
Tarian Kuda Kepang
Presentation
•
Arts
•
9th Grade
•
Hard
Nur Syahda
Used 3+ times
FREE Resource
15 Slides • 0 Questions
1
Tarian Kuda Kepang
Peraturan, Muzik dan Fungsinya
2
Sejarah tarian Kuda Kepang
Kuda kepang merupakan satu seni tradisional yang semakin ditelan zaman. Kuda kepang dikenali dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg. Menurut orang Jawa memberikan makna bagi 'jaran' ialah kuda manakala 'kepang' merujuk kepada anyaman. Bagi masyarakat jawa panggilan bagi kuda kepang yang popular ialah jaran kepang kerana pertunjukan yang dipersembahkan ialah menggunakan anyaman kuda.
3
Mengikut seperti yang dikatakan oleh Soedarsono (1983), kuda kepang mula berkembang sebelum berlakunya perkembangan Islam iaitu pada abad ke 15. Persembahan kuda kepang ini dimainkan dalam upacara pemujaan.
4
Apa sebenarnya Kuda Kepang ni ?
Kuda kepang adalah merupakan sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal daripada Jawa. Telah berlakunya penyebaran kesenian ini meluas serata wilayah di Nusantara. Penyebarannya diteruskan lagi setelah dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara ini dan kekal sehingga sekarang dan masih banyak mengekalkan ciri-ciri keaslian tradisinya. Permainan ini sangat popular khususnya di negeri Johor.
5
Tarian ini ada banyak peraturannya....
Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan. Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju.
6
Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.
7
Apa yang diperlukan untuk tarian ini ?
sekurang-kurangnya 9 kuda
sebatang pecut
tali sebagai pagar kawasan
9 orang penari
5 orang pemain muzik
2 bomoh pemulih
9 - 15 orang pengawal
8
TALI PECUT
9
KUDA KEPANG
10
peralatan muzik
Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.
11
ANGKLUNG
12
TETAWAK
13
SARON BARON
14
GENDANG IBU & GENDANG ANAK
15
apa tujuan tarian Kuda Kepang ni ?
Dipercayai, kuda kepang dimainkan adalah bertujuan orang yang masih hidup untuk menjalinkan hubungan dengan roh orang telah mati. Selain itu, mereka percaya kuda kepang dimainkan bertujuan untuk membersihkan desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka. Tarian ini juga adalah sebagai tarikan dalam usaha mereka menyebarkan syiar Islam di Tanah Jawa. Peristiwa peperangan yang dilalui Rasullullah saw dan para sahabat disampaikan dalam bentuk tarian.
Tarian Kuda Kepang
Peraturan, Muzik dan Fungsinya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 15
SLIDE
Similar Resources on Wayground
8 questions
Dasar PK - Meet 5 - 7
Presentation
•
9th Grade
12 questions
PAMERAN
Presentation
•
9th Grade
12 questions
BERNYANYI DAN MEMBUAT KREASI SEDERHANA
Presentation
•
9th Grade
9 questions
TUGAS FPD 8 PRESENTASI
Presentation
•
KG
12 questions
Web Browser - TIK Kelas 9
Presentation
•
9th Grade
10 questions
PRESENTASI INTERAKTIF
Presentation
•
9th Grade
13 questions
seni patung
Presentation
•
9th Grade
11 questions
Wish and Hope
Presentation
•
9th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade