Search Header Logo
KEPERLUAN PROSES FOTOSINTESIS & HASIL FOTOSINTESIS

KEPERLUAN PROSES FOTOSINTESIS & HASIL FOTOSINTESIS

Assessment

Presentation

Science

1st - 6th Grade

Practice Problem

Medium

Created by

AHMAD IKMAL ROSLI

Used 11+ times

FREE Resource

17 Slides • 3 Questions

1

KEPERLUAN PROSES FOTOSINTESIS & HASIL FOTOSINTESIS

D4 TUMBUH-TUMBUHAN

Slide image

2

FOTOSINTESIS

  • Tumbuhan juga menjalani proses hidup seperti manusia & haiwan.

  • Tumbuhan, manusia & haiwan memerlukan makanan untuk terus hidup & membesar.

  • Manusia & haiwan boleh bergerak untuk mendapatkan makanan tetapi tidak bagi tumbuh-tumbuhan.

3

Bagaimanakah tumbuh-tumbuhan mendapatkan makanannya?

Slide image

4

Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis

Slide image

5

Apakah maksud fotosintesis?

Slide image

6

Fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanannya sendiri

Slide image

7

Apakah yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis?

Slide image

8

KEPERLUAN PROSES FOTOSINTESIS

  • Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari, klorofil, karbon dioksida & air untuk melakukan proses fotosintesis.

  • Cahaya Matahari merupakan sumber utama tenaga bagi fotosintesis.

  • Cahaya matahari diserap oleh klorofil pada daun.

  • Klorofil adalah bahan berwarna hijau yang terdapat pada daun & tumbuh-tumbuhan.

  • Karbon dioksida adalah gas dalam udara yang diserap oleh daun & masuk melalui liang-liang halus.

  • Air diserap masuk oleh akar dari dalam tanah.

9

Slide image

Keperluan proses fotosintesis

10

Apakah hasil proses fotosintesis?

Slide image

11

HASIL FOTOSINTESIS

  • Semasa proses fotosintesis, tenaga daripada cahaya matahari diserap oleh daun melalui klorofil.

  • Tenaga cahaya matahari digunakan oleh tumbuhan untuk menukarkan air serta karbon dioksida kepada glukosa dan oksigen.

  • Glukosa yang terhasil kemudiannya saling bergabung untuk membentuk kanji.

  • Kanji disimpan pada bahagian tumbuhan-tumbuhan seperti daun, batang, akar, biji benih, bunga & buah.

12

Apakah itu glukosa?

  • Glukosa ialah gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis.

  • Glukosa merupakan komponen asas yang membentuk kanji dalam satu kelas makanan yang dikenali sebagai karbohidrat.

Slide image

13

Slide image

Persamaan proses fotosintesis yang berlaku di daun

14

Bagaimanakah gerak balas tumbuh-tumbuhan dapat membantunya menjalankan proses fotosintesis? Jelaskan. 

Slide image

15

Gerak balas tumbuh-tumbuhan dapat membantunya mendapatkan keperluan untuk menjalankan fotosintesis seperti Matahari & air

Slide image

16

Slide image

Masa untuk kuiz

17

Multiple Choice

Apakah proses tumbuhan hijau membuat makanan sendiri?

1

Transpirasi

2

Fotosintesis

3

Bergerak balas

4

Membiak

18

Multiple Choice

Antara yang berikut, yang manakah merupakan keperluan tumbuhan untuk fotosintesis?

1

Makanan

2

Kanji

3

Cahaya matahari

4

Oksigen

19

Multiple Choice

Antara yang berikut, yang manakah hasil daripada proses fotosintesis?

1

Karbon dioksida

2

Oksigen

3

Klorofil

4

Air

20

Slide image


KEPERLUAN PROSES FOTOSINTESIS & HASIL FOTOSINTESIS

D4 TUMBUH-TUMBUHAN

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 20

SLIDE