Search Header Logo
Bahasa Melayu (Kata Ganda)

Bahasa Melayu (Kata Ganda)

Assessment

Presentation

World Languages

1st - 6th Grade

Hard

Created by

ARMA MOHD YUSOF

Used 4+ times

FREE Resource

25 Slides • 0 Questions

1

Bahasa Melayu (Kata Ganda)

Tahun 1-6

Slide image

2

KATA GANDA

Kata Ganda ialah perkataan yang digandakan (multipy/repeated) untuk menunjukkan BANYAK(plural) atau membentuk objek/subjek baru.

3

Contoh:


1. Menunjukkan banyak

-Murid (seorang murid)

-murid-murid(lebih daripada seorang murid


2. Membentuk objek/subjek baru

kuda (haiwan)

kuda-kuda/kekuda(jenis kerusi)

4

Jenis-jenis kata ganda

  • Kata Ganda Seluruh/penuh

  • Kata Ganda Semu

  • Kata Ganda Separa

  • Kata Ganda Berimbuhan

  • Kata Ganda Berima

5

Kata Ganda Seluruh

1. Seluruh perkataan yang sama digandakan.


2. Tanda sempang ( - ) perlu diletakkan di tengah-tengah perkataan.


3. terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja & kata keterangan.

6

Contoh Kata Ganda Seluruh

  • kereta-kereta (Kata nama)

  • jalan-jalan(Kata Nama/Kata Kerja)

  • budak-budak(Kata Nama)

  • lembu-lembu(kata Nama)

  • baik-baik(kata Adjektif)

  • cantik-cantik(Kata Adjektif)

  • makan-makan(Kata kerja)

7

Contoh kata ganda seluruh

  • hampir-hampir

  • murid-murid

  • kawan-kawan

  • kadang-kadang

  • pisau-pisau

  • jalan-jalan

  • pagi-pagi

8

Contoh Kata Ganda Seluruh

  • kereta-kereta

  • barang-barang

  • baring-baring

  • manis-manis

  • bulat-bulat

  • usik-usik

  • pandang-pandang

9

Kata Ganda Semu

Menggandakan kata dasar yang sama untuk membentuk subjek/objek baru.


Contoh :

1. Obor (obor api) ---> obor-obor (haiwan laut)

2. Orang (manusia) ---> orang-orang (patung yang diletakkan di tengah sawah untuk menghalau burung)

3. kuda (haiwan) ---> kuda-kuda (jenis kerusi/bangku)

10

Contoh Kata Ganda Semu

  • Anai-anai

  • Jentik-jentik

  • Kura-kura

  • sumpah-sumpah

  • labah-labah

  • kabu-kabu

  • angkut-angkut

11

Contoh Kata Ganda Semu

  • gula-gula

  • anting-anting

  • biri-biri

  • kanak-kanak

  • layang-layang

  • oleh-oleh

  • kunang-kunang

12

Kata Ganda Separa

Perkataan yang digandakan dan kemudiannya dipendekkan. Contohnya : Labah-labah ---> lelabah


Huruf pertama dikekalkan manakala huruf kedua diganti dengan huruf "e". Contohnya:

1. Kura-kura ---> kekura

2. Bayang-bayang ----> bebayang

3. daun-daun ---> dedaun

13

Kata Ganda Semu--> kata Ganda Separa.

  • langit-langit ---> lelangit (cth)

  • biri-biri --->

  • layang-layang --->

  • kunang-kunang --->

  • kabu-kabu--->

  • jentik-jentik --->

  • kura-kura--->

14

Kata Ganda Semu--> kata Ganda Separa.

  • bawang-bawang ---->

  • benang-benang --->

  • daun-daun--->

  • bayang-bayang--->

  • labah-labah--->

  • rama-rama--->

  • kupu-kupu--->

15

Kata Ganda Berima/Berentak

kata dasar digandakan tetap perkataan kedua berubah mengikut rima/rentak bunyi yang hampir sama. Contohnya:

1. gunung-ganang

2. sayur-mayur

3. mandi-manda

4. kusut-masai


16

Contoh Kata Ganda Berima

17

Contoh Kata Ganda Berima

18

Kata Ganda Berimbuhan

Kata ganda yang ditambah imbuhan. Contohnya:


1. lari --> berlari-lari (imbuhan awalan ber..pada perkataan pertama)

2. kejar --> berkejar-kejaran (imbuhan awalan ber.. & imbuhan akhiran an..)

3. tari --> tari-menari (imbuhan awalan me.. pada perkataan kedua)




19

Jenis-Jenis Kata Ganda Berimbuhan

>Kata Ganda Menyalin

>Kata Ganda Berawalan

>Kata Ganda Berapitan

20

Kata Ganda menyalin

Perkataan yang digandakan akan ditambah imbuhan (meN...) pada perkataan kedua. Contohnya:


1. kejar-mengejar

2. tari-menari

3. kata-mengata

4. jeling-menjeling

5. sepak-menyepak

21

Contoh Kata Ganda Menyalin

  • tawar --> tawar-menawar

  • tolong --> tolong-menolong

  • tari -->

  • karang -->

  • simpan -->

  • tumbuk -->

22

Kata Ganda Berapitan

Kata ganda yang ditambah imbuhan pada permulaan perkataan pertama & akhir perkataan kedua. Contohnya:


1. berlari-larian

2. bersalam-salaman

3. berkejar-kejaran

4. bermaaf-maafan


23

Contoh Kata Ganda Berapitan

  • sorak--> bersorak-sorakan

  • lambat --> melambat-lambatkan

  • biru-->

  • anak-->

24

Kata Ganda berawalan


Kata Ganda yang ditambah imbuhan pada permulaan perkataan pertama sahaja. Contohnya:


1. berbual-bual

2. meronta-ronta

3. melompat-lompat

4. berangan-angan


25

Contoh Kata Ganda Berawalan

  • main --> bermain-main

  • jalan -->

  • angan -->

  • lari-->

  • ronta -->

  • lambung -->

Bahasa Melayu (Kata Ganda)

Tahun 1-6

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 25

SLIDE