

KATA GANDA
Presentation
•
Education
•
4th - 6th Grade
•
Easy
MOHD FAISAL Moe
Used 13+ times
FREE Resource
9 Slides • 10 Questions
1
KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

2
Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu :
Kata ganda seluruh
Kata ganda separa
Kata ganda berentak/berima
Kata ganda berimbuhan
3
KATA GANDA SELURUH/PENUH
Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Contoh kata ganda seluruh iaitu:
KATA NAMA - Buku-buku/ Murid-murid/ Meja-meja
KATA KERJA - Pusing-pusing/ Geleng-geleng/ Gelak-gelak
KATA ADJEKTIF - Cantik-cantik/ Panjang-panjang/ Merah-merah
4
KATA GANDA SEPARA
Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e .Contoh :
KATA DASAR = Layang
KATA GANDA = Layang-layang
KATA GANDA SEPARA = Lelayang
5
CONTOH LAIN KATA GANDA SEPARA
KATA DASAR = Kuda
KATA GANDA = Kuda-kuda
KATA GANDA SEPARA = Kekuda
KATA DASAR = Bola
KATA GANDA = Bola-bola
KATA GANDA SEPARA = Bebola
6
KATA GANDA BERIMA/BERENTAK
Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:
7
JENIS KATA GANDA = Persamaan bunyi di hujung
CONTOH = Kuih-muih, lauk-pauk
CONTOH AYAT = Kuih-muih itu terhidang di atas meja
JENIS KATA GANDA = Persamaan bunyi di pangkal
CONTOH = Batu-batan, bukit-bukau
CONTOH AYAT = Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok
JENIS KATA GANDA = Persesuaian bunyi keseluruhan
CONTOH = Kusut-masai, simpang-siur
CONTOH AYAT = Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.
8
KATA GANDA BERIMBUHAN
Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran. Contoh :
IMBUHAN = Awalan
CONTOH = Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
9
IMBUHAN = Apitan
CONTOH = Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
IMBUHAN = Sisipan
CONTOH = Tulang-temulang,t urun-temurun, gilap-gemilap
IMBUHAN = Akhiran
CONTOH = Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan
10
Multiple Choice
1. Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _______ itu.
bengkang-bengkok
batu-batan
kacau-bilaui
haru-biru
11
Multiple Choice
2. Badan saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
tawar-hambar
comot-momot
kusut-masari
segar-bugar
12
Multiple Select
3. Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
13
Multiple Select
4. Sereena membalut hadiah itu ___________.
ketak-ketat
kemas-kemas
kuat-kuat
erat-erat
14
Multiple Choice
5. Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.
lemah-longlai
lemah-gemalai
hiruk-pikuk
cirit-birit
15
Multiple Choice
6. Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
dedaun
bebola
kekabu
bebiri
16
Multiple Choice
7. Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
ulang-alik
bolak-balik
mundar-mandir
lalu-lalang
17
Multiple Choice
8. Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
bertukar-tukar
berhujah-hujah
berbalas-balas
berganti-ganti
18
Multiple Select
9. Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal ayahnya.
erat-erat
dekat-dekat
betul-betul
diam-diam
19
Multiple Select
10. Wajah Intan Suraya __________ apabila mendapat hadiah sempena hari jadinya yang ke-10.
berkilau-kilau
berpinar-pinar
bersinar-sinar
berseri-seri
KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 19
SLIDE
Similar Resources on Wayground
11 questions
Ortografía primaria
Presentation
•
KG
11 questions
tafsir pendidikan
Presentation
•
KG
14 questions
Materi Bahasa Indonesia Kelas 5 Tema 3 Subtema 2
Presentation
•
5th Grade
15 questions
B.Indonesia Tema 3 Kelas 5
Presentation
•
5th Grade
14 questions
TMK TH5
Presentation
•
5th Grade
14 questions
Materi PPKn Kelas 5 Tema 5 Subtema 1
Presentation
•
5th Grade
15 questions
KATA NAMA KHAS
Presentation
•
4th - 6th Grade
13 questions
SIRAH
Presentation
•
5th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade