Search Header Logo
SAJAK BINTANG

SAJAK BINTANG

Assessment

Presentation

Other

12th Grade

Easy

Created by

Mastura Akensivax

Used 3+ times

FREE Resource

11 Slides • 10 Questions

1

SAJAK BINTANG

karya Siti Zaleh M. Hashim

Slide image

2

MAKSUD SAJAK

RANGKAP 1

3

RANGKAP 1

Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

Slide image

4

RANGKAP 2

Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.

Slide image

5

TEMA

Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya.

6

PERSOALAN

(a) Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.

(b) Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya.

(c) Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.

(d) Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.

7

BENTUK DAN CIRI-CIRI SAJAK

(a) Terdiri daripada dua rangkap

(b) Rangkap pertama mempunyai sepuluh baris dan rangkap kedua mempunyai lapan baris.

(c) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata.

(d) Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata.

(e) Bentuknya bebas.

8

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

(a) Anafora. Contohnya, bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu.

(b) Metafora. Contohnya, bintang hati.

(c) Personifikasi. Contohnya, menghias langit yang terbentang.

(d) Kata ganda. Contohnya, bintang-bintang.

(e) Asonansi. Contohnya, begitu juga ibu (perulangan vokal u).

(f) Aliterasi. Contohnya, begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j).

(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcdded dan rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabaccaa.

9

NADA

Romantis

10

NILAI

(a) Kasih sayang.

(b) Mengenang jasa.

(c) Ketaatan.

(d) Tanggungjawab.

(e) Kejujuran.

11

PENGAJARAN

(a) Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

(b) Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita.

(c) Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil.

(d) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.

(e) Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan kebenaran.

12

Multiple Choice

"rumah sudah bercahaya

begitu juga jiwa mereka "


perkataan jiwa merujuk

1

tubuh badan ibu bapa

2

hati ibu bapa

13

Multiple Choice

Nada yang telah diguna oleh penyajak dalam sajak ini ialah

1

romantis

2

melankolik

14

Multiple Choice

"Ayah sudah ada bintang "

Kenyataan di atas membawa maksud

1

ayah menganggap anaknya sebagai bintang hati

2

ayah telah dianugerahkan bintang

3

ayah mendapat anak kedua

15

Multiple Choice

Kenyataan mana bukan pengajaran dalam sajak ini ?

1

Anak hendaklah menghargai ibu bapa

2

Ibu bapa hendaklah memberi didikan dan kasih sayang kepada anak

3

Kita hendaklah mengakui kebesaran Tuhan

4

Anak hendaklah mengikut perintah ibu bapa walaupun perintah itu salah dari segi undang-undang.

16

Multiple Select

Tandakan pengajaran-pengajaran yang terdapat di dalam sajak Bintang.

1

Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

2

Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.

3

Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil.

4

Kita perlulah berjimat dan bersederhana apabila berbelanja untuk keluarga.

17

Multiple Choice

begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j).


Apakah jenis unsur bunyi ayat di atas?

1

Aliterasi

2

Asonansi

3

Metafora

4

Sinkope

18

Multiple Choice

begitu juga ibu (perulangan vokal u).


Apakah jenis unsur bunyi dalam ayat di atas?

1

Aliterasi

2

Hiperbola

3

Asonansi

4

Personifikasi

19

Multiple Choice

bintang itu adalah aku

bintang hati ayah dan ibu


Tandakan gaya bahasa yang betul bagi petikan sajak di atas.

1

Metafora

2

Epifora

3

Personifikasi

4

Anafora

20

Multiple Choice

APAKAH MAKSUD RANGKAP KEDUA SAJAK?

1

Ibu penyajak mengatakan penyajak tidak perlu mengambil bintang di langit itu kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.

2

Ibu penyajak mengatakan penyajak perlu mengambil bintang di langit itu akan bertambah lagi bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka.

21

Multiple Choice

APAKAH MAKSUD RANGKAP PERTAMA SAJAK BINTANG?

1

Pada suatu petang, penyajak duduk di dalam rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

2

Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

SAJAK BINTANG

karya Siti Zaleh M. Hashim

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 21

SLIDE