Search Header Logo
Pembukaan Mekah (Fathu Makkah)

Pembukaan Mekah (Fathu Makkah)

Assessment

Presentation

Religious Studies

3rd - 5th Grade

Hard

Created by

Syakirah Zulkiara

Used 14+ times

FREE Resource

7 Slides • 10 Questions

1

Pembukaan Mekah

(Fathu Makkah)

Slide image

2

Peristiwa Menyebabkan Pembukaan Mekah

  • 8 Hijrah: Kaum Quraisy telah melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan membantu Bani Bakar menyerang Bani Khuza’ah yang telah mengadakan bai’ah dengan baginda.

  • Serangan itu telah mengorbankan 20 orang Bani Khuza’ah dan telah menghantar utusan memberitahu Rasulullah. Baginda amat marah dengan musyrikin Mekah dan menghantar utusan dengan mengemukakan 3 pilihan:

    a. Dikehendaki membayar diyah; pampasan atau ganti rugi sebagai tebusan darah kepada waris Khuza’ah yang terbunuh

    b. Membatalkan perjanjian dengan Bani Bakar

    c. Terbatal Perjanjian Hudaibiyah dan berperang dengan orang Islam

  • Orang musyrikin berasa tercabar lalu memilih untuk berperang. Rasululllah saw membawa 10 000 tentera Islam menuju ke Mekah. Dalam perjalanan, mereka berhenti di Damarzahran dan mendirikan khemah untuk bermalam. Rasulullah s.a.w menyusun strategi agar tiada pertumpahan darah berlaku.

3

Strategi Menakutkan Musyrikin Mekah

  • Pada waktu malam, Rasulullah s.aw mengarahkan setiap pasukan menyalakan unggun api yang besar bertujuan menimbulkan rasa gerun. Abu Sufyan keluar meninjau telah melihat kekuatan Islam yang tidak mungkin mereka dapat tewaskan.

  • Dalam pertengahan jalan, Abu Sufyan terjumpa dengan Abbas yang baru memeluk Islam.Setelah mendengar penjelasan Abbas, Abu Sufyan terbuka hati untuk menerima kebenaran Islam. Abbas membawa beliau berjumpa Rasulullah s.a.w dan memeluk Islam.

4

Tawaran Keselamatan oleh Rasulullah s.a.w

  • Jumaat, 10 Ramadhan, Rasulullah s.aw mula memasuki Mekah melalui 4 penjuru.

  • Terlebih dahulu Rasulullah s.aw mengisytiharkan tawaran kepada penduduk Mekah bahawa mereka akan selamat sekiranya berada di 3 tempat iaitu : rumah Abu Sufyan/ Masjidil Haram/ rumah sendiri.

  • Pengisytiharan itu menggemparkan musyrikin Mekah dan mereka semakin lemah untuk menentang Rasulullah s.a.w.

5

Tindakan Rasulullah s.a.w Setelah Memasuki Kota Mekah

  • Rasulullah dan para sahabat memusnahkan 360 buah berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah.

  • Selawat dan solat sunat di Kaabah bersama dengan umat Islam.

  • Rasulullah mengarahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan di atas bumbung Kaabah.

  • Rasulullah menyampaikan khutbah pertama kepada penduduk Mekah tentang keagungan dan kebesaran Allah SWT.

  • Rasulullah telah mengisytiharkan pengampunan kepada semua bekas musuhnya (kaum musyrikin Mekah)

6

Faktor Kejayaan Pembukaan Kota Mekah

  • Kekuatan aqidah umat Islam.

  • Strategi yang bijak dan teliti oleh Rasulullah saw.

  • Hasil perjanjian Hudaibiyah, ramai pendudukan Mekah memeluk Islam.

  • Ramai pembesar dan panglima Quraisy seperti Khalid bin Al-Walid telah memeluk Islam.

  • Ramai pembesar dan panglima perang tentera Quraisy seperti Abu Jahal terkorban dalam peperangan (perang Badar).

  • Hubungan persaudaraan yang kukuh diantara umat Islam.

  • Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan umat Islam.

7

Kesan Pembukaan Kota Mekah

  • Dakwah Islam dijalankan secara terang-terangan dan berkembang dengan pantas.

  • Tanah haram Mekah menjadi kawasan larangan bagi orang bukan Islam.

  • Ramai orang kafir memeluk Islam.

  • Umat Islam dapat menunaikan ibadat tanpa gangguan orang kafir.

  • Masyarakat Mekah saling bekerjasama dan hidup aman damai.

8

Multiple Choice

Setelah perjanjian Hudaibiah, Bani _________ telah mengikat perjanjian persefahaman dengan kaum Quraisy.

1

Israil (إســــــرائيل)

2

Bakar (بکــــــر)

3

Khuza'ah (خــــــزاعة)

4

Nadhir (نضيــــــر)

9

Multiple Choice

Bani _______ pula telah mengikat perjanjian persefahaman dengan رســــــــــول اللـــــــــــــه ﷺ .

1

Bakar (بکــــــر)

2

Nadhir (نضيــــــر)

3

Israil (إســــــرائيل)

4

Khuza'ah (خــــــزاعة)

10

Multiple Choice

Faktor utama pembukaan kota Mekah ialah ...

1

Orang kafir mengaku kalah

2

Orang Islam dan kafir berdamai

3

Orang kafir melanggar perjanjian

4

Orang Islam ingin menakluk kota Mekah

11

Multiple Choice

3 tuntutan Rasulullah kepada orang kafir seperti berikut kecuali ...

1

Membayar diyat (ganti rugi)

2

Memulangkan tebusan

3

Mengutuk perbuatan Bani Bakar

4

Berperang dengan umat Islam

12

Multiple Choice

Bilangan kaum Muslimin yang bersama-sama Baginda menuju ke Mekah ialah seramai....orang.

1

10,000

2

1000

3

100,000

13

Multiple Choice

Sebaik sahaja siap memasang khemah, Rasulullah ﷺ telah mengarahkan untuk ______________ di waktu malam.

1

memasang pelita

2

memasang lilin

3

memasang unggun api

4

memasang lampu

14

Multiple Choice

Tujuan Baginda memerintahkan kaum Muslimin menyalakan obor yang banyak adalah supaya...

1

Kaum Muslimin berasa lebih selamat.

2

Menerangi jalan menuju ke Mekah.

3

Kaum Musyrikin berasa gerun kerana menyangka bilangan kaum Muslimin yang ramai.

15

Multiple Choice

Siapakah pemimpin Quraisy yang memeluk agama Islam dalam peristiwa Pembukaan Kota Mekah?

1

Abu Sufyan

2

Abu Lahab

3

Abu Jahal

16

Multiple Choice

Berikut adalah jaminan keselamatan Nabi Muhmmad kepada penduduk Mekah kecuali

1

masuk ke rumah masing-masing.

2

Masuk ke Masjidil Haram

3

Lari ke Bukit

4

Masuk rumah Abu Sufyan

17

Multiple Choice

Berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh Baginda apabila tiba di Baitullah KECUALI

1

Selawat dan solat sunat

2

Memusnahkan 360 buah berhala.

3

Berucap (berkhutbah) di khalayak ramai.

4

Membaca al-Quran.

Pembukaan Mekah

(Fathu Makkah)

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 17

SLIDE