Search Header Logo
Bahasa Melayu (Penulisan) Ucapan pada Hari Guru

Bahasa Melayu (Penulisan) Ucapan pada Hari Guru

Assessment

Presentation

World Languages

1st - 12th Grade

Hard

Created by

Vinc Chin

Used 2+ times

FREE Resource

6 Slides • 0 Questions

1

Bahasa Melayu (Penulisan)

Ucapan pada Hari Guru

Mr Vinc Chin

Slide image

2

Soalan:

Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Guru. Kamu diminta supaya menyampaikan ucapan pada majlis yang akan diadakan itu. Sediakan teks ucapan kamu itu selengkapnya.

3


Pendahuluan:

Kata alu-aluan - mengucapkan selamat sejahtera - berterima kasih kerana diberikan peluang berucap

Idea-idea:

1. Setiap 16 Mei diadakan sambutan Hari Guru - mengenang dan menghargai jasa guru - ucapan Selamat Hari Guru

2. Sepanjang berada di sekolah - guru mendidik dan mengasuh - tahu membaca, menulis dan mengira

3. Ucapan terima kasih atas pengorbanan guru - belajar dengan bersungguh-sungguh - semoga guru-guru dilimpahi kesejahteraan

4. Banyak melakukan kesilapan - memohon kemaafan - berjanji tidak akan mengulangi kesalahan

Penutup:

Akhiri ucapan - serangkap pantun - ucapan terima kasih

4

Ucapan pada Hari Guru

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan semua. Selamat sejahtera saya ucapkan. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang bersejarah ini.


Setiap tahun, pada 16 Mei, kita akan mengadakan sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru ini diadakan untuk mengenang dan menghargai jasa guru yang tidak ternilai harganya. Saya bagi pihak semua murid, mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Methodist.

5


Guru-guru yang dikasihi,


Seawal pukul 7.30 pagi hingga 1.30 petang, kami berada di sekolah. Dalam tempoh itu, guru mendidik dan mengasuh kami untuk menjadi orang yang berguna. Tanpa didikan guru, kami tidak akan menjadi orang yang tahu membaca, mengira dan menulis.


Pada kesempatan ini, saya bagi pihak semua murid sekolah ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru atas segala pengorbanan guru-guru. Kami akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat membalas kerja keras guru-guru. Semoga guru-guru yang kami kasihi akan dilimpahi kesejahteraan dan terus mendidik kami tanpa rasa jemu.

6


Guru-guru yang dikasihi,


Sepanjang mendidik, tentu ada dalam kalangan kami yang melakukan kesilapan dan menyakiti hati guru-guru. Oleh itu, dalam majlis yang bersejarah ini, kami menyusun jari sepuluh untuk memohon kemaafan. Kami berjanji tidak akan melakukan kesalahan lagi.


Akhir kata, saya sudahi ucapan ini dengan serangkap pantun.

Banyak padi perkara padi,

Padi mana ditanam orang;

Banyak budi perkara budi,

Budi guru dikenang orang.

Sekian, terima kasih.

Bahasa Melayu (Penulisan)

Ucapan pada Hari Guru

Mr Vinc Chin

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 6

SLIDE