Search Header Logo
3.4 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

3.4 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Assessment

Presentation

History

7th - 12th Grade

Hard

Created by

SYARIFAH Moe

Used 2+ times

FREE Resource

7 Slides • 0 Questions

1

3.4 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Slide image

2

Majlis Mesyuarat Negeri

  • Mula ditubuhkan selepas British berjaya campur tangan dalam pentadbiran negeri Melayu.

  • Majlis ini dipengerusikan oleh Raja Melayu dan berperanan menggubal undang-undang serta membantu pentadbiran negeri.

  • Selepas NNMB terbentuk, MMN tidak lagi berkuasa.

  • Residen Jeneral mengambil alih semua bidang pentadbiran (kecuali adat Melayu & agama Islam), kuasa raja semakin terhakis.

3

Struktur Pentadbiran NNMB

  • Pesuruh Tinggi British

  • Residen Jeneral

  • Majlis Mesyuarat Negeri Perak

  • Majlis Mesyuarat Negeri Selangor

  • Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan

  • Majlis Mesyuarat Negeri Pahang

4

Majlis Mesyuarat Persekutuan

Pada tahun 1909, British menandatangani perjanjian dengan Raja-Raja Melayu bagi menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis ini berkuasa meluluskan undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

5

Keahlian Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909

  • Pesuruhjaya tinggi British (pengerusi) - Residen Jeneral

  • Empat orang Raja Melayu

  • Empat orang Residen

  • Empat ahli tidak rasmi (3 Eropah, 1 Cina)

  • Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan memberikan ruang kepada British untuk mengawal undang-undang dan kewangan negeri serta memberikan kuasa pentadbiran kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Hal ini menjejaskan Raja-raja Melayu yang hanya diletakkan sebagai ahli biasa dalam majlis tersebut.

6

Pembentukan Durbar

  • British membentuk Durbar untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

  • Ahli Durbar terdiri daripada (Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-Raja Melayu, Residen Jeneral, Residen British)

  • Durbar pertama diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897 dihadiri oleh Raja-Raja dan pembesar Melayu serta pegawai British.

7


Peluasan kuasa British di Negeri-Negeri Melayu membawa pembaharuan terhadap sistem pemerintahan negeri Melayu. Dalam usaha menguasai pentadbiran Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British memperkenalkan Sistem Residen. Seterusnya British meletakkan negeri Melayu tersebut di bawah naungan British melalui pembentukan NNMB. Kedaulatan negeri masih dipegang oleh Raja-raja Melayu. Raja terikat dengan perjanjian menerima nasihat British yang menghakis kewibawaan Raja-raja Melayu. Namun begitu, kewibawaan Raja-raja Melayu terus dipertahankan melalui penubuhan Majlis Raja-Raja yang ada hingga hari ini.

3.4 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 7

SLIDE