Search Header Logo
(LESSON) PSV Tingkatan 4 Bab 2 Seni lukisan part 2

(LESSON) PSV Tingkatan 4 Bab 2 Seni lukisan part 2

Assessment

Presentation

Arts

9th Grade

Hard

Created by

MOHAMAD Moe

Used 6+ times

FREE Resource

21 Slides • 0 Questions

1

PSV Tingkatan 4 Bab 2 Seni lukisan part 2

Slide image

2

1782 Romantisisme

  • Aliran Romantisisme ini muncul di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19.

  • Karya aliran ini menampilkan lukisan yang bersifat romantik seperti sebuah tragedi, sejarah dan pemandangan alam semula jadi.

  • Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah Francisco Goya, William Blake dan Caspar David Friedrich.

3

1782 Romantisisme

  • Aliran seni Romantisisme ini memberi tumpuan kepada emosi dan suasana termasuk kerohanian, imaginasi, misteri dan semangat..

  • Hal bendanya berbeza-beza termasuk landskap, agama, revolusi dan keindahan yang tenang serta damai.

  • Media yang digunakan adalah seperti pastel, kapur, arang, pen dan dakwat.

  • Teknik yang digunakan ialah garisan selari (hatching),

    silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.

4

1782 Romantisisme

  • Kebanyakan bentuk lukisan aliran ini dihasilkan melalui idea dalaman.

  • Pelukis lebih cenderung kepada sesuatu yang ideal, bukannya nyata.

  • Tema karya yang dihasilkan lebih fokus kepada kesengsaraan, pemerintahan beraja dan kejatuhan gereja.

5

Francisco Goya (1746-1828)

  • Dilahirkan pada 30 Mac 1746 di Aragon, Sepanyol.

  • Dianggap sebagai pelukis penting aliran ini pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.

  • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Girl Listening to a Guitar (1797-1799), Portrait of Javier Goya, the Artist's Son (1824) dan Josefa Bayeu (1805).

Slide image

6

Slide image

Francisco Goya, Girl Listening to a Guitar, 1797-1799, dakwat dan wash

7

1820 Naturalisme

  • Aliran ini bermula pada awal abad ke-19. Kebanyakan karya aliran ini ialah lukisan landskap.

  • Walaupun karya tersebut menggambarkan figura manusia, namun fokusnya ialah pemandangan semula jadi yang mengelilingi figura tersebut.

  • Contoh pelukis aliran ini ialah John Constable, Jules Bastien-Lepage dan Christian Wilhelm Allers.

8

1820 Naturalisme

  • Gaya aliran ini lebih menekankan seni lukisan berbentuk imitasi dengan meniru alam semula jadi dan manusia setepat yang mungkin.

  • Hasil karya mereka seolah-olah seperti gambar foto.

  • Media yang digunakan ialah pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat.

  • Teknik yang biasa digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.

9

1820 Naturalisme

  • Kebanyakan lukisan ini bertemakan alam semula jadi.

  • Pelukis lebih mementingkan teknik dalam penghasilan sesuatu lukisan berbanding hal benda yang dilukis..

10

John Constable (1776-1837)

  • Dilahirkan pada 11 Jun 1776 di Suffolk, England.

  • Pelukis landskap yang terkenal.

  • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Beached Fishing Boats with Fishermen Mending Nets on the Beach at Brighton,

    Looking West.

Slide image

11

Slide image

John Constable, The Cottage in the Lane, 1827, pen, dakwat dan wash

12

1840 Realisme

  • Aliran Realisme ialah gerakan artistik yang bermula di Perancis pada pertengahan abad ke-19 hingga akhir abad ke-19, selepas Revolusi 1848.

  • Aliran ini lahir sebagai reaksi terhadap prinsip-prinsip Neoklasisisme dan Romantisisme.

  • Contoh pelukis aliran ini ialah Jean-Baptiste-Camille Corot, Édouard Manet, James Jacques Joseph Tissot dan Honorē Daumier.

13

1840 Realisme

  • Lukisan yang dihasilkan merupakan gambaran sebenar alam semula jadi atau manusia tanpa tokok tambah.

  • Media yang sering digunakan ialah pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat.

  • Teknik yang digunakan pula ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.

14

1840 Realisme

  • Kebanyakan pelukis aliran ini menampilkan lukisan bentuk representasi landskap dan kehidupan sebenar.

  • Mereka menggambarkan hal benda yang wujud dalam kehidupan.

  • Terdapat juga hasil karya yang berbentuk sindiran untuk memberikan kesedaran politik dan sosial kepada masyarakat.

15

Jean-Baptiste-Camille Corot (1796-1875)

  • Dilahirkan pada 16 Julai 1796 di Montauban, Perancis.

  • Beliau pernah memenangi Prix de Rome untuk lukisan beliau bertajuk Study of a Beech Tree.

  • Lukisan yang lain ialah Paysage avec une Femme Agenouillée, Study of Saint Sebastian (1852),

Slide image

16

Slide image

Jean-Baptiste-Camille Corot, Willow and White Poplars, 1865-1872, pensel dan krayon

17

1860 Impresionisme

  • Aliran Impresionisme ialah salah satu aliran seni terpenting menjelang abad ke-19. Impresionisme lahir daripada sekumpulan pelukis muda di Paris pada tahun 1860-an.

  • Pada pertengahan abad ke-19, easel yang lebih dikenali sebagai ‘French box easel’ telah dicipta.

  • kebanyakan karya aliran ini dihasilkan di luar bangunan atau di kawasan terbuka (en plein air).

18

1860 Impresionisme

  • Pelukis aliran ini memberi fokus kepada cahaya dan kesan objek yang dilihat.

  • Mereka sangat teliti berkaitan dengan pantulan cahaya untuk diterapkan di dalam lukisan.

  • Media yang digunakan seperti pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat.

  • Teknik yang sering digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.

19

1860 Impresionisme

  • Hasil karya lukisan aliran ini umumnya menekankan hal benda yang melibatkan landskap dan figura manusia.

  • Landskap Impresionisme banyak menggambarkan gaya hidup moden seharian.

20

Mary Cassatt (1844-1926)

  • Dilahirkan pada 22 Mei 1844 di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

  • Hal benda yang menjadi pilihannya ialah ibu dan anak serta wanita.

  • Pelukis wanita yang menonjol pada akhir abad ke-19.

Slide image

21

Slide image

Mary Cassatt, Nurse Reading to a Little Girl, 1895, pastel

PSV Tingkatan 4 Bab 2 Seni lukisan part 2

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 21

SLIDE