Search Header Logo
GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 5 GIGIH

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 5 GIGIH

Assessment

Presentation

Arts

4th Grade

Medium

Created by

safarin-na saini

Used 1+ times

FREE Resource

22 Slides • 8 Questions

1

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

Slide image

2

Rangkap 1

Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat.

Jika kita tidak mahu berfikir dan tidak teliti, sudah tentu kita akan melakukan kesilapan.

(Perkara biasa,MALAS berfikir waktu buat karangan)

3

Rangkap 2

Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa.

Sebelum mengeluarkan kata-kata, seseorang itu hendaklah berfikir terlebih dahulu agar tidak timbul salah falam yang dapat mencetuskan perbalahan.

(Dek kerana terlalu kerap berfikir,hingga hilang kepuasan memberi)

4

Rangkap 3

Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas.

Kata-kata sindiran atau kecaman jika diucapkan mampu mengundang bahaya yang besar.

(Taklah,anda kalis kecaman hingga segala nasihat dan bebelan dianggap angin lalu)

5

Rangkap 4

Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar.

Seseorang yang tidak menjaga pertuturan akan terjebak dalam masalah yang besar seperti pergaduhan.

(Hormat guru,guru bukan rakan sebaya awak)

6

Silang Sengketa

Rangkap 5

Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.

Seseorang yang suka terlibat dalam pergaduhan sudah tentu akan berasa kesedihan atau penyesalan selepas itu.

(Menyesal ke?)

7

Rangkap 6

Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari.

Pergaduhan hendaklah dielakkan, tetapi jika tidak boleh dielakkan, kita perlu menghadapinya.

(Masing-masing dah tua bangka,so called BIJAK PANDAI)

8

Ilmu

Rangkap 7

Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna.

Jika ilmu tidak dipelajari sepenuhnya, kita tidak akan dapat manfaatnya.

(Macam mana nak dapat manfaat,datang kelas pun tak)

9

Rangkap 8

Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar.

Ilmu dan kebijaksanaan dapat dicari jika kita bersungguh-sungguh mempelajarinya.

(tik tok utama game pertama

ilmu?pastinya yang terakhir)

10

Dunia Pergaulan

Rangkap 9

Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Dunia merupakan tempat untuk kita berkawan. Namun, kita perlu berhati-hati untuk memilih seseorang sebagai teman atau sahabat.

(Nak salahkan kawan sebab MALAS?tak perlu..semuanya bermula dalam diri sendiri)

11

Rangkap 10

Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya.

Kita dapat mengenal seseorang melalui budi pekertinya. Jika kita melihat rakan-rakannya baik, maka dia juga merupakan orang yang baik.

(Berkawanlah dengan rakan-rakan yang baik untuk tujuan berkongsi ilmu, bukannya berkongsi jawapan sebab malas mencari ilmu)

12

Rangkap 11

Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Lazimnya, seseorang itu akan berkawan dengan orang yang sama minat, sama umur, sama tingkah laku, dan sebagainya.

(Fakta:Rakan sebaya kadang-kadang memusnahkan masa depan.

Contoh: Lihat diri sendiri(memusnahkan atau membina masa depan)

13

Sifat-sifat yang Baik

Rangkap 12

Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman.

Jika anda seorang yang baik, anda akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

(Bagaimana nak dipandang tinggi sedangkan perangai tak seperti yang sepatutnya)

14

Rangkap 13

Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan.

Jika anda suka menderma, semua orang akan menyukai anda.

(Tiada sebarang komen)

15

Rangkap 14

Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerlah.

Jika anda suka bersedekah, semua orang akan bersedia untuk menolong anda pula.

(Jangan sedekah jawapan anda, Dua-dua masuk longkang akhirnya)

16

Perbuatan yang Baik

Rangkap 15

Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa.

Orang yang suka berbuat baik akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

(Dah boleh jadi mak ayah dah pun tapi entah kenapa masih MALAS)

17

Rangkap 16

Menolong orang sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu selalu.

Sikap suka membantu orang lain perlu ada pada setiap orang. Tetapi, sebelum kita membantu orang lain, kita mestilah membantu diri kita dahulu.

(Jangankan nak ingatkan kawan untuk siapkan tugasan,tugasan sendiri pun tak pernah hantar)

18

Sifat-sifat yang Jahat

Rangkap 17

Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit

Seseorang yang ingin menyalahkan orang lain sebenarnya diri dialah yang bersalah. Hal ini menyebabkan orang di sekeliling tidak menyukainya.

(salah internet lambat,padahal diri sendiri yang PEMALAS )

19

Rangkap 18

Barang siapa berbuat khianat,

Tuhan kelak memberi laknat.

Seseorang yang suka berbuat jahat, dia akan menerima pembalasan daripada-Nya.

(seperti anda yang MALAS mebuat tugasan,tiada kejayaan yang akan diperoleh)

20

Tema Beberapa Petua Hidup

Bertemakan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam kehidupan dan dijadikan sebagai pegangan. Nilai-nilai murni yang positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin.

21

Persoalan 

  • Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian manusia.

  • Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.

  • Rasional dalam membuat sebarang tindakan.

  • Ketekunan dan Kerajinan dalam menuntut ilmu.

  •  Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.

  •  Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.

  • Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.


22

Multiple Choice

Apakah gaya bahasa bagi rangkap ini?

Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat.

1

Repetisi

2

Simile

3

Metafora

4

Inversi

23

Multiple Choice

Apakah nilai yang terdapat dalam rangkap ini?

Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar.

1

kerajinan

2

kerjasama

3

kesopanan

4

kasih sayang

24

Multiple Choice

Rangkap yang manakah menunjukkan nilai kebijaksanaan?

1

Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa.

2

Barang siapa berbuat khianat,

Tuhan kelak memberi laknat.

3

Dunia ini taman pergaulan, Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

25

Multiple Choice

Rangkap yang manakah menyatakan bahawa sekiranya kita berbuat baik pasti akan dipandang tinggi oleh masyarakat?

1

Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit

2

Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan.

3

Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman.

26

Multiple Choice

Nilai yang manakah tidak wujud dalam gurindam ini?

1

Nilai baik hati

2

Nilai kerjasama

3

Nilai mengenang jasa

4

Nilai kasih sayang

27

Multiple Choice

Kita haruslah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran jika ingin berjaya.

Rangkap yang manakah membuktikan maksud di atas?

1

Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar.

2

Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna.

28

Multiple Choice

Adakah gurindam ini menyatakan nilai setia kawan?

1

Ya

2

Tidak

29

Multiple Choice

Bagaimanakah cara untuk menambah ilmu pengetahuan?

1

Sentiasa menumpukan perhatian sewaktu guru mengajar

2

Memuat turun pelbagai applikasi yang melalaikan dalam telefon pintar

3

Menghabiskan masa sepanjang hari untuk bermain permainan video

30

TAHNIAH dan TERIMA KASIH

Moga sentiasa berjaya

Moga mampu mengubah mentaliti bahawa PdPR bukan bermaksud CUTI

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 30

SLIDE