firm Up Your Value Proposition
Quiz
•
9th - 12th Grade
17 questions
BizInnovator Startup - Know Your Customer
Quiz
•
9th - 12th Grade