

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan: Model 1
Presentation
•
World Languages
•
7th - 9th Grade
•
Easy
Nurlaili Karim
Used 3+ times
FREE Resource
13 Slides • 1 Question
1
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan: Model 1

2
Open Ended
Praktis 1: Cara-cara Menggalakkan Masyarakat Menggunakan Pengangkutan Awam
- Mengenakan tambang yang berpatutan
- Meningkatkan kemudahan yang bersesuaian
- Menambah jadual perjalanan pada waktu puncak
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Panjang huraiannya hendaklah melebihi 180 patah perkataan.
Tulis perenggan pendahuluan berdasarkan contoh yang telah diberi.
3
Langkah 1 Membaca Soalan
KEPENTINGAN-KEPENTINGAN SUNGAI KEPADA MANUSIA
Bekalan Air Bersih
Jalan Pengangkutan dan Perhubungan
Sumber Makanan
4
Langkah 2 Menganalisis Soalan
Isu - tema karangan : Sungai
Tugasan - kehendak soalan yang perlu dihuraikan : Kepentingan-kepentingan
Format - jenis karangan (berformat atau tidak berformat) : tiada
5
Langkah 3 Menulis Pendahuluan Karangan
Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju dari hari ke hari. Namun begitu, (isu soalan) sering menjadi buah mulut dan perbicaraan masyarakat. Perkara ini perlulah dipandang serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama. Hal ini dikatakan demikian kerana (nyatakan punca) . Contohnya, (bukti) . Persoalannya, apakah (tugasan soalan) ? Persoalan yang bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke akar umbi.
6
Contoh Pendahuluan
Malaysia yang dipimpin oleh negarawan terbilang semakin maju dari hari ke hari. Namun begitu, masalah pencemaran sungai sering menjadi buah mulut dan perbicaraan masyarakat. Perkara ini perlulah dipandang serius oleh segenap pihak demi kebaikan bersama. Hal ini dikatakan demikian kerana sungai semakin tercemar disebabkan pembangunan yang tidak terancang dan sikap manusia yang kurang kesedaran sivik . Contohnya, Sungai Juru dan Sungai Pinang di Pulau Pinang dikatakan tercemar teruk . Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan sungai kepada manusia ? Persoalan yang bermain-main dalam fikiran ini akan kita rungkaikan ke akar umbi.
7
Langkah 4 Menulis Perenggan Idea 1
Salah satu (tugasan soalan) ialah (idea 1). Umum mengetahui bahawa (huraian). Sebagai contohnya, (contoh). Kesannya, (kesan). Tegasnya, (idea 1) merupakan (tugasan soalan).
8
Contoh Perenggan Idea 1
Salah satu kepentingan sungai kepada manusia ialah sungai dapat menjamin bekalan air bersih. Umum mengetahui bahawa sungai ialah punca utama bagi empangan dan kawasan tadahan air. Sebagai contohnya, Sungai Chereh mengalir ke Empangan Chereh yang membekalkan 300 juta liter air sehari untuk keperluan loji rawatan air. Kesannya, masyarakat memperoleh bekalan air bersih terus ke rumah atau premis masing-masing. Tegasnya, jaminan bekalan air bersih merupakan kepentingan sungai kepada manusia.
9
Langkah 5 Menulis Perenggan Idea 2
Di samping itu, (tugasan soalan) ialah (idea 2). Hal ini disebabkan oleh (huraian). Misalnya, (contoh). Impaknya, (kesan). Pendek kata, (idea 1) merupakan (tugasan soalan).
10
Contoh Perenggan Idea 2
Di samping itu, kepentingan sungai kepada manusia ialah menjadi jalan pengangkutan dan perhubungan. Hal ini disebabkan oleh masyarakat di kawasan pedalaman tidak mempunyai kemudahan jalan raya. Misalnya, masyarakat di pedalaman Sabah dan Sarawak masih menggunakan Sungai Kinabatangan dan Sungai Rajang untuk ke tempat lain. Impaknya, masyarakat dapat berhubung dari satu tempat ke tempat yang lain dan dapat keluar dari tempat asal. Pendek kata, menjadi jalan pengangkutan dan perhubungan merupakan kepentingan sungai kepada manusia.
11
Langkah 6 Menulis Perenggan Idea 3
Selain itu, (tugasan soalan) ialah (idea 3). Seperti yang kita sedia maklum, (huraian). Umpamanya, (contoh). Implikasinya, (kesan). Secara ringkasnya, (idea 3) juga merupakan (tugasan soalan).
12
Contoh Perenggan Idea 3
Selain itu, kepentingan sungai kepada manusia ialah membekalkan sumber makanan. Seperti yang kita sedia maklum, sungai menjadi habitat semula jadi bagi hidupan akuatik seperti ikan, udang dan rumpai air. Umpamanya, Sungai Temerloh di Pahang terkenal sebagai lubuk bagi hidupan ikan air tawar seperti patin, jelawat dan temoleh. Implikasinya, masyarakat mendapat sumber protein yang mencukupi daripada ikan di samping dapat menjadi punca pendapatan bagi para nelayan sungai. Secara ringkasnya,membekalkan sumber makanan juga merupakan kepentingan sungai kepada manusia.
13
Langkah 7 Menulis Perenggan Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, terdapat seribu satu (tugasan soalan). Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk (kaitkan dengan isu). Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menyediakan dana yang besar untuk (kaitkan dengan isu). Tidak kurang juga, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran tentang (kaitkan dengan isu). Tindakan yang lebih penting ialah didikan ibu baa di rumah/ guru di sekolah tentang (kaitkan dengan isu) perlulah ditekankan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga dengan adanya usaha yang bersepadu ini, impian untuk melahirkan masyarakat yang (kaitkan dengan isu) bukan sekadar angan-angan Mat Jenin.
14
Contoh Perenggan Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan sungai kepada manusia. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjaga kebersihan sungai. Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menyediakan dana yang besar untuk membersihkan sungai yang tercemar. Tidak kurang juga, media massa hendaklah menghebahkan kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga sungai. Tindakan yang lebih penting ialah didikan ibu baa di rumah/ guru di sekolah tentang peranan anak-anak dalam melestarikan anugerah Tuhan ini perlulah ditekankan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga dengan adanya usaha yang bersepadu ini, impian untuk melahirkan masyarakat yang mensyukuri nikmat sungai bukan sekadar angan-angan Mat Jenin.
Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan: Model 1

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 14
SLIDE
Similar Resources on Wayground
9 questions
TEKS FABEL
Presentation
•
7th Grade
7 questions
KARANGAN: SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
Presentation
•
6th - 8th Grade
7 questions
Kepentingan Bahasa Melayu
Presentation
•
8th Grade
9 questions
PPKn
Presentation
•
7th - 8th Grade
12 questions
TEMA 2
Presentation
•
8th Grade
10 questions
Belajar mengenal Google
Presentation
•
8th Grade
9 questions
ULASAN 2 ADIL
Presentation
•
8th Grade
11 questions
ENGLISH London Bridge
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for World Languages
20 questions
REGULAR Present tense verbs
Quiz
•
8th - 9th Grade
20 questions
Spanish alphabet
Quiz
•
9th - 12th Grade
25 questions
Spanish Cognates
Quiz
•
7th - 12th Grade
20 questions
Los meses, los dias, y la fecha
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
Los Dias de la Semana
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
Spanish Adjectives Quiz
Quiz
•
9th Grade
33 questions
Conversacion de saludos, despedidas, y presentaciones
Quiz
•
8th Grade
12 questions
Verbo ser
Quiz
•
8th Grade