Search Header Logo
TING 2 - KATA ADJEKTIF

TING 2 - KATA ADJEKTIF

Assessment

Presentation

Education

8th Grade

Hard

Created by

Syafiq Shariffuddin

Used 1+ times

FREE Resource

6 Slides • 5 Questions

1

TATABAHASA

KATA ADJEKTIF

Slide image

2

PENGENALAN KATA ADJEKTIF

  • Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

  • Boleh disertai kata keterangan amatpalingsangat dan sebagainya sebagai penguat.

3

1.  Kata Adjektif Sifatan/Keadaan

  • Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang memberi pengertian sifatan/keadaan sebagai unsur keterangan nama.

  • CONTOH : baiklemahcurigakasarcerdikberanipandaitakut

4

2. Kata Adjektif Ukuran

  • Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.

  • CONTOH : panjangrendahpendektebalkecilnipisbesarkerdil

5

3. Kata Adjektif Jarak

  • Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep ruang sebagai unsur keterangan.

  • CONTOH : nyarishampirdekatjauh

6

4. Kata Adjektif Pancaindera

  • Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.

  • CONTOH : kasargaraucomelwangilazatmasinsegakmerdu

7

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 1


Antara pilihan yang berikut, ayat manakah terdiri daripada Kata Adjektif Jarak?

1

Air kopi itu terasa pahit kerana belum dibubuh gula.

2

Puan Teoh menguli adunan kuih pau itu sehingga lembut.

3

Pusat peranginan itu terletak jauh daripada kebisingan kota.

4

Permukaan lantai itu menjadi licin setelah dimop oleh ibu.

8

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 2


Antara pilihan yang berikut, ayat manakah terdiri daripada Kata Adjektif Sifatan?

1

Makanan itu manis rasanya.

2

Ruang tamu rumahnya sangat luas.

3

Rumahnya dekat dengan rumah saya.

4

Alia seorang murid yang rajin.

9

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 3


Kami memakai pakaian yang tebal ketika berada di Tanah Tinggi Cameron.



Nyatakan jenis kata adjektif bagi ayat diatas.

1

Kata Adjektif Sifatan

2

Kata Adjektif Jarak

3

Kata Adjektif Ukuran

4

Kata Adjektif Pancaindera

10

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 4


Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.


Semua kenderaan bergerak _______ kerana berlaku suatu kemalangan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.

1

perlahan

2

deras

3

laju

4

lambat

11

Multiple Choice

SOALAN PENGUKUHAN 5


Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.



Puan Laila berasa __________ kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.

1

cemas

2

terharu

3

terkejut

4

kecewa

TATABAHASA

KATA ADJEKTIF

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 11

SLIDE