Search Header Logo
(LESSON) PSV Tingkatan 5 Bab 3 Seni Catan part 2

(LESSON) PSV Tingkatan 5 Bab 3 Seni Catan part 2

Assessment

Presentation

Arts

8th Grade

Hard

Created by

MOHAMAD Moe

Used 3+ times

FREE Resource

13 Slides • 0 Questions

1

PSV Tingkatan 5 Bab 3 Seni Catan part 2


Slide image

2

EKSPRESIONISME ABSTRAK: 1943 hingga 1965

  • Ekspresionisme Abstrak ialah gerakan seni yang muncul selepas Perang Dunia Kedua pada sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an.

  • Aliran ini berkembang di Amerika Syarikat dan menular ke seluruh dunia. Gerakan ini berpusat di New York.

  • Istilah Ekspresionisme Abstrak (Abstract Expressionism) ini pertama kali digunakan dalam seni Amerika pada tahun 1946 oleh pengkritik seni, Robert Coates.

3

EKSPRESIONISME ABSTRAK: 1943 hingga 1965

  • Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah Arshile Gorky, Willem de Kooning, Jackson Pollock, Mark Rothko, Barnett Newman, Philip Guston dan Clyfford Still.

  • Penghasilan karya aliran ini biasanya menggunakan berus yang besar dan sapuan yang kasar.

  • Mereka menggunakan warna terus dari bekas cat. Titisan, percikan dan lelehan cat secara spontan ialah ciri-ciri utama aliran ini.

  • Hal benda yang menjadi fokus karya mereka berbentuk abstrak. Luahan emosi berdasarkan kesedaran bawah minda.

4

Arshile Gorky

  • Dilahirkan pada 15 April 1904 di Khorkom, Turki.

  • Nama sebenar ialah Vostanik Manoug Adoian.

  • Contoh catan beliau yang terkenal ialah How My Mother’s Embroidered Apron Unfolds in My Life (1944).

Slide image

5

Slide image

Arshile Gorky, How My Mother’s Embroidered Apron Unfolds in My Life, 1944, cat minyak

6

SENI POP: 1950-an hingga 1970-an

  • Seni Pop merupakan sebuah gerakan seni yang muncul di England dan Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1950-an.

  • Seni Pop dianggap sebagai reaksi kepada aliran Ekspresionisme Abstrak apabila mereka menggunakan imej bergambar dan teknik hard-edge serta fotografi.

  • Robert Rauschenberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis Seni Pop yang terawal. Pelukis-pelukis lain aliran ini ialah Andy Warhol, David Hockney, Roy Lichtenstein, James Rosenquist, Richard Hamilton, Peter Blake dan Allen Jones.

7

SENI POP: 1950-an hingga 1970-an

  • Karya aliran Seni Pop ini biasanya menggunakan warna primer, warna kontras dan terang.

  • Ciri-ciri utama karya Seni Pop ialah gabungan foto dan simbol untuk menyampaikan mesej pengkarya. Catan aliran seni ini sering kali menggunakan teks berukuran besar dengan sapuan berus yang tebal.

  • Sumber tema aliran ini diperoleh daripada budaya popular dan dunia pengiklanan.

  • Artis Seni Pop memberikan fokus kepada imej-imej biasa budaya popular seperti billboards, komik daripada lukisan, pengiklanan majalah dan produk pasar raya.

8

Andy Warhol

  • Dilahirkan pada 6 Ogos 1928 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.

  • Memulakan kerjayanya sebagai pelukis iklan, sebelum beralih ke seni halus.

  • Contoh karya catan beliau yang terkenal ialah Turquoise Marilyn (1964), Michael Jackson Green (1984) dan Campbell’s Soup I (1968)

Slide image

9

Slide image

Andy Warhol, Richard Weisman, 1985, cat akrilik dan dakwat cetakan saring sutera

10

SENI OP: 1964 hingga kini

  • Aliran Seni Op muncul pada tahun 1964 yang dikaitkan dengan ilusi optikal.

  • Seni Op yang lahir dan berkembang di Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1960-an itu juga dianggap sebagai reaksi kepada ‘action painting’.

  • Contoh pelukis Seni Op ialah Victor Vasarely, Julian Stanczak, Bridget Riley, Carlos Cruz-Diez, Marina Apollonio, Carol Brown Goldberg, Peter Sedgley, Richard Allen, Josef Albers. Richard Anuszkiewicz dan Richard Caldicott.

11

SENI OP: 1964 hingga kini

  • Pemilihan garisan, warna dan bentuk dilakukan dengan cermat untuk mendapatkan kesan yang maksimum dalam penghasilan karya Seni Op..

  • Mereka menghasilkan karya tiga dimensi (3D) daripada permukaan dua dimensi (2D) dengan menampakkan unsur ruang dan prinsip pergerakan.

  • Kebanyakan karya ini menggunakan rupa geometri untuk menghasilkan ilusi pergerakan melalui penggunaan warna dan corak geometri.

  • Imej yang dihasilkan memberikan kesan kepada penglihatan penonton.

12

Victor Vasarely

  • Dilahirkan pada 9 April 1906 di Pécs, Austria - Hungary.

  • Merupakan antara pelukis utama aliran Seni Op.

  • Contoh catan beliau yang terkenal ialah Uyte (1991), VEGA-Or (1969), Stri Dio Nr. P. 873 (1970)

    dan A Black (1989).

Slide image

13

Slide image

Victor Vasarely, Xanor, 1979, cat akrilik

PSV Tingkatan 5 Bab 3 Seni Catan part 2


Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 13

SLIDE