Search Header Logo
HAJI DAN UMRAH

HAJI DAN UMRAH

Assessment

Presentation

Religious Studies

4th Grade

Hard

Created by

ahmad tajul

Used 33+ times

FREE Resource

11 Slides • 0 Questions

1

HAJI DAN UMRAH

Maksud Haji : dari segi bahasa ertinya tujuan dan maksud.Manakala dari segi istilah pula ialah mengunjungi Baitullah pada bulan -bulan haji untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Slide image

2

Pengertian Umrah:

dari segi bahasa ertinya ziarah manakala dari segi istilah pula ialah mengunjungi Baitullah pada bila -bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

3

Hukum haji dan umrah:

Wajib sekali seumur hidup bagi setiap individu yang mukallaf dan berkemampuan.Sunat jika mengulanginya.

4

Dalil Naqli Haji dan Umrah:

Surah Al- Baqarah ayat 196 yang bermaksud - " dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah ."


5

Syarat wajib haji dan umrah :

1.Islam - tidak diwajibkan kepada orang kafir.

2.Baligh - cukup umur dan tidak wajib kepada kanak-kanak.

3.Berakal- waras dan tidak wajib kepada orang gila.

4.Merdeka - tidak wajib kepada hamba.

5.Berkemampuan (Istataah) -mampu dari segi kesihatan,kewangan

dan keselamatan.

6

Rukun Haji:

1.Niat mengerjakan haji

2.Wukuf di Arafah

3.Tawaf di Kaabah

4.Saie di antara Safa dan Marwa

5.Bercukur atau bergunting rambut

6.Tertib

7

Rukun Umrah:

1.Niat mengerjakan umrah

2.Tawaf di Kaabah

3.Saie di antara Safa dan Marwa

4.Bercukur atau bergunting rambut

5.Tertib

8

Perkara Wajib Haji:

1.Niat ihram di Mikat (Zamani dan Makani)

2.Bermalam di Muzdalifah

3.Melontar 7 biji anak batu di Jamrah Aqabah

4.Bermalam di Mina

5.Melontar 7 anak batu di ketiga-tiga Jamrah( Ula,Wusta dan Aqabah)

6.Menjauhi larangan ihram

9

Perkara Wajib Umrah:

1.Niat ihram di Mikat (Zamani dan Makani)

2.Menjauhi larangan ihram.

10

Larangan sewaktu berihram Haji dan Umrah:

1.Menyapu minyak rambut

2.Mencabut bulu atau rambut

3.Memotong kuku

4.Berwangi-wangian sama ada pada pakaian,badan atau menghidunya

5.Memakai pakaian berjahit atau bercantum bagi kaum lelaki

6.Menutup kepala bagi kaum lelaki

11


7.Menutup muka bagi kaum wanita

8.Memakai sarung tangan bagi kaum wanita

9.Memburu binatang buruan darat

10.Memotong atau merosakkan tumbuhan

11.Berkahwin, mengahwinkan atau menjadi wakil untuk menerima nikah

12.Melakukan perbuatan meransangkan syahwat

13.Persetubuhan suami isteri

HAJI DAN UMRAH

Maksud Haji : dari segi bahasa ertinya tujuan dan maksud.Manakala dari segi istilah pula ialah mengunjungi Baitullah pada bulan -bulan haji untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 11

SLIDE