
(LESSON) PSV Tingkatan 5 Seni Lukisan part 2
Presentation
•
Arts
•
8th Grade
•
Hard
MOHAMAD Moe
Used 7+ times
FREE Resource
17 Slides • 0 Questions
1
PSV Tingkatan 5 Seni Lukisan part 2
Seni lukisan moden dari abad ke-20 hingga kini begitu dinamik dan berkembang pesat
2
SUREALISME
Aliran Surealisme ini berpusat di Paris. Idea utama aliran ini adalah untuk menunjukkan kreativiti minda bawah sedar dan melampaui pemikiran logik.
Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah André Breton, Endre Rozsda dan Max Ernst.
Gaya Surealisme ini menimbulkan kesan-kesan aneh dan kadang-kadang di luar pemikiran manusia.
3
SUREALISME
Tumpuan kandungan karya ini adalah kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
Kebanyakan objek-objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan mengikut imaginasi pelukis.
4
André Breton
Dilahirkan pada 18 Februari 1896 di Tinchebray, Perancis.
Pengasas kepada aliran Surealisme.
Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Cadavre Exquis (1930), Rose pour Elisa (1945) dan Automatic Drawing (1924).
5
André Breton, Cadavre Exquis, 1930, pastel
6
EKSPRESIONISME
Aliran Ekspresionisme Abstrak merupakan aliran seni yang berkembang di Amerika Syarikat.
Pelukis aliran ini memisahkan diri mereka daripada gaya lukisan konvensional.
Pelukis-pelukis aliran ini ialah Lee Krasner, Franz Kline, Richard Diebenkorn, Wassily Kandinsky, Willem de Kooning, Jackson Pollock, Mark Rothko, Frank Stella, Hans
Hofmann, Bradley Walker Tomlin, Willian Baziotes, Conrad Marca-Relli, Mark Tobey dan AD Reinhardt.
7
EKSPRESIONISME
Terdapat dua kecenderungan dalam penghasilan karya ini, iaitu lukisan berdasarkan aksi pelukis dan lukisan yang menekankan aspek warna dan bentuk.
Pelukis aliran ini menggunakan aksi spontan, kanvas besar dan warna-warna yang terang.
Hasil karya lebih cenderung kepada luahan perasaan secara bebas dan abstrak. Pelukis menggunakan simbol dan imej abstrak untuk menyampaikan sesuatu mesej hingga hilang sifat realistik karya tersebut.
8
Lee Krasner
Dilahirkan pada tahun 1908 di New York, Amerika Syarikat.
Nama sebenar beliau ialah Lena Krasner.
Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Imperative (1976), Future Indicative (1977) dan Past Present Subjunctive (1976).
9
Lee Krasner, Imperative, 1976, arang dan cat
10
SENI POP
Aliran Seni Pop muncul di England dan Amerika Syarikat pada tahun 1950-an. Seni Pop ialah singkatan daripada perkataan Popular Art.
Aliran ini memanfaatkan simbol-simbol dan gaya visual daripada media massa yang popular seperti surat khabar, televisyen dan iklan.
Robert Rauschenberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis Seni Pop yang terawal. Pelukis-pelukis yang lain ialah Richard Hamilton, Roy Lichtenstein, David Hockney, Peter Blake, Allen Jones dan Andy Warhol.
11
SENI POP
Aliran ini menggunakan teknik yang lebih moden, misalnya memindahkan imej popular ke permukaan kanvas.
Pelukis gemar menggunakan saiz teks yang besar di samping penggunaan unsur garisan yang jelas sebagai representasi simbol.
Hal benda yang sering menjadi tumpuan ialah objek konsumer. Kebanyakan objek yang kurang diberikan perhatian oleh masyarakat dijadikan sebagai subjek dalam karya seni.
12
Roy Lichtenstein
Dilahirkan pada 27 Oktober 1923 di New York, Amerika Syarikat.
Merupakan antara pelukis Seni Pop yang terawal.
Contoh lukisan beliau ialah Donald Duck (1958), George Washington (1962), Girl (1965), Drawing for ‘Whaam!’ (1963), Study for Little Aviation (1968) dan Drawing for Still Life with Cabbage (1972).
13
Roy Lichtenstein, Drawing for Still Life with Cabbage, 1972, grafit dan pensel warna
14
SENI OP
Seni Op ialah singkatan daripada perkataan Seni Optikal yang berkait dengan ilusi optikal.
Ilusi optikal akan memberikan rasa pergerakan, getaran atau corak tertentu.
Pelukis-pelukis penting Seni Op ialah Josef Albers, M.C Escher dan Richard Caldicott.
15
SENI OP
Kebanyakan lukisan Seni Op menggunakan susunan geometri hitam putih yang boleh mengelirukan pandangan mata.
Ilusi visual timbul disebabkan oleh pengulangan berirama, warna kontras dan lingkaran serta putaran ke dalam imej.
Seni ini mengungkapkan ekspresi menggunakan corak geometri untuk mengubah pandangan secara visual.
Hasil karya Seni Op tidak ada kaitan dengan imej-imej di dunia, sebaliknya bersifat abstrak. Imej yang dihasilkan memberikan kesan kepada ilusi pergerakan
minda penonton.
16
Josef Albers
Dilahirkan pada 19 Mac 1888 di Bottrop, Jerman.
Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Study for Graphic
Tectonic (Ascension) (1941), Structural Constellation (1955)
dan Color Study (Variant/Adobe) (1948)
17
Josef Albers, Structural Constellation, 1955, dakwat dan pensel
PSV Tingkatan 5 Seni Lukisan part 2
Seni lukisan moden dari abad ke-20 hingga kini begitu dinamik dan berkembang pesat
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 17
SLIDE
Similar Resources on Wayground
14 questions
Sudut Pusat dan Sudut Keliling
Presentation
•
8th Grade
12 questions
LITERASI BUKU FIKSI DAN NONFIKSI
Presentation
•
8th Grade
10 questions
SENAM IRAMA
Presentation
•
8th Grade
12 questions
Motif, Idea dan Konsep
Presentation
•
7th - 8th Grade
15 questions
reka bentuk industri tingkatan 2
Presentation
•
8th Grade
11 questions
SUMPAH PEMUDA
Presentation
•
8th Grade
11 questions
Regular and Irregular Verb
Presentation
•
8th Grade
10 questions
SENI BUDAYA
Presentation
•
8th Grade
Popular Resources on Wayground
11 questions
Hallway & Bathroom Expectations
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
12 questions
2026 TAP Technology in the Classroom
Presentation
•
Professional Development
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 2 Review
Quiz
•
5th Grade
15 questions
HCS SCI 04 Summer School Review 2
Quiz
•
4th Grade
59 questions
Geometry Unit 3 Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
FAST ELA READING SMAPLE TEST MATERIALS
Passage
•
3rd Grade