Search Header Logo
BAB 2 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

BAB 2 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

Assessment

Presentation

History

1st Grade - University

Medium

Created by

ANDREW KIEW SIENG SING

Used 54+ times

FREE Resource

17 Slides • 12 Questions

1

BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME

2.3 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

Slide image

2

Objektif Pembelajaran


Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:

ØMenerangkan perkembangan idea nasionalisme di Asia

3

Pendahuluan

Perkembangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisme di Barat kesan daripada pertembungan yang berlaku dengan bangsa Eropah. Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme seperti di India, China, Mesir, empayar Uthmaniyah dan Jepun.

4

Nasionalisme di India

  • Merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British- Dahagi India 1857 merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India

  • Faktor kebangkitan nasionalisme India: menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan dan perkembangan pendidikan Barat

  • Bagaimana: Menubuhkan pertubuhan politik untuk menyuarakan pandangan seperti Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress (INC) yang dibentuk pada tahun 1885 dan Liga Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1906.

5

Perkembangan Nasionalisme di India

  •  awal abad ke-20, muncul gerakan bersifat keras  yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal. Mereka menggerakkan semangat penentangan secara militan terhadap British

  • Selepas Perang Dunia Pertama, INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British. Tindakan ini diterajui oleh Mahatma Gandhi yang menjadikan satyagraha sebagai pegangan. Satyagraha bermaksud berpegang teguh kepada kebenaran.

  • India mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Ogos 1947. Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India.

6

Slide image

7

Multiple Choice

Dalam kebangkitan nasionalisme di India, satu peristiwa telah berlaku yang menjadi titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.

1

Satyagraha

2

Dahagi India

3

Gerakan Islah

4

Gerakan Propaganda

8

Multiple Choice

Pada awal abad ke 20, nasionalisme di India bersifat lebih radikal kerana muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal.


Mengapakah ianya dikatakan radikal?

1

Mereka menggerakkan penentangan secara militan

2

Mereka menggerakkan penentangan secara gerila

3

Mereka bergerak secara senyap

4

Mereka menubuhkan gerakan secara haram

9

Multiple Choice

Apakah maksud satyagraha?

1

Berpegang teguh kepada kebenaran

2

Pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi atau askar upahan

3

Sikap yang sanggup menanggung risiko dan sanggup berkorban

10

Multiple Choice

Siapakah nama Perdana Menteri India yang pertama?

1

Mahatma Gandhi

2

Muhammad Ali Jinnah

3

Jawaharlal Nehru

11

Nasionalisme di China

  • Faktor Perkembangan Nasionalisme: mengukuhkan peradaban China daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.  

  • Perkembangan Nasionalisme:

  • Pada Peringkat awal, Penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (kerajaan Manchuria) yang dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat.

  • seterusnya bercorak anti-Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di China.

12

Nasionalisme di China

Tokoh mempelopori Gerakan:  Dr. Sun Yat Sen.


Ideologi Perjuangan:  Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.


kejayaan: Tahun 1911, berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan kemunculan pemerintahan republik di China.

13

Slide image

14

Multiple Choice

Siapakah nama tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?

1

San Min Chu-i

2

Sun Yat Sen

3

Lao Tze

4

Aung San

15

Multiple Choice

Antara berikut, yang manakah bukan pendukung dalam Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)?

1

Kebebasan

2

nasionalisme,

3

demokrasi

4

kebajikan sosial

16

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

Nasionalisme empayar Uthmaniyah dan Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19.


Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.

17

Gerakan Islah 

Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam.


Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.


gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan. 

18

Gerakan Pan-Islamisme

seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat. 


Pemerintah empayar Uthmaniyah, iaitu Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme ini


Tahun 1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat bangkit berjuang bersama-sama dengan empayar Uthmaniyah.

19

Slide image

20

Multiple Choice

Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Gerakan ini telah dipelopori oleh...

1

Sheikh Muhammad Abduh

2

Khalifah Abdul Hamid II

3

Soekarno

4

Muhammad Ali Jinnah

21

Multiple Choice

Apakah seruan Gerakan Islah terhadap Umat Islam?

1

berpegang pada ajaran Islam yang sebenar

2

berpegang kepada ajaran raja

3

berpegang kepada kebebasan,

4

berpegang kepada prinsip demokrasi

22

Multiple Choice

Gerakan Pan-Islamisme telah muncul di empayar Uthmaniyah. Apakah tujuan gerakan tersebut ditubuhkan?

1

Memperbaiki akidah umat Islam

2

Membendung sekularisme oleh penjajahan Barat

3

Menyeru umat Islam bersatu dan bangkit menentang kuasa Barat

4

Memulihkan Islam daripada dicemari oleh sentimen Barat

23

Nasionalisme di Jepun

Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. contohnya, Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun 


Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme (Semangat bushido ialah sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara. )


kejayaan: Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20.

24

Slide image

25

Multiple Choice

Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialis Barat.


Siapakah nama Maharaja yang telah melancarkan gerakan pembaharuan tersebut?

1

Maharaja Meiji

2

Maharaja Showa

3

Maharaja Taisho

4

Maharaja Akihito

26

Multiple Choice

Prinsip dan semangat __________ dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa era pemulihan Jepun.


Apakah semangat yang dimaksudkan?

1

Samurai

2

Banzai

3

Bushido

4

Kimigayo

27

kesimpulan

Nasionalisme di Asia merupakan gerakan untuk menamatkan penjajahan kuasa asing dan menuntut perubahan politik seiring dengan pembinaan negara bangsa. Contohnya, di India, Mesir dan China.


Nasionalisme juga berlaku dalam bentuk gerakan pembaharuan dalam negara untuk mengekalkan kedaulatan seperti yang telah berlaku di empayar Uthmaniyah dan Jepun.


Kita sewajarnya mengambil iktibar untuk sentiasa berwaspada terhadap anasir asing yang boleh menjejaskan kedaulatan bangsa dan negara.

28

APLIKASI KBAT CAKNA MINDAAPLIKASI KBAT CAKNA MINDA


Sejauhmanakah nasionalisme di Asia mempengaruhi perkembangan nasionalisme di negara kita?


29

Poll

Penilaian kendiri

saya sudah faham dan menguasai topik pembelajaran hari ini

saya masih perlu bimbingan guru untuk menguasai topik pemebelajaran hari ini

BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME

2.3 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 29

SLIDE