Search Header Logo
ALIRAN MAKANAN DALAM SALUR PENCERNAAN

ALIRAN MAKANAN DALAM SALUR PENCERNAAN

Assessment

Presentation

Science

2nd - 3rd Grade

Hard

Created by

PDPPSN11020 Norbat

Used 3+ times

FREE Resource

9 Slides • 0 Questions

1

ALIRAN MAKANAN DALAM SALUR PENCERNAAN

Slide image

2

1. MULUT


  • Makanan dikunyak oleh gigi

  • Cebisan makanan dilembutkan oleh air liur

  • Amilase liur dalam air liur menguraikan kanji kepada maltosa.

3

2. Esofagus

  • Makanan yang memasuki esofagus disebut sebagai bolus.

  • proses peristalsis pada dinding esofagus menolak bolus untuk masuk ke dalam perut.

4

3. Perut

  • Dinding perut merembeskan protease dan asid hidroklorik. Asid hidroklorik mengaktifkan protease dan membunuh bakteria di dalam makanan yang masuk ke dalam perut.

  • Protease mencernakan protein kepada polipeptida

  • Makanan yang menjadi separa cecair disebut sebagai kim.

5

4. Duodenum

  • Makanan memasuki bahagian pertama usus kecil, iaitu duodemum.

  • Hati menghasilkan jus hempedu dan disimpan oleh pundi hempedu.

  • Jus hempedu mengemulsikan lemak menjadi titisan kecil dan meneutralkan asid dalam kim.

  • Pankreas menghasilkan jus pankreas yang mengandungi enzim amilase, protease dan lipase.

  • Amilase pankreas mencernakan kanji menjadi maltosa.

  • Protease mencernakan polipeptida menjadi dipeptida.

  • Lipase mencernakan lemak menjadi asid lemak dan gliserol.

6

5. Usus kecil

  • usus kecil merembeskan enzim maltase dan protease

  • maltase mencernakan maltosa menjadi glukosa

  • Protease mencernakan dipeptida menjadi asid amino





7

6. Usus besar

  • Makanan yang tidak tercerna akan memasuki

  • Proses penyerapan semula air berlaku di dalam usus besar


8

7. Rektum

  • Makanan yang tidak tercerna dikenali sebagai tinja akan memasuki rektum dan tersimpan sementara di dalamnya.


9

8. Dubur

  • Tinja disingkirkan dari badan melalui dubur.

ALIRAN MAKANAN DALAM SALUR PENCERNAAN

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 9

SLIDE