
(LESSON) PSV Tingkatan 5 Seni Lukisan part 1
Presentation
•
Arts
•
8th Grade
•
Hard
MOHAMAD Moe
Used 6+ times
FREE Resource
15 Slides • 0 Questions
1
PSV Tingkatan 5 Seni Lukisan part 1
Seni lukisan moden dari abad ke-20 hingga kini begitu dinamik dan berkembang pesat.
2
Seni Lukisan
Perkembangan seni lukisan pada abad ke-20 agak kompleks kesan pergolakan politik yang melanda dunia Eropah seperti Revolusi Rusia dan Perang Dunia Pertama. Sehubungan dengan itu, muncul beberapa aliran seni seperti Fauvisme, Ekspresionisme, Kubisme, Surealisme, Ekspresionisme Abstrak, Seni Pop (Pop Art) dan Seni Op. Para pelukis ini meluahkan suara hati mereka melalui karya yang dihasilkan berdasarkan situasi yang dirasai ketika itu.
3
FAUVISME
1900 hingga 1910
Gaya aliran ini menolak idea peniruan terhadap alam, sebaliknya memberikan kebebasan untuk berekspresi bagi menggambarkan hal benda yang dilukis.
Pelopor aliran ini ialah Henri Matisse dan André Derain. Pelukis-pelukis lain aliran ini yang terkenal ialah Henri Manguin, Albert Marquet, Raoul Dufy, Kees van Dongen, Jean Metzinger dan Alice Bailly.
4
FAUVISME
Lukisan yang dihasilkan menggambarkan luahan emosi secara spontan. Media kering yang digunakan tidak merujuk warna sebenar objek. Bentuk benda mudah dikenali walaupun tanpa perincian.
Karya-karya lukisan aliran ini digambarkan secara emotif dan imaginatif. Mereka gemar menggunakan warna terang dan tidak natural dalam karya yang dihasilkan.
5
Henri Manguin
Dilahirkan pada 23 Mac 1874 di Paris, Perancis.
Lukisan beliau banyak dipengaruhi gaya Impresionisme.
Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Vue de Cahors (1925), Jeanne Cousant (1899) dan La Robe de Chambre Rouge (1902).
6
Henri Manguin, Jeanne Cousant, 1899, dakwat dan pastel
7
EKSPRESIONISME
1905 hingga 1925
bermula di Jerman pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh kumpulan Die Brucke dan Der Blaue Reiter. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah Ernst Ludwig Kirchner, Erich Heckel, Karl Schmidt-Rottluff, Oskar Kokoschka, Amedeo Modigliani, Franz Marc, August Macke, Gabriele Münter, Heinrich Campendonk dan Edvard Munch.
8
EKSPRESIONISME
Olahan hal benda lebih kepada aspek penggayaan dan warna yang menggambarkan luahan perasaan secara spontan dan
bebas.
Kebanyakan karya yang telah dihasilkan menggambarkan kegelisahan dan kecelaruan pelukis pada waktu itu.
Pelukis aliran ini menggambarkan reaksi mereka terhadap realiti yang dialami. Imej tidak digambarkan secara jelas, sebaliknya lebih kepada penzahiran terhadap kesan emosi manusia.
9
Ernst Ludwig Kirchner
Dilahirkan pada 6 Mei 1880 di Aschaffenburg, Jerman.
Sering menggunakan unsur seni tradisional Afrika dan Oceania dalam karyanya.
Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Bergwald III (1918), Hauser Fehmarn (1908), Station in Davos (1921) dan In the Greenhouse (1916).
10
Ernst Ludwig Kirchner, Street Scene, 1914, pastel
11
KUBISME
1907 hingga 1922
Aliran Kubisme muncul kesan daripada modenisasi di Eropah dan sangat berpengaruh pada awal abad ke-20.
Terdapat dua gaya aliran ini, iaitu Kubisme Analitik dan Kubisme Sintetik. Kubisme Analitik menekankan bentuk geometri dan warna yang terbatas. Kubisme Sintetik pula memaparkan warna terang.
12
KUBISME
Aliran ini dipelopori oleh Pablo Picasso dan Georges Braque.
Pelukis aliran ini membina semula objek dengan menggunakan rupa dan satah geometri yang diabstrakkan. Pelbagai unsur garisan, jalinan dan perspektif digunakan dengan jelas
Karya lukisan digambarkan seolah-olah terpisah oleh rupa geometri dan satah-satah yang dihasilkan.
13
KUBISME
Media yang biasa digunakan ialah pensel, pastel, arang dan pen. Teknik lukisan yang digunakan ialah silang pangkah (crosshatching), garisan selari (hatching) dan gosokan.
Ciri utama aliran ini ialah penggunaan latar belakang dan objek yang bertindan serta kesan ruang yang cetek.
14
Albert Gleizes
Dilahirkan pada 8 Disember 1881 di Paris, Perancis.
Dilahirkan pada 8 Disember 1881 di Paris, Perancis.
Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Vase (1949), Toul (1914) dan Maternite (1936).
15
Albert Gleizes, Toul, 1914, dakwat
PSV Tingkatan 5 Seni Lukisan part 1
Seni lukisan moden dari abad ke-20 hingga kini begitu dinamik dan berkembang pesat.
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 15
SLIDE
Similar Resources on Wayground
11 questions
Materi SeMu
Presentation
•
8th Grade
12 questions
Menggambar poster
Presentation
•
8th Grade
11 questions
Quizizz Training Lesson | Indonesian
Presentation
•
KG
11 questions
Teks Eksposisi
Presentation
•
8th Grade
12 questions
MATERI KELAS 9 PROSES MEMBUAT SABLON UNTUK TSHIRT
Presentation
•
9th Grade
8 questions
membuat poster
Presentation
•
8th Grade
8 questions
MENGGAMBAR ILUSTRASI KARTUN
Presentation
•
8th Grade
12 questions
REVIEW MATERI KELAS 7 8 9
Presentation
•
9th Grade
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade