

Co Abilities M1 - 2/3
Presentation
•
Special Education
•
KG - Professional Development
•
Hard
CIKGU AZRUL
Used 1+ times
FREE Resource
35 Slides • 16 Questions
1
Co Abilities M1 - 2/3
KOMUNIKASI LISAN

2
1. Komunikasi Oral
Komunikasi lisan terbahagi dua, iaitu komunikasi oral dan komunikasi bertulis.
Komunikasi oral bermaksud komunikasi melalui pertuturan atau perbualan langsung. Ia lebih bersifat semula jadi dan komen/pernyataan boleh dijawab dengan segera. Komunikasi oral memerlukan kemahiran dalam diri penutur dan pendengar untuk memberi tindak balas kepada bahasa gerak-geri masing-masing. Mereka juga perlu mahir menjawab secara spontan.
3
1.1 Bentuk komunikasi oral
Terdapat tujuh bentuk komunikasi oral yang lazim, iaitu :
i) Komunikasi intrapersonal ialah pertuturan dalam diri sendiri (pertuturan dalam hati) dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh, apabila kita perlu membuat keputusan penting atau mempelajari sesuai tentang diri sendiri. Komunikasi intrapersonal merupakan satu bentuk pemikiran dalaman yang menggunakan bahasa untuk meluahkan pemikiran. Selalunya ia meningkatkan kesedaran diri sendiri dan mengasah kemahiran berfikir.
4
i) Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara beberapa individu. Bentuk komunikasi ini mungkin meliputi konteks tidak peribadi hingga ke konteks sangat peribadi.
Komunikasi tidak peribadi ialah ketika perbualan itu berlangsung dengan individu yang tiada hubungan peribadi. Komunikasi peribadi pula biasanya berlaku dengan rakan baik, ahli keluarga dan rakan sekerja. Komunikasi interpersonal boleh berlangsung secara berhadapan mahupun melalui saluran media elektronik seperti persidangan video, ruang sembang,emel dan Twitter.
5
Komunikasi dalam kumpulan kecil biasanya melibatkan 5 hingga 10 orang.
Bentuk komunikasi seperti ini lebih kepada memenuhi keperluan hubungan (seperti hubungan persahabatan, keluarga dan hubungan intim) serta dalam situasi yang berbangkit seperti untuk menentukan tindakan disiplin atau menyelesaikan konflik.
Dalam situasi tersebut, akan wujud peluang bertukar fikiran, menyelesaikan masalah dan perkongsian pengalaman. Di tempat kerja, kumpulan kecil bertemu untuk membincangkan isu berkaitan kerja, menyelesaikan masalah, atau untuk tujuan membina pasukan.
6
iv) Komunikasi awam juga dikenali sebagai pengucapan awam, dan melibatkan komunikasi antara seorang penceramah dengan khalayak.
Khalayak ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sahaja, atau berjumlah ribuan malah jutaan pendengar. Matlamat penceramah biasanya untuk memberitahu atau memujuk khalayak untuk bertindak,membeli atau berfikir mengikut keadaan tertentu. Misalnya, seorang guru menerangkan tentang kod tatasusila atau peraturan sekolah di perhimpunan, atau seorang ahli politik membuat ucapan tentang bagaimana dia akan menangani sesuatu isu untuk memenangi undi. Seorang eksekutif pula mungkin membuat pembentangan perniagaan untuk mendapatkan jualan yang tinggi.
7
v) Komunikasi massa ialah komunikasi yang disebarkan daripada satu sumber kepada penerima / pendengar yang ramai diseluruh dunia. Biasanya ia berlaku melalui media seperti filem,radio,video dan televisyen. Saluran moden komunikasi massa seperti Internet dan blog boleh menjadi sangat berkesan dan berkuasa kerana maklumat tersebar secara serta-merta.
8
vi) Komunikasi korporat ialah komunikasi yang berlaku antara ahli dalam sesebuah organisasi. Perhubungan sesama kumpulan, persidangan bersama rakan sekerja, perbualan dengan penyelia atau pengurus, memberi penerangan dan arahan kepada pekerja, temuduga dan membuat pembentangan adalah antara contoh-contoh komunikasi korporat.
9
vii) Komunikasi antara budaya adalah komunikasi antara individu yang berbeza budaya dan etniknya. Dunia semakin menjadi perkampungan global dan setiap negara mempunyai rakyat dari berbilang kumpulan etnik. Oleh itu, amatlah penting untuk mengenal pasti perbezaan amalan komunikasi budaya yang berlainan jika ingin mengekalkan keharmonian dan persefahaman antara budaya dan bangsa yang pelbagai
Misalnya, di kebanyakan negara Asia, pelajar-pelajar akan jarang bercanggah atau tidak bersetuju pendapat dengan guru mereka kerana perbuatan itu dianggap biadap. Di negara barat pula, ia merupakan suatu yang normal untuk pelajar-pelajar melibatkan guru mereka dalam perdebatan dan perbincangan. Mengenali dan menghormati amalan komunikasi budaya bangsa yang berbeza sangatlah penting.
10
2. Bahasa dan Format yang Sesuai
Untuk menghasilkan komunikasi berkesan, perlu mengambil kira khalayak yang menjadi sasaran. Di tempat kerja, harus sentiasa memastikan supaya menggunakan bentuk bahasa yang sesuai ketika berkomunikasi. Pastikan sentiasa bertutur dengan sopan untuk memupuk persefahaman dengan semua orang dalam apa jua bentuk komunikasi
11
2.1 Bertutur dalam bentuk yang ringkas jika boleh. Elakkan bercakap dengan panjang lebar atau menggunakan kata-kata yang sukar dan tidak perlu. Gunakan ungkapan yang jelas untuk mengelakkan sukar difahami
2.2 Gunakan format yang sesuai. Setiap organisasi menggunakan bentuk sapaan, atau ungkapan tertentu, atau menganggap sesetengah bentuk komunikasi lebih sesuai daripada bentuk lain untuk tujuan tertentu. Pelajarilah cara menggunakan format-format ini dengan betul.
12
3. Kaedah Asas Komunikasi
Pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan bergantung pada situasi tertentu. Sesetengah bentuk komunikasi berguna dan sesuai digunakan dalam sesuatu situasi, tetapi tidak semestinya dianggap sesuai dan beretika dalam situasi yang lain.
Sebagai contoh, apabila seseorang pekerja ingin melaporkan kepada ketuanya, dia perlu memberikan laporan menggunakan format dan tatabahasa yang formal serta data yang realistik. Tidak profesional sekiranya membuat nota di halaman Facebook ketuanya, kerana Facebook ialah media sosial yang tidak formal dan tidak sesuai untuk perbincangan rasmi. Semasa bekerja, amat penting bagi kita menggunakan kaedah komunikasi yang sesuai pada setiap masa
13
3.1 Kaedah komunikasi oral
i) Komunikasi oral atau secara pertuturan boleh dibuat melalui media berikut :
a) Perbualan bersemuka
b) Perbualan telefon
c) Temuduga
d) Persembahan
e) Perbincangan
f) Mesyuarat
14
g) Ceramah
h) Ucapan
i) Video melalui telefon
j) Persidangan video (gabungan audio dan video)
k) Fail media digital (Podcast, iaitu klip audio yang boleh diakses di internet)
l) Protokol penyuaraan Internet (VOIP), misalnya Skype.
15
3.2 Komunikasi bertutur
i) Kelebihan komunikasi oral
Wujudnya kefahaman dan ketelusan yang tinggi dalam komunikasi melalui pertuturan kerana ia antara perorangan.
Tiada elemen tegar dalam pertuturan. Pertuturan bersifat fleksibel dan membenarkan perubahan dalam keputusan yang telah diambil.
Maklum balas berlaku secara spontan dalam pertuturan. Maka keputusan boleh dibuat tanpa bertangguh
Pertuturan bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan wang dan tenaga
16
Pertuturan ialah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Konflik dapat diselesaikan melalui perbincangan
Pertuturan ialah elemen terpenting dalam semangat berpasukan.
Pertuturan menggalakkan sikap terbuka dan merangsang semangat sesama pekerja dalam organisasi.
Pertuturan merupakan cara terbaik untuk menyampaikan maklumat/hal sulit dan peribadi
17
ii. Kelemahan/kekangan komunikasi oral
Bergantung hanya kepada pertuturan mungkin tidak memadai dalam komunikasi perniagaan kerana ini memerlukan komunikasi yang formal dan terancang
Pertuturan kurang boleh dipercayai daripada komunikasi bertulis kerana ia lebih bersifat tidak formal dan kurang tersusun
Pertuturan dalam interaksi harian menjimatkan masa, tetapi dalam mesyuarat, ucapan yang panjang mengambil masa dan ada kalanya tidak produktif
Pertuturan tidak mudah dikekalkan dan berubah-ubah sifatnya
18
Kemungkinan timbul salah faham jika maklumat yang diperlukan tidak lengkap.
Memerlukan perhatian dan sikap terbuka penerima atau khalayak.
Pertuturan (seperti ucapan) tidak sah digunakan sebagai rekod undang- undang kecuali dalam kerja penyiasatan
19
3.3 Komunikasi bertulis
Bentuk bertulis lebih sesuai digunakan apabila maklumat terperinci perlu disediakan, seperti maklumat angka dan fakta. Jenis komunikasi bertulis di tempat kerja adalah seperti berikut:
i) Surat
i) Pekeliling
ii) Memo
iii) Notis
iv) Laporan
v) Minit mesyuarat
vi) E-mel
20
4. Bahasa Gerak-Geri dan Gerak Isyarat
Senyuman, gerak isyarat dan pergerakan badan tertentu menghantar mesej kepada orang di sekeliling anda. Inilah yang dinamakan bahasa gerak-geri.
Bahasa gerak-geri akan mempengaruhi pandangan orang lain tentang kita. Begitu juga pandangan kita sendiri tentang orang lain atau ‘angin’ (mood) mereka akan dipengaruhi oleh bahasa gerak-geri mereka.
21
4.1 Bahasa gerak-geri dan gerak isyarat boleh memberi petunjuk dan maklumat tambahan dan makna melebihi pertuturan. Ia boleh:
Mengukuhkan atau mengubah suai apa yang dikatakan.Sebagai contoh, orang mungkin mengangguk kepala mereka apabila berkata "Ya" untuk menekankan bahawa mereka bersetuju dengan orang lain.
Menyampaikan maklumat mengenai keadaan emosi seseorang.
Menentukan atau mengukuhkan hubungan antara beberapa orang.
Memberi maklum balas kepada seseorang.
Mengawal aliran komunikasi, contohnya dengan isyarat kepada orang lain bahawa mereka telah selesai berbicara atau ingin mengatakan sesuatu
22
4.2 Mentafsir bahasa gerak-geri dan isyarat tidak mudah.Ia dipengaruhi oleh konteks ketika ia berlaku. Contoh anggukan kepala antara rakan sekerja dalam mesyuarat membawa maksud tertentu. tetapi, isyarat yang sama mungkin membawa maksud berbeza apabila digunakan dalam menyapa seseorang . Budaya juga memainkan peranan penting dalam mentafsirkan bahasa gerak-geri dan gerak isyarat
23
4.3 Bahasa gerak-geri ada yang positif dan negatif, bergantung postur, kedudukan atau posisi badan kita
i) Postur terbuka
biasanya menyampaikan sifat terbuka, serta kesediaan mendengar atau memberi perhatian kepada orang lain. Contoh postur terbuka ialah duduk dengan kedua-dua tangan diletakkan di atas tempat sandaran tangan kerusi ketika menghadap seseorang.
ii) Postur tertutup
menandakan rasa tidak selesa atau tidak berminat. Contoh postur tertutup duduk dengan tangan atau kakinya bersilang, atau dalam kedudukan yang sedikit menghadap ke arah lain dari orang yang sedang berinteraksi dengannya.
24
Contoh postur tertutup dan terbuka
25
4.5 Bahasa gerak-geri perlu sentiasa positif kerana ia menyampaikan mesej kepada orang yang bercakap dengan kita. Berikut ini ialah beberapa petua :
i) Jangan membongkok atau mengelak orang yang sedang bercakap dengan kita. Badan harus tegak tetapi bukan tegang.
ii) Buat hubungan mata tetapi jangan menjegil.
iii) Angguk sekali-sekala tanda mengiktiraf hal penting dalam perbualan.
iv) Berdiri dengan menggenggam tangan secara longgar di hadapan badan. Jangan menyilang tangan di dada.
v) Jangan bergerak-gerak dengan gelisah.
26
4.6 Pencerminan
Pencerminan ialah peniruan isyarat bukan lisan seseorang yang lain dan biasanya berlaku tanpa disedari
Pencerminan mewujudkan hubungan dan persefahaman yang lebih baik dengan individu yang kita cerminkan. Sebaliknya, orang yang kita cerminkan itu pula akan berasa seperti mempunyai hubungan yang lebih baik dengan kita.
Pencerminan isyarat bukan lisan orang lain menunjukkan kita memberi perhatian kepadanya, dan bersetuju dengan katakatanya
27
Pencerminan
28
5. Cara Penyampaian Maklumat dan Idea
Dalam situasi biasa dan tidak formal, kita mudah bercakap dan tidak teragak-agak berkomunikasi dengan orang lain. Akan tetapi, dalam situasi formal dan rasmi, ramai orang berasa gementar dan tidak mudah bercakap. Bercakap secara berkesan dalam situasi formal memerlukan latihan dan juga amalan, di samping kemahiran
29
5.1 Berikut ialah beberapa petua yang akan membolehkan anda menyampaikan idea dengan jelas:
i) Bahasa yang mudah difahami
Ingatlah bahawa bahasa percakapan seharian boleh mengelirukan orang lain.Gunakan bahasa yang lebih mudah difahami pendengar.
ii) IIlustrasi
Kajiselidik telah membuktikan bahawa lebih 60% orang ramai cenderung memahami maklumat dengan lebih berkesan jika maklumat ini disampaikan dalam bentuk visual. Ilustrasi boleh menarik perhatian pendengar.
30
iii) Idea yang tersusun
Idea yang tersusun akan membolehkan pendengar kekal pada tahap yang sama kerana mereka gemar pada idea yang jelas dan tersusun.
iv) Fokuskan perbincangan kepada perkara utama
Bincangkan perkara yang difikirkan paling penting dan jangan bebankan pendengar dengan maklumat yang tidak perlu.
v) Ringkaskan
Rumusan anda akan menjelaskan maksud anda, dan pendengar akan berupaya mengekalkan maklumat yang telah dibikan.
31
6. Kesedaran Budaya
Sensitiviti budaya bermula dengan pemahaman bahawa terdapat perbezaan antara budaya. Kita perlu mengakui kenyataan bahawa wujudnya perbezaan serta persamaan budaya tanpa menilai perbezaan budaya tersebut (iaitu, mana satu yang lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah).
32
6.1 Mewujudkan kepekaan dan pemahaman tentang kumpulan etnik yang berbeza biasanya melibatkan perubahan sikap dalaman dan nilai-nilai seseorang. Membina kesedaran dan kepekaan memerlukan sifat keterbukaan dan fleksibiliti ketika berhubung dengan orang lain.
6.2 Perlu membiasakan diri dengan ciri-ciri budaya tertentu, sejarah, nilai murni, sistem kepercayaan dan tingkah laku ahli-ahli kumpulan etnik yang lain. Kita tidak boleh belajar segala-galanya tentang budaya lain tetapi kita boleh memupuk kesedaran budaya kita.
33
Berikut adalah beberapa cadangan:
i) Wujudkan kesedaran.Perhatikan sikap pilih kasih dan prejudis sendiri. Sedar akan norma budaya, sikap,kepercayaan dan kepelbagaian nilai.
ii) Jangan biarkan perbezaan budaya (pilihan) menjadi asas kepada kritikan dan pertimbangan.
iii) Wujudkan persahabatan dengan perasaaan saling menghormati dan keinginan untuk memahami.
34
iv) Bersikap jujur dan tunjukkan yang anda ambil berat tentang orang lain dan ikhlas mahu membantu.
v) Ambil masa untuk mendengar. Jika anda tidak faham, atau anda tidak
difahami, ambil masa untuk mengetahui mengapa atau bertanya soalan.
vi) Peroleh pengetahuan mengenai budaya lain dengan menghadiri kelas atau seminar, membaca buku atau menonton filem mengenai budaya lain, dan menghadiri acara kebudayaan / perayaan
35
6.3 Membangunkan sikap kompeten budaya merupakan suatu proses yang berterusan. Penting untuk kita melihat semua orang sebagai individu yang unik dan menyedari bahawa pengalaman, kepercayaan, nilai-nilai dan bahasa mereka mempengaruhi cara berinteraksi dengan orang lain, juga dengan masyarakat yang lebih umum. Kita juga harus sedar bahawa wujud perbezaan wujud dalam budaya. Anggapan bahawa semua ahli sesuatu kumpulan etnik, bahasa atau agama berkongsi satu budaya yang sama adalah tidak tepat.
