Search Header Logo
TING 3 - KATA GANTI NAMA

TING 3 - KATA GANTI NAMA

Assessment

Presentation

Education

9th Grade

Easy

Created by

Syafiq Shariffuddin

Used 2+ times

FREE Resource

6 Slides • 5 Questions

1

TATABAHASA

KATA GANTI NAMA

Slide image

2

KATA GANTI NAMA TANYA

  •  Kata ganti nama tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat, dan perkara.

  • Kata ganti nama tanya disertakan dengan tanda soal ( ? )

  • Sekiranya kata ganti nama tanya ini digunakan di permulaan ayat, kata penegas atau partikel 'kah' hendaklah disertakan.

  • Kata penegas atau partikel 'kah' tidak perlu digunakan sekiranya kata ganti tanya tersebut terletak di hujung ayat.

3

CONTOH KATA GANTI NAMA TANYA DAN PENGGUNAANNYA

  • Apa ~ digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan

    CONTOH AYAT :

    1. Apakah nama kucing yang comel itu ?

    2. Nama kucing itu apa ?

  • Siapa ~ digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang

    CONTOH AYAT :

    1. Siapakah pemuda yang berbaju merah itu ?

    2. Pemuda yang berbaju merah itu siapa ?

4

CONTOH KATA GANTI NAMA TANYA DAN PENGGUNAANNYA

  • Mana ~ digunakan untuk menanyakan tempat dan benda

    CONTOH AYAT :

    1. Di manakah budak itu tinggal ?

    2. Budak itu tinggal di mana ?

  • Bila ~ digunakan untuk menanyakan masa

    CONTOH AYAT :

    1. Bilakah ayah kamu akan ke Kuala Lumpur ?

    2. Ayah kamu akan ke Kuala Lumpur bila ?

  • Berapa ~ digunakan untuk menanyakan bilangan, jumlah, dan harga

    CONTOH AYAT :

    1. Berapakah harga sebungkus nasi lemak ?

    2. Harga sebungkus nasi lemak itu berapa ?

5

KATA GANTI NAMA TUNJUK

  • Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang menggantikan kata nama atau penanda kata nama.

  • Kata ini menunjukkan benda, perkara, atau orang yang dirujuk.

  • Contoh kata ganti nama tunjuk ialah ini dan itu.

    CONTOH AYAT :

    1. Buku ceritu itu telah habis dijual. (benda)

    2. Masalah ini belum diselesaikan. (perkara)

    3. Budak yang berbaju biru itu adik Zainudin. (orang)

6

FUNGSI KATA GANTI NAMA TUNJUK DALAM BINAAN AYAT

  • Sebagai subjek

    1. Ini sekolah saya.

    2. Itu kereta Encik Tan.

  • Sebagai predikat

    1. Inilah sekolah saya.

    2. Itulah kereta Encik Tan.

  • Sebagai penentu belakang

    1. Saya belajar di sekolah ini.

    2. Encik Tan membeli kereta itu.

7

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 1


"Cuba teka, apakah benda yang saya pegang _____ ?" tanya Zaidi kepada kawan-kawannya.

1

ini

2

itu

3

sana

4

sini

8

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 2


"Anna, tolong bawakan kotak jahitan ibu ke _________ ," kata Puan Suraya kepada anaknya.

1

situ

2

itu

3

ini

4

sini

9

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 3


Soalan : _________ yang akan merasmikan Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini?


Jawapan : Datuk Chang Yak yang akan merasmikan majlis tersebut.

1

Adakah

2

Siapakah

3

Apakah

4

Manakah

10

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 4


Soalan : _________ bahan-bahan utama untuk membuat roti canai?


Jawapan : Bahan-bahan utama untuk membuat roti canai ialah tepung gandum, minyak sapi, air, dan garam.

1

Mengapakah

2

Apakah

3

Manakah

4

Berapakah

11

Multiple Choice

LATIHAN PENGUKUHAN 5


"Tolong buka beg, saya nak tengok _______ yang ada di dalamnya," kata Cikgu Aidil kepada Amira.

1

bila

2

apa

3

siapa

4

berapa

TATABAHASA

KATA GANTI NAMA

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 11

SLIDE