
TAJUK 3 SENI HALUS: SENI LUKISAN
Presentation
•
Arts, Fun
•
12th Grade
•
Hard
teo HONG
Used 15+ times
FREE Resource
9 Slides • 0 Questions
1
Tajuk 3 Seni Halus: Seni Lukisan
Gaya Dan Aliran Seni
2
Renaissance (1350an)
Istilah Renaissance bermaksud 'Kelahiran Semula', iaitu mengembalikan kegemilangan zaman klasik.
Aliran Renaissance ini bermula di Florence, Itali pada abad ke-14 dan berakhir pada abad ke-17.
Media pen, dakwat, kapur, arang dan pastel atau gabungan berus dengan pen.
Teknik garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.
Setiap figura diletakkan secara berasingan dengan menggunakan komposisi yang bersifat dinamik. Kebanyakan karya aliran ini menggambarkan potret dan figura manusia serta latar belakang berbentuk realistik.
Tema yang menjadi pilihan ialah keagamaan, mitologi dan sejarah.
3
Baroque (1600an)
Karya lukisan aliran Baroque mempunyai hubungan rapat antara pelukis dengan hal benda yang dilukis.
Hal benda atau potret menampilkan pengalaman dan membangkitkan emosi serta keterujaan pelukis.
Lukisan aliran ini berbentuk realistik dan memberikan penekanan kepada bentuk semula jadi, jalinan, warna, cahaya serta ruang.
Imej-imej yang jelas dan dramatik digunakan tetapi tidak terlalu terperinci.
Media yang biasa digunakan ialah kapur merah, kapur hitam, pen dan dakwat.
Tema yang kerap ditonjolkan berkait rapat dengan keagamaan, sejarah, alegori dan potret tokoh-tokoh dalam kehidupan mereka.
Pemandangan landskap dan kehidupan juga menjadi pilihan pelukis.
4
Rococo (1710an)
Aliran Rococo muncul di Perancis pada awal abad ke-18. Saiz karya yang dihasilkan pada zaman ini lebih kecil.
Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah François Boucher, Louis-JeanFrançois Lagrenée, Thomas Gainsborough, Antoine Watteau, Jean Honoré Fragonard, Giovanni Battista Tiepolo, Jean-Baptiste van Loo, Jean François de Troy dan Nicolas Lancret. Karya lukisan ini menggunakan unsur seni yang bertindih-tindih.
Penekanan dibuat untuk menyeimbangkan antara bentuk, garisan, jalinan dengan cahaya dan warna. Media yang digunakan adalah seperti pastel, kapur dan arang.
Teknik yang digunakan pula ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.
Pelukis gemar menggunakan warna yang lembut dan kurang memberikan tumpuan kepada aspek latar belakang karya. Tema yang digunakan lebih ringan berbanding dengan aliran sebelumnya.
Lukisan potret, pemandangan dan kehidupan harian khususnya berkaitan golongan bangsawan menjadi tumpuan pelukis pada era ini.
5
Neoklasisisme (1740an)
Neoklasisisme ialah aliran utama seni visual di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Menghidupkan kembali kegemilangan era klasik melalui mata pelajaran Sejarah, hikayat Rom dan hikayat Yunani.
Kandungan karya aliran ini lebih memberikan tumpuan kepada bentuk figura manusia yang ideal.
Pelukis gemar menggambarkan sejarah dan pakaian klasik, iaitu Yunani kuno walaupun mereka berada pada abad ke-18.
6
Romantisisme (1782an)
Aliran Romantisisme ini muncul di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Karya aliran ini menampilkan lukisan romantik seperti sebuah tragedi, sejarah dan pemandangan alam semula jadi.
Memberi tumpuan kepada emosi dan suasana termasuk kerohanian, imaginasi, misteri dan semangat
Hal bendanya berbeza-beza termasuk landskap, agama, revolusi dan keindahan yang tenang serta damai.
Kebanyakan bentuk lukisan aliran ini dihasilkan melalui idea dalaman.
Tema karya yang dihasilkan lebih fokus kepada kesengsaraan, pemerintahan beraja dan kejatuhan gereja.
7
Naturalisme (1820an)
Kebanyakan karya aliran ini ialah lukisan landskap.
Menggambarkan figura manusia, namun fokusnya ialah pemandangan semula jadi yang mengelilingi figura tersebut.
Menekankan seni lukisan berbentuk imitasi dengan meniru alam semula jadi dan manusia setepat yang mungkin.
Hasil karya mereka seolah-olah seperti gambar foto.
Media yang digunakan ialah pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat.
Pelukis lebih mementingkan teknik dalam penghasilan sesuatu lukisan berbanding hal benda yang dilukis.
8
Realisme (1840an)
Aliran Realisme ialah gerakan artistik yang bermula di Perancis.
Mula pada pertengahan abad ke-19 hingga akhir abad ke-19, selepas Revolusi 1848.
Aliran ini lahir sebagai reaksi terhadap prinsip-prinsip Neoklasisisme dan Romantisisme.
Lukisan yang dihasilkan merupakan gambaran sebenar alam semula jadi atau manusia tanpa tokok tambah.
Lukisan yang dihasilkan merupakan gambaran sebenar alam semula jadi atau manusia tanpa tokok tambah.
Media yang sering digunakan ialah pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat.
Teknik yang digunakan pula ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.
9
Impresionisme (1860an)
Aliran Impresionisme ialah salah satu aliran seni terpenting menjelang abad ke-19.
Impresionisme lahir daripada sekumpulan pelukis muda di Paris pada tahun 1860-an.
Pada pertengahan abad ke-19, easel yang lebih dikenali sebagai ‘French box easel’ telah dicipta.
Oleh itu, kebanyakan karya aliran ini dihasilkan di luar bangunan atau di kawasan terbuka (en plein air).
Pelukis aliran ini memberi fokus kepada cahaya dan kesan objek yang dilihat.
Media yang digunakan seperti pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat.
Hasil karya lukisan aliran ini umumnya menekankan hal benda yang melibatkan landskap dan figura manusia.
Tajuk 3 Seni Halus: Seni Lukisan
Gaya Dan Aliran Seni
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 9
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
REPORT TEXT
Presentation
•
12th Grade - University
6 questions
Jangka Sorong
Presentation
•
12th Grade
7 questions
2024 W2 Quiz
Presentation
•
12th Grade
8 questions
Untitled Lesson
Presentation
•
KG
7 questions
apa itu PRAKARYA...
Presentation
•
11th - 12th Grade
5 questions
buah
Presentation
•
KG
10 questions
Seni Digital: Menggambar Menggunakan Aplikasi
Presentation
•
12th Grade
6 questions
MPI RUPA
Presentation
•
11th Grade
Popular Resources on Wayground
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Identify Fractions, Mixed Numbers & Improper Fractions
Quiz
•
3rd - 4th Grade
Discover more resources for Arts
10 questions
Fact Check Ice Breaker: Two truths and a lie
Quiz
•
5th - 12th Grade
10 questions
Video Games
Quiz
•
6th - 12th Grade
15 questions
Memorial Day Trivia
Quiz
•
KG - 12th Grade
12 questions
Name that Candy
Quiz
•
KG - 12th Grade
22 questions
Regular Preterite -AR-ER-IR-
Quiz
•
12th Grade
20 questions
Guess The App
Quiz
•
KG - Professional Dev...
30 questions
K/H Final Review Part 1
Quiz
•
9th - 12th Grade
40 questions
NCFE Earth and Environmental Science Released Test
Quiz
•
9th - 12th Grade