36
Multiple Select
1. Untuk menghasilkan komunikasi berkesan, perlu mengambil kira
A. komunikasi lisan
B. komunikasi oral
C. kemahiran dalam diri penutur
D. khalayak yang menjadi sasaran
37
Multiple Select
2. Untuk berkomunikasi dengan berkesan, harus menggunakan semua yang berikut KECUALI
A. sapaan yang betul
B. format yang sesuai
C. ungkapan yang sukar
D. tatabahasa yang formal
38
Multiple Select
1. Antara kelebihan komunikasi oral ialah
A. Bersifat tidak formal
B. Berubah-ubah sifatnya
C. Maklum balas berlaku secara spontan
D. Boleh digunakan sebagai bukti dalam penyiasatan
39
Multiple Select
4. Anggukan kepala ialah contoh
A. komunikasi lisan
B. komunikasi oral
C. gerak isyarat
D. bahasa isyarat
40
Multiple Select
5. Apakah contoh postur terbuka?
A. Menyilang tangan di dada
B. Duduk dengan kaki bersilang
C. Duduk dengan tangan bersilang
D. Duduk dengan tangan diletakkan di atas tempat sandaran tangan kerusi
41
Multiple Select
6. Postur tertutup mungkin menandakan
A. seseorang tidak selesa
B. seseorang berasa gembira
C. seseorang berminat mendengar kata-kata penyampai
D. seseorang meniru isyarat bukan lisan orang lain tanpa disedari
42
Multiple Select
7. Komunikasi______ialah komunikasi yang disebarkan daripada satu sumber kepada penerima/pendengar yang ramai diseluruh dunia
oral
massa
tertutup
gerak-geri
43
Multiple Select
8. Komunikasi______adalah komunikasi antara individu yang berbeza budaya dan etniknya.
berbilang bangsa
berbeza jenis
antara budaya
majmuk
44
Multiple Select
9. Komunikasi lisan boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu ______ dan ______
oral, bertulis
bertulis, isyarat
oral, lisan
isyarat, oral
45
Multiple Select
10. Proses komunikasi melibatkan penutur dan pendengar
BETUL
SALAH
46
Multiple Select
11. Maklum balas adalah spontan didalam komunikasi lisan
BETUL
SALAH
47
Multiple Select
12. Percakapan interpersonal adalah percakapan dengan diri sendiri
BETUL
SALAH
48
Multiple Select
13. Bahasa gerak geri dan gerak isyarat adalah komunikasi lisan
BETUL
SALAH
49
Multiple Select
14. Senyuman dan pergerakkan badan adalah sebahagian daripada komunikasi
BETUL
SALAH
50
Multiple Select
15. Komunikasi lisan memerlukan latihan,amalan dan kemahiran supaya mampu bertutur didalam situasi formal
BETUL
SALAH
51
Multiple Select
15. Komunikasi lisan memerlukan latihan,amalan dan kemahiran supaya mampu bertutur didalam situasi formal
BETUL
SALAH
Co Abilities M1 - 2/3
KOMUNIKASI LISAN

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 51
SLIDE
Similar Resources on Wayground
42 questions
Bangun Datar (Shape)
Presentation
•
6th Grade
49 questions
KERAJAAN HINDU BUDHA BAGIAN 2
Presentation
•
7th Grade
46 questions
DRAMA (Kelas 11 K13)
Presentation
•
11th Grade
41 questions
Buddhism, Taoism, and Confucianism
Presentation
•
6th Grade
47 questions
Las súper áreas culturales del México antiguo
Presentation
•
KG - Professional Dev...
47 questions
Peningkatan Kompetensi Literasi & Numerasi MTSN Kota Prob
Presentation
•
8th Grade
46 questions
Side by side -
Presentation
•
1st - 3rd Grade
45 questions
Ecology Final Review
Presentation
•
9th Grade
Popular Resources on Wayground
25 questions
The Ultimate College Knowledge Quiz
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade