
TING 3 - KATA TUGAS
Presentation
•
Education
•
9th Grade
•
Medium
Syafiq Shariffuddin
Used 2+ times
FREE Resource
6 Slides • 8 Questions
1
KATA TUGAS
BAHAGIAN 1
2
APA ITU KATA TUGAS ?
Kata Tugas adalah perkataan yang bersifat pelbagai jenis, iaitu ia tidak boleh menjadi unsur utama dalam frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
Kata tugas hanya mempunyai tugas tatabahasa seperti penerang, penghubung, pemeri, penegas, penguat dan sebagainya.
3
1. Kata Hubung
Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat.
Contoh:
i. Ali,Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.
ii. Aslinda menari sambil menyanyi.
iii. Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
iv. Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.
4
2. Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya.
Contoh:
i) Aduh, sakitnya tanganku!
ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!
iii) Ah, aku tidak bersetuju!
iv) Amboi, sombongnya dia!
5
3. Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.
Contoh:
Berapa - Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
Bila - Bilakah gerangan kekanda akan pulang?
Bagaimana - Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?
6
4. Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh:
i) Jangan buang sampah di sini.
ii) Usah biarkan dia berseorangan.
iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.
iv) Minta tuan-tuan bersabar sebentar.
7
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 1
Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik _________ dia masih tidak berpuas hati.
Nyatakan kata hubung yang paling sesuai bagi ayat diatas.
tetapi
kerana
kalau
malahan
8
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 2
Encik Mahendran berbual-bual dengan rakan sekerja ________ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
Nyatakan kata hubung yang paling sesuai bagi ayat diatas.
sementara
manakala
jika
kerana
9
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 3
_______, engkau pun sama suka memerah keringat orang dengan membayar upah yang kecil !
Nyatakan kata seru yang paling sesuai bagi ayat diatas.
Ah
Nah
Amboi
Wahai
10
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 4
_______, cantik sungguh model kereta Proton Persona keluaran terbaru Syarikat Proton!
Nyatakan kata seru yang paling sesuai bagi ayat diatas.
Oh
Wah
Aduh
Wahai
11
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 5
“_________ yang menyebabkan Lim dan Rawi bergaduh? Tan atau Abu ?” Tanya Leman.
Nyatakan kata tanya yang paling sesuai bagi ayat diatas.
Apakah
Mengapakah
Adakah
Siapakah
12
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 6
_________ pertandingan melukis poster sempena hari ulang tahun kemerdekaan akan diadakan?
Nyatakan kata tanya yang paling sesuai bagi ayat diatas.
Bagaimanakah
Berapakah
Dimanakah
Mengapakah
13
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 7
“_______ bercakap kuat-kuat kerana akan menganggu pesakit,” Kata jururawat itu kepada Adli.
Nyatakan kata perintah yang paling sesuai bagi ayat diatas.
Jangan
Minta
Sila
Tolong
14
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 8
“ ___________ letakkan buku yang dibaca di tempat asal,” kata Helmi kepada rakan-rakannya.
Nyatakan kata perintah yang paling sesuai bagi ayat diatas.
Sila
Jangan
Jemput
Usah
KATA TUGAS
BAHAGIAN 1
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 14
SLIDE
Similar Resources on Wayground
11 questions
INSAN BERMORAL : INSAN GLOKAL
Presentation
•
9th Grade
8 questions
Mengenal Profesi
Presentation
•
KG
12 questions
PRINSIP AKAUN
Presentation
•
9th Grade
10 questions
PRESENTASI INTERAKTIF
Presentation
•
9th Grade
12 questions
Web Browser - TIK Kelas 9
Presentation
•
9th Grade
11 questions
KATA PEMERI
Presentation
•
9th Grade
10 questions
Petualang Rimba
Presentation
•
KG
11 questions
T3 (SAMBUNGAN) - SAJAK KIJANG YANG LELAH
Presentation
•
9th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
How much do you know about our Portrait of an Eagle?
Quiz
•
10th Grade
10 questions
Fast Food Slogans
Quiz
•
6th - 8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Education
20 questions
Brand Labels
Quiz
•
5th - 12th Grade
20 questions
Characteristics of Life
Quiz
•
9th - 10th Grade
20 questions
REGULAR Present tense verbs
Quiz
•
8th - 9th Grade
20 questions
Graphing Inequalities on a Number Line
Quiz
•
6th - 9th Grade
10 questions
Translating Algebraic Expressions
Quiz
•
9th Grade
10 questions
Exploring the 4 Major Macromolecules and Their Functions
Interactive video
•
9th - 12th Grade
20 questions
Exponent Rules
Quiz
•
8th - 9th Grade
20 questions
Position vs. Time Graphs
Quiz
•
9th Grade