Search Header Logo
(LESSON) PSV Tingkatan 5 Bab 3 Seni Catan part 1

(LESSON) PSV Tingkatan 5 Bab 3 Seni Catan part 1

Assessment

Presentation

Arts

8th Grade

Hard

Created by

MOHAMAD Moe

Used 11+ times

FREE Resource

18 Slides • 0 Questions

1

PSV Tingkatan 5 Bab 3 Seni Catan part 1

Slide image

2

SENI CATAN

Semasa di Tingkatan 4, anda telah mempelajari beberapa aliran seni catan yang muncul antara abad ke-14 hingga abad ke-19. Aliran seni catan ini terus berkembang dengan kemunculan beberapa aliran lagi sepanjang abad ke-20 hingga ke hari ini.

3

FAUVISME: 1900 hingga 1910

  • Aliran Fauvisme menolak idea peniruan terhadap alam. Aliran seni ini menghargai ekspresi untuk menggambarkan suasana yang hendak dilukis.

  • Henri Matisse dan André Derain dianggap sebagai pelopor aliran seni ini. Pelukis lain aliran ini ialah Maurice de Vlaminck, Kees van Dongen dan Raoul Dufy.

  • Pelukis aliran seni ini berpendapat bahawa warna yang tidak terikat dengan warna alam lebih memperlihatkan hubungan peribadi antara pelukis dengan alam tersebut.

4

FAUVISME: 1900 hingga 1910

  • Karya catan aliran ini menggunakan sapuan berus yang tidak rata (painterly), bebas dan penggunaan garisan yang sederhana.

  • Penggunaan warna penggenap yang ketara dan pelbagai mampu menghasilkan kesan kasar dan bercanggah.

  • Hasil catan aliran ini juga digambarkan secara emotif dan imaginatif, berbeza dengan aliran Naturalisme yang lebih bersifat objektif dan realistik.

5

Henri Matisse

  • Dilahirkan pada 31 Disember 1869 di Le Cateau, Perancis.

  • Mendirikan Muzium Matisse di Le Cateau pada tahun 1952.

  • Contoh catan beliau yang terkenal ialah The Woman with the Hat (1905), Portrait of Madame Matisse (Green Stripe) (1905) dan The Open Window (1905).

Slide image

6

Slide image

Henri Matisse, Dishes and Fruit, 1901, cat minyak

7

EKSPRESIONISME: 1905 hingga 1925

  • Aliran Ekspresionisme berkembang sepanjang akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

  • Aliran ini bermula di Jerman oleh pelukis Ernst Ludwig Kirchner, Erich Heckel dan Karl Schmidt Rottluff serta kumpulan Die Brucke (The Bridge) di Dresden pada tahun 1905.

  • Kebanyakan karya aliran ini menggunakan warna yang terang dan dramatik bagi menyampaikan mesej.

8

EKSPRESIONISME: 1905 hingga 1925

  • Mereka menolak ciri-ciri tradisi klasik catan yang berasaskan realisme. Seni aliran ini ialah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.

  • Hasil karya menggambarkan luahan perasaan secara spontan dan bebas.

  • Hal benda sering kali mengalami perubahan bentuk, dilebih-lebihkan atau diubah untuk menekankan aspek pengalaman emosional.

  • Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan lebih bersifat organik. Pelukis juga menolak peniruan terhadap alam.

9

Edvard Munch

  • Dilahirkan pada 12 Disember 1863

    di Ådalsbruk, Norway.

  • Contoh catan beliau yang terkenal ialah

    The Scream (1893) dan Springtime (1913).

  • Meninggal dunia pada tahun 1944

    di Oslo, Norway.

Slide image

10

Slide image

Edvard Munch, The Scream, 1893, cat minyak

11

KUBISME: 1907 hingga 1922

  • Aliran Kubisme merupakan antara aliran yang sangat berpengaruh pada awal abad ke-20.

  • Secara umumnya, istilah Kubisme merujuk kepada semua gaya abstrak geometri.

  • Aliran seni ini dipelopori oleh Pablo Picasso dan Georges Braque.

  • Gaya aliran Kubisme ini tidak terikat dengan tradisi catan, sebaliknya banyak menggunakan bentuk dan satah seperti segi tiga, kubus, segi empat, kon, silinder, bulat serta bentuk kotak.

12

KUBISME: 1907 hingga 1922

  • Ciri-ciri utama aliran ini ialah penggunaan warna yang terang dan mempunyai perspektif.

  • Pelukis mengubah bentuk sebenar objek kepada bentuk geometri.

  • Objek yang dihasilkan ialah haiwan dan manusia dengan latar belakang semula jadi atau bangunan.

  • Objek disusun semula dalam bentuk abstrak. Latar belakang dan objek menembusi satu dengan yang lain untuk membentuk ruang cetek.

13

Pablo Picasso

  • Dilahirkan pada 25 Oktober 1881

    di Malaga, Sepanyol.

  • Menghasilkan lebih daripada 50,000 karya selama 80 tahun.

  • Contoh catan beliau yang terkenal ialah Les Demoiselles D’Avignon (1907) dan Boy with a Pipe (1905) dan Girl Before a Mirrow (1932).

Slide image

14

Slide image

Pablo Picasso, Portrait de Ambroise Vollard, 1910, cat minyak

15

SUREALISME: 1924 hingga 1966

  • Surealisme lahir sebagai suatu aliran seni terpenting di Paris mulai tahun 1920-an.

  • Aliran seni ini menggambarkan hal benda dan situasi seperti dalam mimpi atau alam bawah sedar manusia.

  • Pelukis-pelukis utama aliran ini ialah Giorgio de Chirico, René Magritte, Salvador Dali, Joan Miró, Jean Arp, Max Ernst, André Masson, Yves Tanguy, Pierre Roy dan Paul Delvaux.

16

SUREALISME: 1924 hingga 1966

  • Gaya aliran seni ini terbahagi kepada dua, iaitu abstrak dan figuratif.

  • Karya ini jarang menggunakan rupa geometri, sebaliknya lebih kepada kesan emosi daripada bentuk organik sama ada nyata atau imaginasi. Penggunaan warna tidak dititikberatkan.

  • Kandungan karya aliran ini lebih fokus kepada imaginasi daripada realiti.

  • Hal benda yang wujud dalam kehidupan dan lingkungan manusia menjadi tumpuan utama dalam penghasilan karya aliran ini.

17

Giorgio de Chirico

  • Dilahirkan pada 10 Julai 1888 di Volos, Greek.

  • Contoh catan beliau yang terkenal ialah Great Metaphysical Interior (1917) dan Ettore ed Andromaca (1960-1965).

  • Meninggal dunia pada tahun 1978 di Rom, Itali.

Slide image

18

Slide image

Giorgio de Chirico, Great Metaphysical Interior, 1917, cat minyak

PSV Tingkatan 5 Bab 3 Seni Catan part 1

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 18

SLIDE