
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 5 2021
Presentation
•
Physical Ed
•
5th Grade
•
Hard

Mohd Zaini Morad
Used 3+ times
FREE Resource
9 Slides • 0 Questions
1
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 5 2021
PERGERAKAN BERIRAMA
2
TARIAN BHANGRA DAN FARAPEIRRA
Tarian Bhangra dan Farapeirra merupakan tarian tradisional yang mendedahkan murid kepada kepelbagaian budaya serta kaum di Malaysia. Aktiviti tarian ini melibatkan elemen-elemen pergerakan fizikal yang merangkumi kesedaran ruang dan hubungan berpasukan dalam menghasilkan kreativiti pergerakan mengikut aluan muzik. Kedua-dua tarian ini membolehkan seseorang murid memperkayakan kemahiran berfikir dan pergerakan yang kreatif. Penghayatan tarian juga membantu murid untuk meningkatkan kemahiran pergerakan fizikal, emosi dan sosial.
Pergerakan kreatif daripada tarian-tarian ini juga membantu meningkatkan kecergasan fizikal seperti meningkatkan komponen-komponen ketangkasan, koordinasi, ketahanan, kekuatan, masa reaksi, kelenturan, imbangan dan lain-lain.
Tarian-tarian ini melibatkan pelbagai pergerakan fizikal mengikut tempo muzik yang dimainkan. Alunan muzik yang pelbagai tempo ini melibatkan variasi pergerakan perlahan dan cepat yang boleh menjana kecergasan fizikal pelajar. Menurut Zubir Mohd Yunus (2018), tarian Bhangra boleh menjadi platform senaman aerobik yang boleh membantu meningkatkan stamina
mereka yang melakukannya. Tarian-tarian ini ditarikan bukan sahaja dalam kalangan komuniti Sikh dan Portugis, malahan komuniti-komuniti lain di Malaysia seperti Melayu, India, Cina dan lain-lain bangsa. Menurut Zainah Ismail (2019) yang merupakan juru tari tarian Farapeirra, penari-penari beliau terdiri daripada murid-murid Melayu dan India, malahan pergerakan tarian yang ditarikan diubah suai dengan pengaruh budaya Malaysia di samping mengekalkan konsep tradisionalnya.
3
TARIAN BHANGRA
4
TARIAN BHANGRA
Bhangra merupakan tarian yang diiringi dengan irama muzik rakyat dalam komuniti Sikh di Malaysia. Tarian ini berasal dari Punjab, India. Asalnya tarian Bhangra ialah tarian pesta menuai dan kini menjadi sebahagian persembahan sewaktu keramaian sosial seperti perayaan Vasakhi, perkahwinan dan majlis-majlis korporat yang diiringi dengan nyanyian serta tarian dengan rentak muzik rancak (Zubir Mohd Yunus, 2018). Menurut Singh, K. (2018), rentak muzik rancak tarian Bhangra boleh meningkatkan Kadar Nadi Latihan (KNL) antara 70% hingga 80% dari Kadar Nadi Maksimum (KNM), manakala rentak muzik yang perlahan boleh menurunkan KNL ke 30% dari KNM. Rentak perlahan ini juga sering digunakan untuk aktiviti memanaskan badan dan pemulihan selepas tarian.
5
KEMAHIRAN ASAS TARIAN BHANGRA
Single Dhammal
1 Kedua-dua jari telunjuk murid perlu menyentuh bahagian hujung ibu jari kanan dan kiri seolah-olah murid menunjukkan angka tiga.
2 Fleksi siku di paras bahu dan kaki kanan dinaikkan lebih kurang 90°.
3 Pergerakan kaki kanan diselang-seli dengan pergerakan kaki kiri.
4 Serentak dengan pergerakan itu, murid perlu menggerakkan bahu ke atas dan ke bawah mengikut rentak muzik.
6
PUNJAB
1 Gerakan dimulakan dengan mengangkat kedua-dua tangan pada aras bahu dengan fleksi siku ke sisi sambil mengangkat kaki kanan pada aras 90°
2 Jari dikedua-dua belah tangan irapatkan
3 Bahu dan kedua-dua tangan murid digerakkan mengikut rentak muzik sementara kaki kanan diturunkan berselang-seli secara menyilang sehingga menyentuh lantai.
..4 Pergerakan ini perlu dilakukan dengan pantas, tersusun dan diselang-seli dengan kaki kiri dan kanan.
7
Single Chaffa
1. Mulakan dengan fleksi lutut kiri ke belakang. Serentak dengan itu, kedua-dua tangan digenggam dan lurus ke bawah dengan kedudukannya sedikit di belakang badan.
2 Lakukan pergerakan kedua-dua tangan dan kaki kiri secara serentak, iaitu kaki kiri dilunjurkan ke hadapan dengan kedua-dua genggaman tangan dibuka seperti menabur benih tanaman.
3 Ulangi pergerakan sama di sebelah kanan, tetapi kedua-dua siku fleksi di aras bahu. Kemudian kedua-dua genggaman tangan dibuka seperti melempar benih tanaman.
4 Setiap bahagian diulangi dengan dua kali pergerakan mengikut rentak muzik.
8
Dhammal Snaps
1. Fleksi lutut kanan di aras kedudukan lebih kurang 45o.
2. Tangan kiri pula diangkat di aras bahu dengan fleksi siku manakala tangan kanan berada pada kedudukan yang menyilang pada aras dada.
3. Kedua-dua belah tangan berada dalam keadaan memetik jari (snap).
4. Ikut rentak muzik yang dipasang dan lakukan pergerakan ini. Ulang langkah 1 hingga 3 bagi pergerakan lutut kiri fleksi ke belakang dengan siku kanan fleksi di aras bahu dan tangan kiri menyilang pada aras dada.
9
PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 5 2021
PERGERAKAN BERIRAMA
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 9
SLIDE
Similar Resources on Wayground
7 questions
KERAGAMAN BUDAYA DI INDONESIA
Presentation
•
5th Grade
7 questions
Organ Gerak Hewan
Presentation
•
5th Grade
9 questions
Bab 8: Lokus dalam dua dimensi(pengenalan)
Presentation
•
5th Grade
9 questions
TEMA 1 SUBTEMA 1 (IPA)
Presentation
•
5th Grade
9 questions
Muzik Tahun 5 (m/s 7)
Presentation
•
5th Grade
10 questions
Tema03_ST03_PB03-04
Presentation
•
5th Grade
10 questions
SBdP - Pola Lantai dan Tarian
Presentation
•
5th Grade
6 questions
quiz PJOK Kelas 5
Presentation
•
5th Grade
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Physical Ed
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Lab Safety
Quiz
•
5th - 8th Grade
20 questions
Mixtures and Solutions Practice
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Soup, Salad, or Sandwich?
Quiz
•
1st Grade - Professio...